Part 8

422 7 0
                                        

Ras..bila Ras nak ajak Lia kahwin?soal Mummy ketika aku nak menyuapkan mee goreng kedalam mulut.."Alahai mummy ni..tanya soalan macam ni pagi-pagi..desis hatiku..Nasib baik Daddy takde ..Hmm bukan Ras yang tak ajak kahwin Mummy..tapi Lia cakap dia tak nak lagi kahwin buat masa ni..balasku kepada Mummy.."Ohh macam tu pulak..Lia pun dah nak masuk 28 tahun dah kan?soal mummy lagi..Ya mummy..tapi apa boleh buat..dah Lia taknak lagi..takkan Ras nak paksa dia pulak..Terus aku teguk air coffee panas tu.."Mummy..Ras nak pergi office dulu lah Mummy..aku terus bersalam dan cium pipi mummy..Haihh Ras ni..makanan pun tak turun lagi..kelam kabut je..balas Mummy kepadaku..Ras lupa lah Mummy..Harini ada client nak jumpa Ras..ujarku kepada mummy..

"Hana..Harini kau free tak?aku ingat nak pergi rumah kau..Aku baca whatsapp dari Mila.."Hmm..Mila harini Kawan Huda nak datang lah..so, Ibu suruh aku masak..aku tekan butang send.." Ohh yeke..Alahh..baru nak lepak dengan kau..kalau macam tu takpelah..lain kali aku datang rumah kau.."Balas Mila..Kau jangan terasa tau Mila..nanti kita jumpa..balasku kepada Mila.."

Ibu!!perempuan tak guna tu dah bangun ke belum?Haishh kawan huda nak datang kejap lagi..takkan dia tak kemaskan ruang tamu ni!!bentak Huda ketika ini..Ibu rasa dia dah bangun tadi..Huda jangan lah risau..semalam ibu dah warning dekat dia supaya dia masakkan Nasi Ayam untuk kawan Huda yang datang tu..balas Puan Adni kepada Huda..Tapi ibu tengoklah dia tak kemas lagi bahagian ruang tamu ni!!!

HANA!!!!kau kemaskan ruang tamu dulu..ujar Ibu kepadaku semasa aku melangkah keluar dari bilik.."aku terus mengambil penyapu..Aku melangkah ke depan untuk menyapu..Semasa aku sampai ke ruang tamu..Huda terus melangkah ke arah aku..di tariknya rambutku..Kenapa dengan huda ni?Kak Hana ada buat salah ke?ujar aku kepadanya sambil menolak tangan dia yang menarik rambutku itu..Salah kau cakap?Ujar Huda sambil menengking..Kau memang banyak buat SALAH DAN MASALAH DALAM RUMAH NI!!!kan Ibu aku dah bagitahu kau yang harini kawan aku nak datang..So, kau tak reti ke nak kemaskan bahagian depan ni dari semalam???sedar sikit diri kau dalam rumah aku ni!!ujar Huda lagi..Aku hanya menahan rasa dari tadi..Aku rasa sedih dibuat sebegitu.."Maafkan Kak Hana..Kak Hana tak kemas sebab Kak Hana baru kemas 2hari lepas..balasku kepada Huda.."tak semena-mena ..Pangggggg!!Opah menampar pipiku dengan kuat..Aku terus memegang pipiku yang amat pijar ketika ini..Kau ni pandai menjawab ye bila Cucu aku suruh kau buat sesuatu..ujar Opah kepadaku.."Kau bersihkan cepat!!ujar Opah lagi..Aku terus mengambil penyapu dan aku sapu di lantai itu..Aku kemaskan setiap sudut di ruang tamu itu..Air mata aku mengalir dari tadi..aku ingin Ayah ketika ini.."

Erine..awak tolong inform Encik Dharma..awak bagitahu dia saya dah Sign document yang dia nak haritu..ujar aku kepada Catherine..Baik Tuan Firas..Nanti saya akan inform dekat Encik Dharma..."Baik terima kasih Erine..aku terus melangkah masuk ke dalam bilik.."

Ya ALLAH..aku teringin nak rasa bahagia seperti orang lain..disayangi oleh keluarga mereka sendiri..Kenapa Ibu dengan Opah benci sangat dekat Aku?Apa salah aku?Rintih hati aku ketika ini.."Aku terus memasak kuah kicap dan cili untuk Nasi Ayam yang dah hampir siap.."Kalau Hafidh ada dengan Kak Hana ketika ini alangkah indahnya..Ada tempat kak Hana nak mengadu..bisik Hati aku.."

Eh Nita..Dah sampai dah kau..jomlah masuk..ujar Huda kepada Kawannya Nita.."Ibu!!Opah!!ni kawan Huda dah sampai dah..ujar Huda lagi..Aunty Ani..Opah..Apa khabar?ujar Nita sambil salam ibu dan Opah..Khabar baik..ujar Opah dan Ibu..Eh nita duduklah berbual dulu dengan Huda..Erm baik Aunty..opah.."Huda..sebenarnya aku datang dengan boyfriend aku Ariz..Anak Tan sri yang aku cerita kat kau dulu..ujar Nita kepada Huda..Tapi dia pergi kedai kat depan tu kejap..tambah Nita lagi..Lah yeke...aku ingatkan kau datang seorang..balas Huda lagi..Hmm takpelah kalau macam tu.."Nita ..kau duduk kejap tau..aku nak ke dapur.."

Eh Hana!!kau dah siapkan ke semuanya?kawan si Huda tu dah sampai tau..ujar Ibu kepada aku..Dah Ibu..Tinggal nak hidangkan je lagi.."Balas aku kepada ibu...Ibu!!oh Ibu!!panggil Huda kepada Ibu..Ibu ...Nita tu bawak Boyfriend dia yang Anak Tan sri tu..ujar Huda kepada Ibu..Hmm takpelah kalau macam tu..suruh jelah dia masuk nanti..balas Ibu kepada Huda..aku hanya dengar sahaja perbualan mereka berdua.."Eh Hana!!kejap lagi kau serve masa kami nak makan!!kau dengar tak?soal Huda kepada aku..Ibu hanya merenung tajam kepada aku..Baik Huda..Nanti kak Hana akan serve..Huda jangan risau..balasku lagi.."

"Assalammualaikum..ujar Ariz sebelum melangkah masuk kedalam rumah ...Huda..inilah Ariz..boyfriend aku..Waalaikumussalam..Haa masuklah..ujar Puan Adni Pula..Huda seakan kaku apabila melihat ketampanan lelaki yang berada didepannya kini..berasa iri dengan Nita..Handsomenya boyfriend kau Nita..bisik hati Huda saat ini..Huda!!ohh Huda..panggil Nita kepada Huda yang sedang mengelamun..Ehh..sorry2..Nama Ariz kan tadi?sila masuk..ujar Huda sambil tersenyum..Hmmm boleh tahan cantik kawan si Nita ni..bisik hati Ariz pula.."Hmm anak ni nama Ariz ya..duduklah dulu..ujar Puan Adni..

"Eh Hana..cepat hidangkan makanan atas meja tu dengan air..kawan Huda dah sampai kat depan tu..ujar Ibu kepada aku dengan nada tegas..Baik Ibu..balasku..Aku terus menyarungkan tudung di kepala..Aku terus membawa dulang yang berisi minuman itu ke depan...Sampai di ruang meja makan,aku lihat ada seorang lelaki bersama Nita..Ohh itu ke Boyfriend Nita..bisik Hati aku..rancak mereka bertiga berbual..Huda kelihatan berminat Dengan cerita lelaki itu..Aku terus menuangkan minuman ke dalam cawan....Sebelum aku pergi ke dapur semula..jemput minum..ujar aku kepada mereka bertiga..lelaki aku tidak memandang ke arah aku..dia sedang melihat telefonnya..Eh korang..jemput minum dulu..ujar Huda kepada kawanya Nita bersama Ariz boyfriend si Nita.."

Saat aku menghidangkan Nasi Ayam di atas meja tu aku rasa segan pulak....Hi kak Hana!ujar Nita kepadaku..Hi Nita..balasku ringkas dengan senyuman..Aku terus sendukkan nasi untuk mereka..Saat aku serve nasi ke pinggan lelaki itu..Aku rasa tak selesa apabila dia tengok aku semacam je..Maybe sebab dia nampak aku pakai macam bibik kat rumah ni kot.."Dia tak senyum langsung....jemput makan..ujar aku kepada mereka sebelum melangkah pergi..

Ermm sedap sangat Nasi Ayam ni..Sos cili ni pun sedap..puji Ariz..Pandai bibik awak masak Huda..ujar Ariz kepada Huda..Sayang..Itu bukan bibik huda lah..itu kakak kepada Huda ...Hana namanya..ujar Nita kepada Ariz..Adooi Nita ni..pergi bagitahu itu kakak aku buat apa!!bentak Hati Huda saat Nita beritahu Ariz..Ohh kakak Huda ke?sorry..saya ingatkan bibik awak..sebab pakaian dia macam bibik saya dekat rumah..ujar Ariz lagi..Ohh takpelah..ujar Huda..hmmm buat malu aku jelah Hana ni!!getus hati Huda..

Eh dah kenyang ke semua?tambah lah lagi..pelawa Puan Adni lagi..Dah kenyang dah Aunty..sedap sangat Nasi Ayam ni..ujar Ariz..Ohh kalau sedap makan jelah lagi..balas Puan Adni lagi..Takpelah Aunty dah kenyang dah pun..Nita hanya melihat saja dari tadi perangai Huda dengan Puan Adni..Nasib baik saya temankan Nita harini..dapatlah saya pergi rumah Aunty and merasa nasi Ayam yang sedap ni..ujar Ariz lagi..Hmm lain kali datang lah lagi..ujar Pn Adni.....Kalau Nita datang nanti bolehlah saya ikut..balas Ariz..Hmm Aunty Ani..Nita beransur balik dululah..Ujar Nita..Ehh..kau ni..kejaplah aku belum puas lagi nak sembang dengan kau..ujar Huda..Erm..lain kali aku datang lagi ya Huda..Tq Aunty Ani..Aunty, tq..ujar Riz kepada Puan Adni..selepas Nita masuk ke dalam kereta..Ariz menghulurkan duit kepada Puan Adni..Ehh untuk apa ni Riz?soal Puan Adni..Erm takpe Aunty..Untuk Aunty shopping..Riz sempat mengenyit mata ke arah Huda yang berada disebelah Puan Adni.."



BAHAGIA YANG DINANTICerita yang buat anda obses. Terokai sekarang