Part 5

450 10 0
                                    


"Haa dah balik dah anak mummy seorang ni..haih firas ni...Ras tahu tak yang daddy asyik bebel je dekat mummy sejak Ras keluar pagi tadi..Aku yang baru sahaja melangkah masuk disambut oleh mummy aku dengan bebelan kedua daripada Daddy..Sorry mummy..Ras pergi rumah Riz..sebab Faiq datang situ..Mummy tahu kan Faiq jarang dapat spend time dengan kami berdua..jelas aku kepada mUmmy..Mummy faham je dengan Ras..tapi Daddy tu..Ras tahu kan Daddy macam mana?Dia ingat Ras tu Muda lagi agaknya..Dah lah Ras pergi lah masuk mandi dulu..nanti turun dinner ya sayang..ujar Mummy kepadaku..Aku terus melangkah naik keatas.."

"Hmm nak surprise kan Firas lah...bisik hati Dahlia ketika ini..Dia sebenarnya dah selamat pulang ke Malaysia semalam..Firas belum tahu lagi tentang hal itu..Terus dibeleknya souvenir yang dibeli untuk mummy Firas ketika di Grand bazaar,Istanbul..Hmm mesti aunty Adha suka souvenir ni..bisik hati Dahlia lagi saat ini.."Lia dah pergi ke bagi souvenir tu dekat Aunty Nadha?soal Mama kepadaku...Ermm..Lia sebenarnya tak bagitahu Firas lagi yang Lia dengan Papa dah balik dari Turkey semalam..Ras ingat Lia stay sana dalam 2hari lagi ma..saja je Lia nak buat surprise kat dia..balas aku kepada Mama..Hishhh macam tu pulak dah perangai anak mama ni!!ujar Puan sri Maira kepada anaknya Dahlia..Nanti kalau Lia pergi rumah aunty Nadha kirim salam rindu Mama dekat dia.."Alahh Mama ni..Lia saja je nak surprise kan Ras..ujarku sambil tersenyum..Nanti Lia bagitahu aunty Adha yang mama rindu dia.."

"Aku yang baru sahaja lepas solat maghrib terus mencapai beg kertas yang berisi telekung,hadiah dari pemberian Ibu petang tadi..Cantik telekung yang Ibu belikan ni..sulam bunga timbul corak bunga rose pink peach ni memang cantik..Hadiah tak ternilai dari Ibu..walaupun Ibu cakap yang dia taknak beli pun dekat aku sebenarnya..tapi aku amat menghargainya..Aku membuka bungkusan telekung itu daripada plastik covernya..Aku gantung dihanger dan disangkutkan dalam almari aku..Hana!!!!!!!!!!!!!Kau tak reti masak lagi ke apa ni???jerit Opah dari luar bilik aku..Aku terus membuka telekung dan aku letak atas katil..

"Ya Opah..maafkan Hana..Hana masak sekarang ya Opah..balas aku lembut kepada Opah..Sakit hati aku ni setiap kali pandang muka kamu ni tahu tak?ujar Opah sambil menarik rambut aku .."Dahlah petang tadi kamu buat cucu kesayangan aku tu takde mood!!lantas Opah terus menolak kepala aku..Maafkan Hana Opah...Hana tak sengaja lambat ketika ambik Huda di saloon tadi..balasku kepada Opah sambil menahan sakit akibat rentapan dari Opah keatas rambutku..Opah terus berlalu ke depan..Aku terus membuka ikatan rambut dan menyanggulnya semula..Aku terus keluarkan daging dari peti ais..

"Ibu...Huda bosanlah duduk kat rumah je..Nanti kita pergi melancong nak tak?ujar Huda kepada Ibu..Hmm arwah ayah kan baru berapa bulan je meninggal Huda..nanti dah lama sikit barulah kita pergi ya sayang..Balas Ibu kepada Huda.."Hmm okay..ujar Huda."Huda!..panggil Opah kepada Huda yang baru sahaja melangkah ke ruang tamu itu..Huda jangan monyok dah muka tu..Opah dah marah budak tak guna tu.."ujar Opah kepada Huda..Aku hanya mendengar dari ruang dapur apa yang Opah cakap dengan Huda..Aku sudah siapkan Daging masak Paprik bersama kacang panjang +carrot..siap satu menu..Ayam goreng berempah yang dah garing itu aku angkat dan sejat dari minyak.."

"Aku terus melangkah keluar dari bilik untuk dinner selepas aku text Ariz yang aku tak jadi lepak kat club malam ni.."Ketika keluar dari bilik..Haa Ras..baru nampak batang hidung kamu..dari pagi tadi Daddy tak nampak kamu..Ohh pagi tadi Ras Pergi jumpa Faiq dengan Ariz ..balasku kepada Daddy..kami berdua sama-sama melangkah turun ke dapur..Haa turun dah 2 orang jejaka kesayangan mummy.."Jomlah duduk..ujar mummy....Mummy masak sup daging ala thai tau malam ni.."ujar mummy lagi..Mummy ni memang isteri yang perfect untuk Daddy dengan anak-anak..balasku kepada mummy..sememangnya mummy adalah yang terbaik dimata kami adik beradik..Mummy kalau masak mesti dia suka masak sendiri..Pembantu rumah hanya datang seminggu 2kali sahaja untuk bantu mummy kemaskan rumah..yang lain semua mummy yang buat..Mummy nanti Ras harap isteri Ras perfect macam mummy..ujarku lagi kepada mummy..Hmm Ras..Dahlia kan ada.."balas mummy..Bila lagi Ras dengan Dahlia nak kahwin?soal Mummy lagi..Firas Adhwan!ni Daddy nak bagitahu kamu..Kalau kamu nak isteri yang perfect diri kamu tu pun kena perfect dari segi ibadah dan sebagainya..baru boleh jadi ketua keluarga yang baik.."ujar Daddy dengan muka yang slumber sambil menghirup sup daging yang panas itu.."Hmm Daddy ni mulalah..bisik hatiku ,"Hmm dah jom makan..ujar mummy yang jadi penyelamat aku setiap kali Daddy nak bebel kat aku.."

"Mereka bertiga baru sahaja selesai makan..aku macam biasa tidak dibenarkan sama sekali makan bersama mereka..Dulu-dulu aku memang akan menangis bila di layan begitu oleh keluarga kandung ku sendiri..tetapi sekarang aku dah biasa dengan keadaan ini..Kadang-kadang bila aku lihat ibu menyuapkan makanan ke dalam mulut Huda aku mengaku yang aku amat sedih dan air mata aku selalu bergenang..Alangkah seronoknya jika aku dilayan begitu jugak oleh Ibu..Terima kasih Ibu sebab sudi jugak lahirkan Hana ke Dunia ni..bisik hati aku sambil mengalirkan air mata apabila mengenangkan semua yang berlaku keatas diriku..aku membasuh segala pinggan mangkuk dalam sinki.."

"Firas..uncle Bakri dengan Dahlia dah balik ke dari Turkey?soal Daddy kepadaku..Belum lagi rasanya..maybe Lusa lah daddy..Firas pun tak pastilah daddy ..sebab haritu Lia cakap dekat Ras dia balik malaysia dalam 2-3hari lagi..Ohh okaylah kalau macam tu..sebab daddy ada hal nak jumpa dengan uncle Bakri nanti..ujar Daddy lagi.."Daddy..Ras naik atas dulu..ujarku sambil bangun dari sofa..aku terus melangkah keatas.."

"Lepas cuci pinggan aku terus ambik nasi..Aku makan bersama ayam goreng berempah..Kerana lauk itu sahaja yang tinggal untuk aku..Aku masih bersyukur kerana Ibu masih bagi aku makan dalam rumah ini.."Hmm sampai bila agaknya aku kena hidup macam ni?"soal aku sendirian..





BAHAGIA YANG DINANTIWhere stories live. Discover now