SELARI 1

85 3 0
                                    

"Rika ?"

Erika tersentak dari lamunannya.

"Rika dengar tak apa saya cakap tadi ?" Erika hanya memberi riak wajah keliru sahaja kerana dia tidak menumpukan perhatian sebentar tadi.

"Haih Rika. Takpelah. Jom lah kita balik" beg galas ditarik zipnya dan dia mula berdiri untuk beredar. Rika turut mengemas begnya.

"Awak fikir apa sampai awak tak dengar apa saya cakap kat awak tadi ?" Soalnya lagi kepada Erika.

"Maafkan saya, Marc. Tapi ... awak cakap apa sebenarnya ?" Balas Erika.

"Takde apa lah" Marc melajukan langkahnya.

"Marc ! Jangan laju sangat ! Kaki saya pendek je nak kejar awak yang kaki panjang tu !" Erika mengejar Marc yang sudah jauh darinya.

***

Erika Yong, seorang pelajar di sebuah universiti dalam bidang komunikasi dan sudah masuk tahun terakhir untuk dia bergelar sebagai seorang pelajar. Dan merupakan tahun terakhir untuk dia bersama dengan Marc Zyn. Erika sudah lama memendam perasaannya terhadap Marc dari awal tahun mereka bergelar sebagai penuntut universiti tetapi Erika langsung tidak tahu bagaimana untuk dia memberitahu perasaan sebenarnya terhadap Marc. Sudah tiba masanya untuk dia bertindak.

Erika dan Marc hanya berkawan sepanjang mereka belajar. Erika hanya memendam kerana dia tidak mahu merosakkan hubungan mereka selepas Erika meluahkan isi hatinya kepada Marc kelak. Jadi, dia hanya menunggu waktu yang sesuai sahaja. Erika tidak dapat menafikan bahawa Marc sememangnya diminati ramai tetapi Erika hairan mengapa Marc masih tidak mempunyai sesiapa di dalam hatinya. Mungkin dia masih tidak bersedia untuk komitmen dalam percintaan ? Mungkin dia malas untuk memikirkan soal cinta ? Atau dia sebenarnya gay ? Takde siapa yang tahu.

Apa yang membuatkan Erika jatuh cinta dengan Marc ? Erika sendiri tak tahu. Hidup ini penuh dengan tiba-tiba.
Tiba-tiba kenal.
Tiba-tiba suka.
Tiba-tiba kahwin.
Tiba-tiba lapar. Eh ?

Bagaimana Erika dan Marc berkawan ?

Semuanya bermula apabila Erika yang sememangnya seorang yang cemerkap pernah menjatuhkan fail yang penuh dengan artikel suratkhabar.

Cuba teka siapa yang datang menghulurkan bantuan ?

Ya.
Marc Zyn.

Marc yang kebetulan ketika itu dalam perjalanan ke perpustakaan dan ternampak Erika mengejar kepingan artikel suratkhabar yang berterbangan seorang diri terus membantu Erika mengutip semua artikel yang masih berterbangan.

Oleh kerana Erika juga dalam perjalanan hendak ke perpustakaan, Marc menawarkan diri untuk membantu Erika membawa fail yang mengandungj artikel surat khabar itu dan pergi ke perpustakaan bersama. Sejak itu, mereka mula berkenalan dan menjadi kawan rapat.

Erika pula mula jatuh cinta dengan Marc kerana personaliti Marc yang baik dan sopan itu. Tidak seperti lelaki yang dia pernah kenal sebelum ini.

Ada yang mulut jahat.
Ada yang suka bergurau tak kena tempat.
Ada yang kurang ajar.

Erika langsung tidak menggemari lelaki sedemikian. Maafkan Erika.

Lain orang, lain citarasa dia.

Sepanjang dia mengenali Marc, sekali pun Erika tak pernah dengar Marc meninggikan suara kepada sesiapa pun walaupun dengan kawan lelakinya sendiri.

***

Erika tergesa-gesa menuju ke satu tempat.

"Apa lahhhh dengan crush pun boleh terlambat macam ni" omel Erika.

Langkahnya terhenti.

Marc tidak keseorangan. Ada kawan bersamanya.

Qi Michael.

"Bertenang, Rika. Buat biasa je. Lagipun ada Marc" pujuk hatinya dan barulah dia berjalan mendekati Marc dan Michael yang sedang berbual rancak.

"Hai Marc" sapa Erika.

"Oh hai Rika. Ingatkan tak datang" balas Marc.

Gila taknak datang ? Crush yang ajak kotttt.

"Eh tak lah. Mesti lah saya datang" kata Erika. Erika mengerling ke arah Michael. Marc yang perasan mengenainya terus berdehem.

"Michael ni dia ada sekali sebab dia kata dia bosan, dia join lah makan dengan kita sekali. Awak okay kan, Rika ?" Jelas Marc.

"Eh takpe takpe. Takkan nak halau pulak. Tak baik"

Erika sedikit tidak selesa dengan kehadiran Michael kerana rakan sekelasnya pernah memberitahunya bahawa Michael sebenarnya dalam diam menyimpan perasaan terhadap Erika. Kebenarannya diketahui apabila mereka terdengar perbualan Michael dan Marc di mana Michael mengatakan dia menyukai sifat yang ada dalam diri Erika.

Namun begitu, hati Erika hanya terpaut kepada Marc sahaja. Erika pernah cuba menyukai Michael namun gagal kerana baginya Michael bukan lah lelaki yang menepati ciri-ciri lelaki yang dia mahukan.

Baginya, biarlah pasangannya mempunyai sifat yang berlawanan dengan dirinya(Erika). Erika merupakan seorang pendiam dan pemalu. Tetapi Erika hanya menjadi seorang yang pendiam dan pemalu pada orang yang dia tidak kenali sahaja. Selain itu, seperti kalian tahu, Erika seorang yang sangat cuai dan cemerkap. Oleh sebab itu, Erika memerlukan lelaki yang boleh melengkapi segala kekurangan yang ada pada dirinya. Dan ciri-ciri itu ada pada Marc.

Berlainan pula dengan Michael.

Michael juga merupakan seorang yang pendiam tetapi masih boleh bergaul dengan baik apabila didekati.

Bagi Erika, biarlah diri dia seorang sahaja yang mempunyai ciri seorang yang pendiam.

SELARIWhere stories live. Discover now