BAB 22

0 0 0
                                    

"Siapa perempuan tu hah!,bukan dia dah ada Aisyah ke?" Jenuh aku berfikir sendirian.

Semenjak kes aku ternampak Amir dengan seorang perempuan ni aku terus berfikiran tentang perempuan itu.Mana taknya Aisyah nanti nak letak mana.

Aku pula tidak menceritakan apa apa kepada Aisyah.Aku bertekad akan menanyakan Amir siapa perempuan tu.

Di samping itu...

Aku terus terusan berfikir tentang perempuan itu.Suaranya sangat familiar bagi aku.Berserabut aku memikirkannya.Aku terus mengingat nama wanita wanita yang terlibat denganku.

Aku akhirnya terhenti pada satu nama.Nama yang sememangnya tidak ingin aku ingat.Namanya ialah Nadierah atau ku kenali sebagai Nad.

Wanita yang telah menghancurkan hidupku.Kehidupan sekolahku yang indah menjadi hancur kerananya.

Suara dan bentuk badannya sekilas tamoak seperti Nad.Hatiku mulai gelisah.

"Haiih,takkanlah dia muncul lagi..aku taknak berurusan dengan dia lagi." Aku cuba menafikan kenyataan dia adalah Nad.

*****

Akhir akhir ini Amir dan Sarah kelihatan tidak bamyak bercakap.Dulu apa apa kitorang selalu borak bersama,tapi kini selepas tugas mereka terus berehat dibilik.

Aku terus berfikir Amir dulu selalu sembang dengan aku,suka senyum tapi sekarang jarang nampak dia tersenyum."Salah aku ke??"

Sarah juga dulu lepas tugas selalu menyakat aku kini lepas tugas terus terbaring berehat.

Aku tak dapat lagi fokus ketika menyiapkan tugas dan tak dapat merasakan semangat kerjasama sesama team.

Sarah kini sudah tidur lena disebelahku.Jam menunjukkan 11 Malam.

Aku yakin pasti ada sesuatu terjadi antara mereka berdua.Tapi aku cuba sedaya upaya untuk tidak berfikir yang bukan bukan.

"Jika itu memang masalah serius sepatutnya mereka beritahu aku.Takkan nak berahsia dengan aku."

Aku hanya redha sebelum merebahkan diri diatas katil yang empuk itu.

3 pagi jam tempatan...

Walau masih pagi disini,aku bertekad untuk berjaga dan meluruskan segala kesalahfahaman yang terjadi dengan bertanya Amir.

Aku tiba di depan bilik Amir.Aku hairan mengapa pintu biliknya terbuka.Aku menjengukkan kepalaku kedalam.

Alangkah terkejutnya aku melihat banyak kertas bersepah sepah.Sangat sangat bersepah.Alat tulis semua berterabur.

Amir tiada didalam."Baik aku tunggu dia kat dalam dulu.Dapat aku kemas sekali bilik ni."

Selangkah lagi aku hendak masuk Amir terpacak dihadapanku dengan wajah umpama Zombie.

"Amir??" Tanpa bercakap Amir terus masuk kebiliknya dan menutup pintu.

Dalam otakku hanya satu pertanyaan yang terlintas. "Apa dah jadi sebenarnya ni??"

CINTA LUAR NEGARAWhere stories live. Discover now