Part 16

595 15 0
                                        

Sebenarnya Firas sengaja berbuat demikian, supaya Perempuan dihadapannya ini Lebih tersiksa..Selepas dia menolak kepala Hana dengan kasar tadi..dia merasa puas..dia dengar esakan perempuan itu..tetapi hatinya sikit pun tidak tersentuh..Jika Dahlia yang sakit atau sebagainya..Dia lah orang yang paling risau, dek kerana kasih Dan sayangnya kepada Dahlia.

Ayah...Hana rindu ayah...lepas ayah pergi..Hana dah takde tempat mengadu selain daripada Allah swt..semua orang tak sayaang Hana..Apa Salah Hana..?bisik hatiku sendiri..Lepas sahaja dia menolak kepala aku tadi..aku terus disuruh olehnya untuk pergi..aku terus mengambil tempat di Bawah untuk tidur..aku harap dia cepat sembuh dan ceraikan aku..supaya dia bahagia dengan pilihan hati dia iaitu Cik Dahlia..Aku tidur bersama tangisan rinduku pada arwah ayah..

Hmmm tu baru sikit je Aufa Hana!!aku lihat dia yang tidur di tepi sofa bersebelahan dengan almari baju aku..sikit pun aku tak menyesal untuk berbuat sedemikian kepadanya...Kau bukan sesiapa untuk aku ..So, kau memang layak untuk terima semua ni..semua ni salah kau..kalau kau tak langgar aku pada malamni tu..tentu kita tak akan pernah kenal..dimana aku sendiri pun tak mahu kenal kau!!!

Azan subuh yang berkumandang di area perumahan Firas Adhwan ini membangunkan aku untuk menunaikan solat subuh..Aku terus bangun bersama mata yang agak sembab akibat menangis malam tadi..aku rindu ibu dan opah..jika dulu sewaktu dirumah..aku masih boleh melihat mereka hari2..tapi kini tak lagi..walaupun aku tahu dengan pemergian aku dari rumah itu amat menggembirakan hati mereka..Aku sempat menoleh kearah katil dimana Firas Adhwan sedang asyik lena..Maafkan saya sebab hadir dalam hidup awak..Saya tak pinta semua ini..Saya sedar diri saya tak sepadan dengan awak..aku bisik sendiri lagi sebelum melangkah masuk ke dalam toilet..

Aku terus menyanggul rambutku tinggi dan mandi..Usai mandi..aku terus keluar dari toilet dengan siap berpakaian dan bertudung sarung..aku terus mencapai telekung di tepi luggage dan solat subuh..

Setelah selesai berdoa..aku terus melipat telekung dan aku menuju ke arah katil Firas..Aku sebenarnya takut ingin mengejutkannya untuk solat subuh..Aku terus memanggilnya dengan lembut..En.Firas ..Ohh en.Firas..masih tiada reaksi darinya..kelihatan jam sudah menunjukkan jam 6.30pagi..En.Firas..ujarku lagi kepadanya sambil memberanikan diri dengan menyentuh lembut Tangannya..En.Firas bangun solat subuh..dia seperti tersentak dari lenanya apabila tangan aku menyentuh kulitnya..dia terus merenung aku dengan pandangan yang sangat tajam..

Maafkan saya..aku terus laju berkata sedemikian..Jom saya tolong encik ambil wudhuk..Dia masih lagi memandang aku seperti mahu memakan aku ketika ini..Mulai saat ni,aku nak kau sematkan baik2 dalam otak kau yang karat bodoh tu...JANGAN SIBUK HAL AKU..KAU TU TAK LAYAK LANGSUNG UNTUK ATUR HIDUP AKU FAHAM!!!!!KAU CUMA ORANG GAJI AKU!!TAK LEBIH DARI TU....ujarnya tegas kepadaku..

Aku hanya mengangguk dengan arahannya itu..Saya Faham..ujarku perlahan..Aku terus keluar menuju ke dapur...

Haishhhh bengang betul lah aku dengan perempuan ni..berani dia SENTUH AKU??!!!JIJIKLAHHHH..kalau aku sihat memang dah kena dah dia ni..Setiap apa yang dia buat mesti tak menyenangkan aku..Dasar SIAL!!!!!

Ehhh awal menantu Daddy bangun..Sapa Tan Sri Azfar yang baru pulang dari masjid itu..Morning Daddy..sapa aku kepada Tansri Azfar..Hana memang dah biasa bangun waktu macam ni dekat rumah dulu..balasku kepada Daddy..Bagus Hana ni..puji Daddy kepadaku..aku hanya tersenyum saja..Daddy nak minum air apa?soal aku kepada Tansri Azfar..Biar Hana buatkan..pelawa aku lagi kepada bapa mertuaku ini..Hmm kalau Hana rajin buatkan Daddy Nescafe "O" pun okayy..balas Daddy kepadaku..Okayy siap !!aku terus keluarkan ayat itu secara spontan sama seperti aku bersama arwah Ayah dulu..Aku terus mengalirkan air mata..Ya Allah terima kasih kerana hadirkan ayah mertua yang baik buatku..Aku terus membuat sarapan dan hidangkan diatas meja..dalam sibuk aku menghidangkan makanan itu atas meja..lalu datang Puan sri Nadha kearah aku..aku harap semuanya baik ..jangan ada yang tak kena ..

BAHAGIA YANG DINANTITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang