SELARI 8

12 8 0
                                    

Erika mencari kelibat Marc di dalam kafe seperti yang dijanjikan.

Marc melambaikan tangannya menandakan dia berada di situ. Erika terus meluru ke tempat Marc.

"Hai Marc. Lama ke tunggu ?"

"Tak jugak"

"Jadi ... awak nak cakap pasal apa ?"

Marc berdehem.

"Saya ... cuma nak tanya ... siapa lelaki yang dengan awak hari tu ?" Soal Marc teragak.

"Lelaki ? Lelaki mana satu ?"

"Lelaki yang kejar awak hari tu"

"Michael ?"

"Saya kenal Michael, buat apa saya tanya awak lagi" Marc tertawa sendiri.

Erika termenung seketika.

"Jadi ... semuanya bukan mimpi lah ?"

"Rika ?" Erika tersedar dari lamunan.

"Oh pasal tu ... sebenarnya saya tak kenal pun siapa dia ..."

"Kalau macam tu takpe lah. Tapi ada benda yang lagi penting dari tu yang saya nak tanya awak" kata Marc.

"Apa ?"

Marc menggapai tangan Erika.

"Pasal apa yang lelaki hari tu cakap pasal saya kat awak tu ..."

"Jangan cakap apa yang Erik cakap tu betul ..."

BAM !

Kerana terkejut, Marc terlepaskan tangan Erika.

Erik kembali.

Erik memandang Erika.

"Kau diam kejap" kata Erik. Erika terdiam. Kemudian, Erik memandang ke arah Marc semula.

"Marc. Jangan nak pegang-pegang tangan dia semata-mata kau nak jaga hati dia. Aku tahu kau buat macam ni supaya Erika berlembut hati dengan kau" kata Erik.

"Apa awak cakap ni, Erik ???"

"SHHHHH diam"

"Aku tak tahu kau ni siapa dan apa kena mengena kau dengan Erika, tapi macam ni ke kau cakap dengan orang yang kau baru kenal ? Erika pun tak kenal kau siapa tapi kau buat dia macam-..."

"Macam teman wanita aku ? Tu yang kau nak cakap kan ? Kenapa ? Kau cemburu ? Oh lupa. Buat apa kau nak cemburu kalau kau takde perasaan kat dia" pintas Erik.

"ERIK !"

Erik memandang Erika. Erik menggenggam tangan Erika.

"Erika. Kau cakap betul-betul dengan aku. Michael ada kacau kau kan hari ni ?" Soal Erik.

Terbuntang mata Erika mendengar soalan Erik.

"Michael ?" Soal Marc tetapi tidak diendahkan oleh Erik.

"Macam mana awak tahu ?" Soal Erika kembali.

Erik mengeluarkan telefon pintar dari poket seluarnya lalu diayunkan di hadapan muka Erika.

Butang buka ditekan dan skrin telefon pintarnya menyala di depan mata Erika.

"Telefon kau mana sekarang ?" Soal Erik.

Mustahil untuk Erika menunjukkan telefonnya kerana telefonnya sudah rosak dicampak oleh Michael.

"Telefon aku ni dah lama rosak tau dan memang takde harapan nak hidup sebab kena gilis dengan motor aku sendiri dan aku memang takde telefon. Tiba-tiba, telefon aku kelihatan masih baru dan masih boleh berfungsi. Cakap betul-betul dengan aku. Michael yang buat telefon kau rosak atau aku salah buat andaian ?" Kata Erik lagi.

"Michael kacau awak lagi, Rika ?" Soal Marc pula.

Fikiran Erika bercelaru.

"Jawab lah" desak Erik.

"OKAY FINE ! YA MICHAEL KACAU SAYA LAGI. PUAS HATI ?" Jawab Erika.

"Aku dah agak" tiba-tiba Erik tergesa-gesa keluar dari situ.

"ERIK" Erika mengejar Erik. Begitu juga dengan Marc untuk memastikan tiada perkara buruk yang berlaku. Walaupun dia tahu Michael tidak sepatutnya mengganggu Erika, Michael masih merupakan kawan baiknya.

SELARIWhere stories live. Discover now