Kenapa Zaff menyebut nama Sarah masa nazak?Adakah Sarah ada kaitan dengan insiden ini?Adakah Sarah penyebab insiden ini?Apa hubungan Zaff dan Sarah?
Semua itu dapat dijelaskan apabila Zaff sedar.Tapi Zaff masih diambang koma.Hendak menelefon Sarah malangnya tidak ada nombornya.Haiih,malang betul.
Menelefon Universiti kami pula tidak diangkat satu pun.Mereka ingatkan kitorang nak balik ke?!! Kitorang cuma nak nombor Sarah.Akhirnya kami pasrah.Hanya menunggu Zaff sedar dari komanya.
Hampir semua tugasan sudah kami selesaikan.Jadi tidak perlu panik jika berlaku apa apa masalah sekarang ni.
Kami terus melihat Zaff.Kami perasan tangan Zaff bergerak.Kami bersyukur sangat sangat.Nurin segera memanggil doktor.Kami diminta keluar.
Air mata keluar sedimit demi sedikit.Akhirnya Zaff sedar.Bilik Zaff kini didatangi beberapa doktor mungkin untuk menyoal siasat sedikit dirinya.
Kami juga bercadang menyiasat hubungan Zaff dan Sarah.
Doktor keluar.Dia sudah mengizinkan kami masuk."You can visit now.." Ucapnya sambil tersenyum.
Aku membalas senyumannya.Nurin membuka pintu bilik.Sungguh pelbagai soalan terbayang di akalku.
Misteri misteri yang masih tidak dapat dipecahkan.
Zaff tersenyum."Kau ni dah kenapa boleh eksiden?" Aku terus bertanya.
"Haha..adalah penyebabnya,tu pun sebab kau lambat."
Aku pula dituduh.Nurin disebelahku hanya mengukir senyuman.Sungguh senyuman itu mampu membuatkan iman ku gentar.
"Aku nak tanya.. apa hubungan kau dengan Sarah?" Nurin bertanya tanpa berlapik.Mungkin penat dengan apa yang terjadi.
Riak muka Zaff terus berubah."Kau kenapa tanya.?" Ragu Zaff bertanya.
"Tu sebab kau selalu sebut nama dia masa koma!" Aku di pihak Nurin menolong menjawab.
Zaff tersenyum."Haha,nampaknya aku tak dapat sembunyikan lagi." Aku dan Nurin memandang sesama sendiri.Hairan dengan pernyataan Zaff.
"Apa maksud kau?" Aku bertanya.Zaff mulai membalas.Masa itulah terjawab segala kekeliruan kami tentang hubungan Sarah dan Zaff.
"Aku dan Sarah sebenarnya adalah kawan dari kecik.Rumah kitorang sebelah sebelah je.Dia selalu main dengan aku."
Aku dan Nurin masih tekun mendengar.
"Kalau dia merajuk ke dia selalu datang kat aku.Luahkan apa yang dia rasa.Dia macam rasa aku ni hero dia." Zaff seakan bangga.Dia menyambung lagi.
"Satu hari dia cakap kat aku dia nak kahwin dengan aku masa besar.Dia kata senang nak mintak apa apa.Yelah dia masa tu baru Darjah 1 aku dah Darjah 3." Aku menelan liur
*Kahwin??*
"Biasalah dia tak dapat fikir sangat lagi.Baru darjah 1.Lainlah aku cepat membesar.Aku boleh faham betul betul maksud kahwin."
Nurin memandang aku.Sekali lagi aku menelan liur.*Apa dia nak*
Zaff terus lanjut bercerita.Kami masih tekun mendengar.Sambil nata masing masing melirik senyap senyap sesama sendiri.Ye lah perkataan *Kahwin* sangat mencabar aku.
"Sebenarnya aku pun dah suka dia.Masa aku jumpa dia balik aku dah tahu itu dia.Terus aku terpikat kat dia." Zaff sebenarnya dulu pindah rumah sebelum pindah kembali semasa habis Matrix.
"Walaupun perangai dia berubah dari cuek sekarang ceria,aku tahu itu dia.Dia pun mungkin perasan aku."
"Aku sebenarnya nak melamar dia lepas tugas ni.Aku tak tahan pandang lama lama.Tak halal lagi."
"ALLAH,mencabar betul dia ni." itulah kata akalku.
Percakapan kami akhirnya berhenti.Aku menyuruh Nurin keluar dulu.Ada benda yang ingin aku cakap kat Zaff.
"Zaff patut ke aku lamar dia sekali?" Pertanyaan super seram dilontarkan ke Zaff."Kalau dah minat apa salahnya."
Dia sudah tahu yang dimaksudkan pasti Nurin. "Ok..Good job Bro.Jumpa esok."
Zaff baru boleh keluar besok.Aku pula terus memikirkan jawapan Zaff tadi."Kalau dah minat apa salahnya.".
Aku senyum sendiri.Aku harap dia tidak diambil orang.
Sebenarnya Nurin mendengar segala percakapan Zaff dan Zamri.Dia hanya mendiamkan diri.
Apabila mendengar tapak kaki barulah dia berpura pura sedang duduk di bangku pelawat.
"Dia nak lamar aku?" Suka campur seram.Itulah yang dirasakannya sekarang.
YOU ARE READING
CINTA LUAR NEGARA
RomanceTiada angin tiada ribut.Tiba tiba kami dihantar ke luar negara.Bagaimana kami dapat mengatasi masalah ini? Dari saling tidak mengenali kini menjadi rapat.Kisah cinta yang berputik diantara mahasiswa ketika berada dinegara asing.Kisah cinta dengan al...