MSD 9 💕

49.3K 308 40
                                        

keesokkan paginya apabila aku bangun aku melihat tempat tidur dinnie sudah dikemas. bantal yang digunakan sudah di letakkan kembali di tepi aku.

'yelah malam tadi pun dia tidur menggunakan bantal sahaja' kata daniel di dalam hati.

aku mengambil keputusan untuk mandi.

💖💖

seketika dinnie di dapur...

"hmm masak lagi satu lauk then dah boleh makan!" kata dinnie teruja.

"daniel ni dah bangun ke belom...naik atas tengok dulu lah" dinnie berkata sendirian

aku menaiki tangga untuk ke tingkat atas kemudian aku menggetuk pintu terlebih dahulu sebelum memulas tombol pintu tersebut

aku terus masuk ke dalam dan menutup pintu kembali rapat.

'laaa mandi rupanya' dinnie mengomel

aku terus pergi ke arah beg di mana menempatkan segala barang daniel di dalam tu. aku mengeluarkan satu t-shirt kosong berwarna gray dan seluar pendek berwarna hitam lalu diletakkan ke atas tilam dan ohhhh... tak lupa juga boxer nya...aku tersenyum puas sebelum kembali turun untuk memasak.

💖💖

selesai mandi aku mengelap badanku menggunakan towel dinnie. padah bile kau lupa nak bawak towel sendiri. sedang sibuk mengelap badan daniel mengambil kesempatan mencium bau towel yang sedang dia gunakan. perghh wangi lah sial bau budak ni. daniel tersengih-sengih bila terfikir aktiviti semalam.

'eleh daniel kau dah hina dia semua, kau tak sedar muka dia berubah apabila dengar kau cakap macam tu ' suara hati daniel mengejek.

"eh diam lah. bila aku kata aku benci means aku benci lah" daniel memenangkan egonya.

kemudian daniel keluar dari toilet dan menutup lampu. seketika dia terpandang ke arah pakaian yang tersedia di atas katil. aku rasa tu pakaian aku...

tepat. tu pakaian daniel.

"macam ni ke kehidupan bila ada isteri? baju pun mereka sediakan? kita tinggal sarung ke badan je? nice." daniel tersengih dan ada sedikit perasaan bangga.

kemudian aku turun ke bawah selepas siap memakai baju, masih terlihat dinnie yang sedang memasak dan ade beberapa lauk sudah terhidang di atas meja. dia masak semua ke ?

aku terus mengambil tempat di depan tv. lantak kau lah perempuan, pandai-pandai lah kau panggil aku untuk makan.

💖💖

"okayyyy siap!" dinnie tersenyum bangga + puas, akhirnya semua masakan terhidang. dinnie menanggalkan apronnya lalu menyangkutkan nya di tepi peti sejuk dan ingin naik ke atas untuk memanggil daniel.

ketika ingin melintasi ruang tamu dinnie terpandang daniel yang sedang bermain phone sambil baring. dinnie tersenyum. dinnie lalu melutut di sebelah daniel sambil memegang lengan daniel dengan muka gembira.

"hai awak... awak dah siap eh? jom makan jom, saya dah masak" dinnie berkata teruja.

"mama papa mana?" tanya daniel ringkas.

"dia orang keluar, japgi petang baru balik sebab memang biasa macam tu kalau hujung minggu macam ni" dinnie menjawab dengan senyuman yang tidak pernah pudar dari bibirnya.

"oh k. aku nak keluar. lepak. chaww" daniel terus mengambil kunci kereta lalu menutup pintu rumah dengan kasar. dinnie terkaku. jiwanya yang tadi bersemangat kini sudah hilang.

"sampai hati awak daniel." perlahan-lahan air mata yang mengalir di hapuskan. dinnie memandang lauk yang telah di masak dari pagi itu kemudian dia mengambil keputusan untuk makan bersama daniel apabila dia pulang.

MEMIKAT SI DIA 2.0Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang