selepas hampir 3 hari di hospital yang membosankan, hari ini adalah hari yang aku tunggu-tunggu kan. hari kebebasan. sepanjang aku di hospital daniel ada datang walau aku dah kata jangan, tapi dia datang sekadar bermain games di phone nya, tapi nasib aku baik kerana syafiq ada membantuku dan bukannya aku tak perasan muka daniel sewaktu aku berborak dengan syafiq. well, good looking man. perangainya tak kurang juga sopan, lembut. aku desc kat korang je bukan puji pun. tapi kau as a girl kau mesti perlukan perhatian orang yang kau sayang right?
kadang aku tengok daniel dia macam tak berminat nak beri aku perhatian, malahan aku tak tahu mungkin aku berkongsi kasih dengan mana-mana perempuan dia luar sana? aku hanya berserah pada allah. kalau bukan yang terbaik untuk aku, maka kau jauhkan lah. aku kemudian bergerak ke arah mama yang sedang berborak dengan daniel.
"mama... nak duduk dengan mama.. akk tak nak balik rumah" aku sembam muka dia leher mama.
"ishhh kamu tu bini orang kakak mana boleh duduk dengan mama lagi, nanti laki kamu siapa nak jaga?" mama mula bebel kepadaku
"betul cakap mama tu, ni papa dah lama teringin nak cucu." papa menyambung. aik ala dah kenapa bab cucu pulak ni.
"papa eii ape ni malu lahh" aku memeluk papa, wajahku menjadi berwarna merah. papa tergelak lalu mencium ubun-ubunku. aku berharap sangat dapat seorang suami macam papa, sangat lembut dan penyanyang.
"papa and mama jangan risau lah daniel dah usaha baek punya! kan sayang?" daniel mengusap belakangku yang ada dalam pelukkan papa.
'dia panggil aku sayang. ya allah bahagianya hidup. kan best kalau betul-betul dia maksudkan panggilan tu hm' aku sebak lalu mengeratkan pelukkan di pinggang papa dan membenamkan mukan di dada nya. seketika aku menangis.
"ehh kakak kenapa ni? rindu papa sangat eh? papa kan ada sini" papa membelai rambutku dan memujukku. aku menangis kerana aku tau semua ini berlakon. daniel berlakon. aku berlakon. kami
berlakon. aku menipu mama dan papa seolah-olah aku bahagia.
"ke kakak nangis sebb belom ada rezeki? sabar lah kakak baru nak masuk seminggu khawin kan? inai kat jari pun belom nak tanggal" papa menyakat. eiii bukann.
"papaaaaaaaaaaaa...." aku buat muka masam. papa tergelak.
"kami dah usaha dah papa ada rezeki nanti ada lah tu." daniel bersuara. aku sebagai pelakon wanita terbaik terus pergi ke arah daniel dan memeluk badannya. wangi. daniel kaku.
"haih manja sungguh anak papa yang sorang ni" papa mengusap kepalaku.
"mestilah manja baru suami tak cari lain, kan abang kan?" aku mengusap dadanya. daniel mengangguk terpaksa.
"okay lah mama, papa, daniel nak mintak izin bawak si busuk yang dah berapa hari tak mandi ni balik. lagipun kakak dia tak sihat sangat masih banyak lagi ubat kena makan" daniel berlawak kepada orang tua ku
"hahahaha ya ya ya betul tu... balik lah daniel ni mama and papa pun nak pergi dating ni. ado kojo ni eh" papa pun berlawak. untung nya diaorang. bahagia.
"kakak jaga diri, jadi isteri yang dengar kata suami, jangan susah kan daniel okay? mama tau kau buat perangai memang mama bagi kau sekali" Mama buat penumbuk menggunakan tangan.
au tergelak kecil sambil tangan membuat bentuk okay. kemudian aku salam tangan kedua ibubapaku dan membiar mereka pergi dahulu sebelum aku dan daniel bergerak.
"eii dah lah tak payah nak peluk-peluk aku. kau depan mama papa pandai eh sentuh-sentuh aku" daniel berkata sinis sebelum masuk ke kereta. aku tak nak kalah aku pun masuk kereta juga dan mengambil tempat di sebelah daniel
"alahhh bukannya dosa pun kalau sayang sentuh abang, malah dapat pahala." kataku sambil tangan meliar ke peha daniel. daniel menepis
"tangan kau memang ak reti duduk diam eh?!" daniel menengking aku sambil drive kereta
ANDA SEDANG MEMBACA
MEMIKAT SI DIA 2.0
RomanceDanielXDinnie 💋 hanya story tentang kehidupan selepas berkahwin. langit tak sentiasa mendung. selepas hujan pasti akan ada pelangi.
