SELARI 11

12 1 0
                                    

Ke mana Erika pergi pasti ada Michelle bersamanya. Erika tak dapat menggambarkan kegembiraannya apabila akhirnya dia mempunyai seorang kawan perempuan dan mereka tinggal bersama !

Sesekali Marc seperti terabai kerana Erika hanya mahu bersama Erika. Dia hanya menghubungi Marc jika diperlukan sahaja.

"Rika. Kejap" Marc menahan Erika.

"Kenapa, Marc ?"

"Rika. Bagitahu saya ..."

"Bagitahu apa ?"

"Saya ada buat salah ke kat awak ?"

Erika mengerutkan dahinya.

"Kenapa awak tanya macam tu ?"

Michelle hanya memerhati.

"Sejak kebelakangan ni awak asyik menjauhkan diri daripada saya. Saya ada buat salah ke ?"

Erika menepuk dahi.

"Sebab tu je ke ?" Soal Erika kembali.

"Lepas kejadian malam tu, awak langsung tak bercakap dengan saya. Sebaliknya awak asyik dengan dia ni je" kata Marc sambil menudingkan jarinya ke arah Michelle.

"Jadi, kenapa kalau Rika keluar dengan saya ? Awak cemburu ? Buat pertama kalinya saya jumpa lelaki cemburu bila kawan perempuannya keluar dengan kawan perempuan dia yang lain" sampuk Michelle setelah lama berdiam diri.

"Saya tak pernah jumpa dia ni. Tiba-tiba dia ada dengan awak. Setiap masa" Marc tidak menghiraukan kata-kata Michelle. Michelle hanya memutarkan bola matanya.

"Marc. Saya dah makin tak faham dengan awak sejak kebelakangan ni. Awak makin pelik. Hidup saya jadi makin pelik" kata Erika.

"Apa yang buat saya ni nampak pe-..."

"Sudah, Marc. Salah ke Erika nak ada kawan lain selain awak ?" Pintas Michelle.

"Eh awak boleh diam tak ? Saya tengah bercakap dengan Erika. Bukan awak" marah Marc.

"Daripada awak sibuk cari salah Erika, kenapa awak tak cuci Michael tu dulu ? Sebelum awak bebel kat Erika, lebih baik awak bebel kat kawan BAIK awak yang nama Michael tu. Erika tak kacau sesiapa pun tapi awak sibuk banyak soal kat Erika" Michelle membalas dengan suara mendatar.

"Tak sekarang ni Michael takde kena mengena dalam hal ni. Dan macam mana awak kenal saya dengan Michael sedangkan kita tak pernah berjumpa ?" Soal Marc.

"Semua mengenai Erika saya tahu. Apa yang Michael buat terhadap Erika kat belakang awak pun saya tahu walaupun Erika tak pernah cerita kat saya. Dan saya takkan biarkan awak hidup tenang kalau saya dapat tahu awak lukakan hati Erika sebab awak lukakan hati Erika sama seperti awak lukakan hati saya jugak" Michelle menarik tangan Erika dan pergi meninggalkan Marc.

Michael mendekati Marc.

"Kenapa tu ?"

"Aku tak tahu siapa dengan Rika tu sebab ... aku baru pertama kali aku jumpa dia"

SELARIWhere stories live. Discover now