aku dengar tapak kaki dan suara mama and mummy naik ke bilikku
"pengantin perempuan dah siap ke?" kata mama sambil masuk ke bilikku
"yaallah cntik nye, anak mummy! pandainya dia makeup muka dia" mummy memelukku kemudian
mencium dahi ku. ya aku makeup sendiri mukaku, aku juga seorang MUA (makeup artis) jadi tiada masalah bagiku untuk membuat solekan pengantin
"anak mama dah nak jadi isteri org dah kejap lagi" kata mama sayu sambil tersenyum
"mama taknaklah cakap macam itu" aku sebak. aku memeluk mama erat.
' iloveyou mama' bisik hatiku
"marilah kita turun, pengntin lelaki
dah sedia dah tu , dari semalam dok hafal ...walau dalam toilet pun" mummy memecah rahsia.
ya allah dalam toilet pun? tak senonoh betul. nak jugak dia hafal nama aku. ihiks!
mama dan mummy menolong aku bangun dan berjalan turun ke bawah. takut hendak berjalan dengan dress nikah ku ini.
aku menurun tangga satu per satu dengan berhati-hati.
sesampai di bawah semua mata memandang ke arah aku, oh tidak muka aku mula panas! malunya!
aku memberi senyuman yang paling manis sekali, aku rasa bangga bile berteman kan 2 bidadari aku ini
aku duduk di antara mama dan mummy
mataku memandang ke arah jejaka dihadapan tok kadi...segaknya dia dari belakang! geram!
"haaa pengantin lelaki tak nak tengok muka pengantin perempuan dulu ke? amik feel" seloroh tok kadi
riuh gelak semua orang
kuajaqq betul tokkadi ni haih kang kalau kau tersasul akad nikah ni siap lah...
daniel memusingkan kepala lalu memandang ke arah dinnie sebelum tergamam.
'ya allah cantiknya ciptaanmu!' daniel menjerit dalam hati
seketika mata kami bertembung. menghayati setiap saat. bergetar perasaan ketika ini.
" ehem! pengantin lelaki dah siap belum tu tenung sampai ke hati. sabar okay malam nanti kau makan lah" tok kadi berseloroh.
daniel tersedar sebelum mengusap belakang tengkuknya. malu!
tapi sempat lagi si daniel ni buat muka gatal sambil kenyit mata ke arahku.
eh bongok betul lah dia ni, ni yang rasa nak bangun angkat kain sepak dia jauh-jauh ni.
"ok saya dah sedia" daniel memandang ke arah tok kadi di depannya
"baiklah kita mulakan ya" tok kadi membaca sedikit hadis kemudian menceritakan serba sedikit tentang alam perkhawinan juga tanggungjawab kami sebagai suami isteri.
"okay baiklah, bismillah"
"daniel rayyan bin ehsan" tok kadi menyebut nama panjang aku.
"saya" hatiku berdebar...moga tak tersasul.
dinnie berdebar omggg
"aku nikah kan dikau dengan nur dinnie imani binti mustaffa dengan mas khawinnya sebanyak lima ribu ringgit tunai"
daniel menjawab dengan lancar dan tenang tanpa masalah
"sah?"
"Sah"
"sah"
"alhamdulilah" semua mengucap syukur
maka terikat lah aku dalam satu perkhawinan. mudahkan lah ya allah.
aku rasa tak percaya kini aku berstatus Puan.
kami menadahkan tangan mengaminkan bacaan doa dari tok kadi.
kemudian papa mengarahkan aku bangun dan menyarung cincin kepada dinnie. aku menurut.
"assalamualaikum" dinnie tersentak haaa berangan lagi lain kali
"waalikumsalam" jawab dinnie perlahan
daniel mengambil kotak yang berisi cincin khawin.
semasa menyarungkan cincin di jari dinnie aku perasan bahawa dinnie sedikit menggeletar. eleh!
kemudian dinnie pula mengambil cincin dan menyarung ke tanganku.
'lembutnya tangan dia' jarit hati daniel
kemudian dinnie menunduk mencium tangan daniel sebelum daniel memegang daguku lalu mendaratkan ciuman di dahiku.
perasaan yang susah nak digambarkan sekarang.
daniel kemudian menunduk dan merapat kan mulut ke telinga ku
"kau pahal menggeletar? kau takut dengan aku? aku nak kau tau yang aku tak ada perasaan cinta langsung dekat kau" sambil tersenyum manis konon2 nya tengah ckp ayat sweet, fak menyampah!
aku hanya mengukir senyuman manis walau dalam hati aku menangis
kemudian kami mempunya sesi bergambar dengan tetamu yang hadir
selesai bergambar dan menjemput tetamu untuk menjamu selera, kami harus menukar pakaian untuk majlis malam.
jadi kami harus naik ke atas. aku ulang. KAMI.
tapi aku masuk sedikit lambat dari daniel. ei suka hati je ceroboh bilik kite tau!
aku ingin mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum aku masuk. yelah takkan nak terjah masuk. gile.
tapi aku terdengar...
"aku pun malas lah bro dengan dia. macam tak layak je jadi bini aku. ingat kami jadi macam ni atas sebab cinta ke? hell no." daniel sedang call maybe.
ya allah dugaan ape ni. kuat kan hati aku ya allah, dia suamiku.
ANDA SEDANG MEMBACA
MEMIKAT SI DIA 2.0
RomanceDanielXDinnie 💋 hanya story tentang kehidupan selepas berkahwin. langit tak sentiasa mendung. selepas hujan pasti akan ada pelangi.
