Part 31

1.1K 11 12
                                        


Puihhhhhhhhh...kau ni sial lah! Spoil lah mood aku pagi pagi macam ni! " Bentak Firas Adhwan yang baru sahaja meneguk latte panas yang baru dibacuh oleh Aufa Hana itu.." Woiii betina! Kau sini kejap!! Tengking Firas saat ini.."

Ya Tuan Firas, kenapa? Soal aku kepada tuan Firas saat ini.." Aku sudah bersiap untuk pergi check up pagi ni sekali dengan nak check tangan aku ni..." Ada saja yang tak kena dengan aku.." rintih hatiku saat ini.."

Kau minum air ni!! Ujar tuan Firas sambil menolak cawan itu kemulut aku..." Dengan air yang masih panas di paksanya aku minum.." Hanya Allah je yang tahu dengan keadaan mulut aku yang belum lagi baik"

Kau rasa tak?? Macam mana air yang kau buat ni???Ditolaknya kepala Hana dengan kuat saat ini..jerkah tuan Firas kepada Hana..

Saya buat ikut sukatan yang tuan suka sejak 4bulan lepas, tuan cakap....tuan suka yang macam ni...paling sedap yang pernah tuan minum..." aku terus memandang wajah tuan Firas saat ini.."

Menjawab pulak kau ni! Ishhhh kang tak pasal pasal aku tak pergi kerja pulak..Elok tangan kau tu belum sembuh, aku tambah dengan sakit dekat muka kau pulak kejap lagi!! Kau tak payah nak ingatkan aku pasal 4bulan lepas...Aku geli! Aku terpaksa je tau buat semua tu...Kau masak tak pernah sedap dekat tekak aku ni!!

Aku mendiamkan diri saja saat ini..." 4bulan lepas aku terlalu bodoh kerana mengharapkan cinta dan kasih sayang dari suami sendiri.." Hingga aku terlupa siapa diri aku di mata mereka.."Mulai harini, kau kena buang semua kenangan tentang 4 bulan lepas! Jangan simpan sikit pun dalam memori kau Aufa Hana!bisik hatiku saat ini..."

Saya mintak maaf sebab rosakkan mood tuan pagi pagi macam ni..." Tak lama lagi tuan akan dapat minum dan makan dari air tangan isteri yang tuan cintai.." Tuan Firas jangan stress stress tau...harini kan ada meeting penting...Nanti tuan lambat sampai office.....Lepasni saya bancuh latte instant je untuk tuan.." ujar aku kepada tuan Firas....Ermm tuan Firas, kejap lagi saya nak keluar kejap ya..saya ada check up dekat hospital.."

Pranggggggg!!!!! Cawan yang berisi latte panas itu dibaling kebawah..jelas kelihatan amarah diwajah tuan Firas saat ini.." Dia terus bangun dan berjalan menuju kearah pintu...bersepah serpihan kaca di atas lantai saat ini.."

Kau beli barang barang untuk nak celebrate birthday Inaz esok! Aku nak kau masak special esok! Semua kawan kawan aku akan datang! Kalau kawan kawan aku tak puas hati dengan event esok.......Kau tunggu something fun will happen😉ujar Firas Adhwan berbaur ugutan itu..."

Ya Allah, sakitnya dada aku saat ini..." Kenapa aku yang kena hadap benda ni semua? Aku terus mengutip serpihan kaca yang berada di lantai saat ini.."Aku mengusap perlahan perut aku saat ini.." Aku kena kuat! Aku tak boleh lemah! Semua ini berlaku pasti ada hikmahnya..." Mungkin sepanjang hidup aku kebahagiaan itu susah untuk dikecapi..tapi aku tak tahu jika semua kebaikan akan berbalik pada anak aku nanti..." desis hati Aufa Hana yang cuba untuk menenangkan hatinya saat ini.."

....................................................................... ......

Hmmm awak stress ke Hana? Soal doktor Fadila kepada aku tadi.." Awak tak boleh macam ni..tak kesian ke dekat baby? Awak nak ke baby awak pun ikut stress...Saya tahu setiap orang ada masalah tersendiri..Tapi kelebihan kita sebagai umat islam, jika tidak tenang dan sebagainya berbaliklah pada Allah swt..mengadulah dengan Allah swt jika ianya tak terucap...Bila awak stress macam ni banyak benda boleh terjadi..Salah satu contoh, awak tengok jelah tangan awak tu hana...itu namanya awak dah hilang focus! Sampai boleh terkena oven..Saya nasihat awak macam ni sebab awak ni lebih kurang sebaya dengan anak saya saja.." Anggaplah ini nasihat dari seorang Ibu kepada anak dia.."Terima kasih doktor....aku terus memeluk erat doktor fadila..Rasa terubat rindu kepada ibu aku sendiri..." 

BAHAGIA YANG DINANTICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang