aku melihat keadaan dinnie yang terlantar di katil hospital membuatkan aku jatuh simpati terhadapnya.
'kejam sangat ke aku ni? tak pernah terfikir lagi nak bunuh anak orang' daniel menghembuskan nafas berat apabila dia teringat akan dirinya yang punca dinnie jadi bergini.
"tak! saya tak pregnant! saya okay daniel.. aw... aghh! daniel please keluar!" dinnie menolak badan daniel. nafasnya! dinnie bagai kehilangan nafas sebelum rebah di atas tangan daniel.
daniel cemas!
"dinnie!! dinnie bangunn!!" daniel mengoncangkan badan dinnie yang kaku. daniel terus mencapai kunci kereta kemudian membuka pintu dan kereta sebelum mengangkat dinnie dan bergegas ke hospital. jantungnya masih berdegup laju dan tangannya terketar-ketar.
sesampai di hospital doktor membawa dinnie ke dalam untuk rawatan
"encik kami terpaksa menahan cik dinnie sebentar untuk rawatan" doktor menahan daniel yang ingin masuk bersama. daniel akur dan mencari tempat untuk duduk sebelum melelapkan mata seketika.
aku tersedar apabila terdengar suara doktor lelaki yang dalam lingkungan 30-an.
"maaf encik, encik keluarga cik dinnie ke?" doktor itu bertanya.
"ya. ya saya. saya suami dia" aik mengaku pulak suami. doktor itu mengangguk sebelum tersenyum
"boleh encik ikut saya sebentar? ada beberapa perkara yang saya ingin bincangkan dengan encik" daniel mengangguk sebelum mengikut doktor itu ke biliknya
"silakan duduk encik.."
"daniel. daniel rayyan." daniel menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan doktor tersebut. doktor itu tersenyum dan menyambut salam daniel
"silakan duduk encik daniel."
"thanks"
"sebenarnya ada beberapa perkara yang saya ingin bincangkan mengenai puan dinnie. dari hasil rawatan kami, puan dinnie menghidapi gastrik yang agak serius. benda ini mempunyai 5 stages. stage pertama ialah pre-gastrik, stage ke 2 ialah gastrik biasa yang boleh hilang menggunakan ubat-ubat tertentu yang boleh di dapati di farmasi. stage ke 3 pesakit akan gastrik kemudian akan muntah-muntah dan kami harus memberi jenis antibiotic yang khas untuk gastrik. stage ke 4 iaitu stage puan dinnie ini agak serius kerana dia sudah sampai ke tahap pengsan tidak sedarkan diri. perkara ini tidak boleh di bawa main kerana jika kita mengambil mudah tentang ini kemungkinan ia akan di bawa ke ulser perut. apabila sudah sampai ke tahap 5 iaitu ulser perut kita terpaksa buat operation untuk membuang ulser tersebut." doktor menerangkan segalanya kepada daniel. daniel sangat terkejut. dia tak menyangka benda ini akan berlaku.
"jadi encik daniel. saya terpaksa menahan puan dinnie untuk beberapa hari di sini kemudian apabila di sudah pulih sedikit kami akan memberikan antibiotic yang agak kuat dan beberapa jenis ubat lain. cuma encik daniel harus mengawal pemakananya. tidak boleh membiarkan pesakit makan lewat dari waktu makannya, dan harus memastikan pesakit makan ubat tepat pada waktu yang ditetapkan." doktor itu menerangkan lagi. daniel meraup muka sebelum mengangguk lemah. selesai perbincangan bersama doktor tersebut daniel keluar dari bilik itu dengan 1001 perasaan yang bercampur-baur.
'kalau aku teman dia makan tak akan jadi macam ni.' daniel memicit dahinya.
'asal kau nak rasa bersalah pulak daniel? kau patut gembira. patutnya perempuan tu mati lebih bagus' bisikan syaitan di telinganya.
![](https://img.wattpad.com/cover/163738528-288-k508621.jpg)
YOU ARE READING
MEMIKAT SI DIA 2.0
RomanceDanielXDinnie 💋 hanya story tentang kehidupan selepas berkahwin. langit tak sentiasa mendung. selepas hujan pasti akan ada pelangi.