Part 1

2K 20 1
                                    

"Ayah.....Hana doakan semoga Ayah ditempatkan dikalangan orang yang beramal soleh.."bisik hatiku sayu..Ya Allah sesungguhnya kau dah ambil seorang insan yang paling sayang kepadaku..Tetapi aku redha Ya Allah..Kau tempatkanlah Ayah di SyurgaMu kelak..."Aku berlalu pergi dari Tanah Perkuburan Islam menuju ke rumahku..Sudah sebulan Ayah meninggalkan kami semua..

"Haishhh mana pulak budak ni pergi!!Ini tak lain mesti pergi kubur arwah Ayah dia lagi ni...bentak Puan Adni iaitu ibu kandung kepada Aufa Hana..."Yelah tu Ani oii...mana ke lagi budak tak sedar diuntung tu nak pergi!..sampuk Opah Hana iaitu Puan Suhaida.."Ani memang geram tau dengan dia ni Mak..Dulu takpelah masa arwah abang Malik ada..Boleh lah abang Malik manjakan dia..tapi jangan harap lah kalau dengan Ani..memang mati Ani kerjakan budak tak guna tu.."

"Apa yang Ibu dengan Opah bising-bising kan ni?"soal Huda Alani adik kepada Aufa Hana..Hmm..Macam Huda tak tahu Ibu dengan Opah tengah bincang pasal siapa!"Ohh pasal perempuan tak guna tu ke bu..opah.."Dasar perempuan bodoh!Dahlah Hodoh!tak sesuai langsung jadi kakak aku..getus hati Huda.."Ibu dan Opahnya membenci Hana selepas Hana Lahir..kata ibu dan Opah aku ni Cantik dan memang mewarisi daripada Opah dan Ibu ..bukan macam Hana yang buruk tu..Bagi Ibu..sejak Hana lahir Hidup ibu jadi susah..selepas Aku lahir semuanya mudah..semenjak itulah kebencian itu mula hadir dalam diri Ibu dan Opah..

"Walaupun dah sebulan Ayah pergi meninggalkan aku..aku masih rasa Ayah ada disampingku..Hana sedih Yah..lepasni kat mana hana nak tumpang kasih?pada siapa lagi Hana nak luahkan perasaan Gembira atau sedih Hana Ni?"rintih hatiku sambil berjalan menuju ke rumah..Saat aku memasuki ke laman rumah..aku lihat Ibu sudah berdiri dihadapan pintu rumah dengan bercekak pinggang..

"Hana!!kau tercegat apa lagi kat situ?Kau masuk dalam rumah sekarang!!tengking ibu kepadaku sambil menarik tudung yang dipakai olehku.."sa..sakitt Ibu..Rintih aku kepada ibu ..saat ibu menarik aku masuk kedalam rumah...Ibu menolak aku hingga aku tersungkur diatas lantai.."Kau pergi mana hah?????kerja kau nak merayap je kan?kata ibu sambil menunjal kepalaku..tudung dikepala aku kini telah dicabut oleh ibu.."

"Hana tak merayap bu..Hana ziarah kubur arwah Ayah..balasku dengan nada yang sebak..Eh Hana kau jangan nak merayap je ye!!ingat sikit kerja kau dalam rumah ni..ujar Opah sambil menarik rambutku..Hmm..Dia ni memang jenis kuat merayap kalau ibu dengan Opah nak tahu!!nak cari JANTAN la tu!!tambah Huda adikku..Sesungguhnya aku amat menyayangi tiga insan yang berada dihadapan ku kini..sebab itulah aku tidak pernah nak melawan apa yang mereka lakukan kepadaku..Eh Hana!!agaknya kau dah pekak ye?"kan aku dah pesan banyak kali..kau jangan keluar dari rumah ni melainkan aku yang suruh kau keluar..Kau faham tak?jerkah ibu ditelingaku..

"Hana mintak maaf ibu..opah..Lain kali Hana dah tak keluar macam tu lagi..maafkan Hana.."ujarku lembut..Eleh kau ni bukan boleh percaya sangat..Ibu dengan Opah kena pastikan dia tak merayau ..Dia ni bukan boleh lepa sikit..Nanti tau-tau je hilang..!!"Tambah Huda yang sedang menjadi batu api..

"Betul kata cucu kesayangan Opah ni...balas Opah sambil mencium pipi Huda..Huda hanya menjeling kearahku..Pilu hatiku apabila melihat hal itu..Ibu dan Opah tak pernah mencium atau memeluk aku..Aku dibesarkan oleh Ayah, walaupun aku ada Ibu..tetapi kasih sayangnya dari kecil aku tak pernah rasa..Dah aku nak kau pergi basuh semua baju dalam toilet tu guna tangan!!kau jangan pandai-pandai nak guna mesin basuh aku tu!!kau faham???"tengking Ibu kepadaku lagi..Baik ibu..Hana Faham..balasku lembut"aku terus melangkah ke Bilik..Aku tukar baju kurung yang aku pakai tadi ketika ziarah kubur arwah Ayah kepada Tshirt dan legging..Aku terus menuju ke toilet untuk membasuh 2bakul baju kotor yang telah direndam itu..

"Setelah selesai memberus semua pakaian yang ada dalam bakul tu..Aku terus bilas dan rendam baju bersama dengan softener..Pucat tanganku ketika ini sebab lama sangat kena air..Adakah aku ni memang tidak layak dapat kasih sayang daripada keluarga sendiri melainkan Ayah dan Adik lelaki ku Hafidh Afnan yang kini sedang belajar di USM..Bisik hati aku..Aku teringin nak rasa disayangi oleh Ibu dan Opah sebagaimana yang dirasai oleh Huda..Dulu sewaktu Huda masih kecil..Ibu melarang Huda dari bermain dengan ku..sejak dari itu Huda tidak menyukai aku sebagai kakaknya sehingga kini..Mungkin kerana Ibu dan Opah tidak suka aku dekat dengan Huda yang disayangi oleh mereka berdua.."Takpe Hana..kau still ada Hafidh,Mila dengan Cikgu Haleeda untuk kau menumpang kasih..pujuk hatiku saat ini..

"Hana!! Dah siap ke kau basuh baju tu?"jerit ibu dari luar..Aku terus rendam 2bakul baju tu bersama pelembut pakaian dan aku keluar dari toilet..Ya ibu..Hana baru je lepas siap..belum sempat aku habiskan kata-kata akhir..Ibu terus menarik rambutku.."Lain kali kau buat kerja cepat sikit boleh tak?"janganlah lembab sangat!!kami ni lapar!!!!kau tahu tak L A P A R???"ujar Ibu sambil menunjal dahiku.."Aku menahan sebak apabila ibu berbuat demikian..Maafkan Hana ibu..Hana masak sekarang..ujarku kepada Ibu..Aku terus membasuh beras dan keluarkan ikan dari peti ais..Ibu yang sudah lama berlalu pergi ke ruang tamu duduk bersama dengan opah dan Huda..

"Aku memang dari dulu akan masak untuk mereka semua..Dulu waktu Ayah masih ada..Ayah lah yang akan bantu Hana..Ayah pun kesiankan diriku yang dibenci oleh Ibu..sudah banyak kali Ayah memarahi Ibu atas perbuatannya kepadaku..Namun ibu tetap buat jugak..Disebabkan itu juga Ibu bertambah benci kepadaku..Kadangkala aku beritahu Ayah supaya jangan memarahi ibu..Aku terlalu sayangkan Ibu juga sebenaranya meskipun Ibu membenci aku.."

"Sejak hafidh sambung study dekat USM, bosan jugak aku rasa..sebab dirumah ni hanya hafidh dan arwah Ayah sahaja yang akan bersembang dan kasih kepadaku...Hafidh sedari dulu memang tinggal asrama sehingga masuk ke IPTA..Aku pulak Ibu suruh berhenti study..Nasib baik aku sempat jugak habiskan Diploma aku ....katanya aku ni tak payah susah payah nak belajar tinggi-tinggi sebab dia akan suruh aku jadi orang gaji jugak dekat rumah ni..."bisik hati Hana..Sebab Hana tak secantik Huda ke Ibu dan Opah bencikan Hana?"soal Hana sendirian..

"Wah-wah-wah...bibik ni boleh pulak layan perasaan dia Ibu!!siap mengelamun lagi...ujar Huda yang melangkah ke dapur..Aku terus tersedar dari mengelamun..Erm Huda, Kak Hana dah siapkan semua untuk makan Malam..Nanti Boleh lah Huda,Ibu dengan Opah makan.."ujarku lembut kepadanya..

"Eh kejap!aku silap dengar ke apa ni haa?"balas Huda kepadaku..Siapa Kak Hana?Aku takde kakak melainkan ada abang seorang je..Kau jangan pandai-pandai nak bahasakan Kakak dengan aku..Geli telinga aku dengar.."tengking Huda kepadaku..Kau tu tak layak jadi Kakak aku!!kau tengok sendiri kan muka kau dengan aku bagaikan langit dengan bumi!!"tambahnya lagi..

"Aku menjadi sebak apabila ditengking oleh Huda sedemikian..Alangkah dia tahu betapa sayangnya aku kepada dia..Dulu sewaktu dia kecil..Ketika disekolah aku akan pastikan dia dalam keadaan yang selamat.."Apabila dia ponteng sekolah semasa sekolah menengah, pergi keluar dengan kawan-kawan dia pun aku tak pernah beritahu Ibu dengan Opah.."Aku tahu Ibu dan Opah tidak akan percaya akan kataku nanti malah aku pulak jadi mangsanya..

"Ermm kalau macam tu Hana masuk  bilik dululah..Ujarku kepada Huda..Eh, kau jangan lupa cucikan cadar dalam bilik aku tu nanti!!ujarku kepada Hana..aku pun telah diajar dari kecil untuk membenci Hana oleh Ibu dan Opah..aku disayangi oleh Ibu dan Opah sangat-sangat..Jadi,bila aku buat salah pun..mereka akan nampak semuanya salah Hana bukan aku!!Aku akui dari segi pelajaran aku tak sepandai dia..tetapi Dari segi rupa paras aku melebihi segala-galanya dari dia..aku mewarisi kecantikan dari Ibu yang berkulit putih,bertubuh langsing..Aku bangga dengan itu semua..bukan macam dia!kulit pun sawo matang je..entah ikut siapa tah!!Abang Hafidh pun putih jugak..Tapi dia memang lain..Bisik Hati Huda.."Ibu!!Opah!! Makanan bibik dah siapkan ni!jerit aku dari dapur..sengaja aku tekankan ayat Bibik tu nak bagi Hana sakit Hati..Hahahhahah..."ketawa Huda dalam hati.."

"Huda..mana perempuan tak guna tu pergi?soal Ibu kepadaku..Erm dia dah masuk bilik bu..pergi mandi la kot!dia kan tadi baru balik dari kubur..ujarku kepada Ibu..Hmm menyampah aku tengok budak tu Ani..sampuk Opah kepada Ibu.."Alah Mak ni!bukan mak je yang menyampah dengan dia!Ani ni pun sama Mak..Ikutkan Hati nak je Ani halau dia dari rumah ni bila arwah abang Malik dah takde ni..tapi nanti siapa pulak nak buat kerja rumah semua ni..Ibu..Opah..jomlah kita makan!!nanti hilang selera nak makan bila cakap pasal perempuan tu..bukan bagi untung kat kita pun.."ujarku kepada Ibu dengan Opah..Yelah Huda betul cakap kamu tu nak..Ibu pun malas..terus mereka semua menikmati makanan tu.."

"Aku yang baru sahaja usai mandi..terus menyarungkan pakaian sebelum solat maghrib..Agak lambat aku solat maghrib harini..sebab aku cuci dahulu cadar dibilik Huda tadi..kalau aku tak cuci..habislah Ibu dengan Opah akan memukul aku.."usai pakai baju aku terus pakai telekung dan solat maghrib..

"Huda..esok ibu dengan Opah nak keluar cari blouse baru..So, Huda nak ikut tak?"ujar Ibu kepadaku..Erm boleh jugak bu..Huda pun boleh shopping sekali.."ujarku dengan riak wajah gembira.."Kalau macam tu okaylah..balas Ibu.."

"Aku yang baru sahaja selesai solat terus tunggu untuk solat isyak sambil aku sedekahkan bacaan yaasin kepada Arwah Ayah.."






BAHAGIA YANG DINANTITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang