SELARI 12

13 3 0
                                    

Ketika Erika baru keluar dari perpustakaan, dirinya ditarik ke sebuah lorong.

"Sengaja kan ?"

"Sengaja apa ni, Michael ?"

"Awak sengaja cari kawan baru untuk tinggal serumah dengan awak supaya ada orang boleh lindung awak, kan ?"

Erika menolak tubuh Michael jauh daripada dirinya.

"Untuk pengetahuan awak, saya pun tak tahu masa bila dia tinggal serumah dengan saya. Apa yang saya tahu, dia cuma bagitahu saya yang dia dah lama tinggal dengan saya sejak saya dah lama tak sedarkan diri" kata Erika.

"Dah lama tak sedarkan diri ? Awak memang tak sedar diri pun" balas Michael.

"Cakap dengan cermin ?"

"Tak. Awak. Awak dah lama tak sedarkan diri ? Baru malam tadi kita berjumpa lepas lelaki yang muka macam awak tumbuk saya kat tepi jalan, tiba-tiba kawan perempuan awak tu muncul dalam hidup awak !"

Erika terpana.

"Erika ! Selama saya kenal awak sebab Marc, mana ada hari awak tak sedarkan diri dalam jangka masa yang lama !"

Sekali lagi realiti menampar Erika. Tiba-tiba Erika melarikan diri.

"ERIKA !" Michael menendang dinding.

***

Pintu rumah dibuka kasar dan memeranjatkan Michelle yang ketika itu sedang menelaah pelajaran.

"Erika ?" Wajahnya berubah apabila melihat raut wajah Erika yang kelihatan lain daripada biasa.

"Kenapa ni Erika ?" Soal Michelle.

"Michelle. Bagitahu saya perkara sebenar" itu sahaja yang keluar dari mulut Erika.

"Ba-bagitahu apa ni ?"

"Siapa awak sebenarnya ?"

"Saya kawan serumah awak lah. Que Michelle"

Bibir Erika menggeletar seperti sedang menahan marah.

"Kenapa ni, Erika ? Apa yang dah jadi ?"

"Jangan bagitahu saya awak pun sama je macam Erik !" Tuduh Erika.

"Siapa Erik ?"

Erika tidak menyangka jawapan itu yang keluar dari mulut Michelle.

"Erika. Awak makin pelik. Mula-mula awak tuduh saya benda yang tak masuk akal tiba-tiba muncul nama siapa ntah tadi awak sebut. Sekarang, bagitahu saya. Siapa yang buat awak soal siasat saya ?" Michelle menyilangkan tangannya.

"'Maafkan saya, Michelle tapi ... awak tak kenal Erik ?"

Michelle menggelengkan kepalanya.

"Saya cuma tahu dalam hidup awak hanya lah Marc dan Michael. Dua orang tu pun dah cukup menyerabutkan hidup awak, tiba-tiba muncul nama Erik. Siapa Erik ?"

"Sudahlah, Michelle"

Michelle dan Erika menoleh ke arah si pemilik suara.

"Cukuplah sampai sini. Terima kasih, Michelle"

"Anytime, Erik" balas Michelle.

Erika masih menghadam apa yang sedang terjadi ketika itu.

"Aku tahu. Tak sampai sehari pun mesti kau akan sebut nama aku jugak" kata Erik.

Michelle mendekati Erik.

"Jadi, sekarang ni kau buat apa kat sini ?" Soal Michelle.

"Tak tahu"

Michelle menepuk dahi.

"Dah tu buat apa kau datang sini ???" Soal Michelle.

"Saje" Erik membalas pendek.

"Michelle ???? Baru tadi awak cakap awak tak kenal Erik tiba-tiba sekarang ...... apa ni ?" Erika semakin pening dengan situasi itu.

"Saya cuma cakap 'siapa Erik' bukannya 'saya tak kenal Erik'. Know the difference" balas Michelle.

"Oh ya Erika. Aku cuma nak cakap kau ni bengap" kata Erik.

"Excuse me ???"

"Ya kau bengap. Kau tak perasan ke nama dia ni hampir sama dengan nama someone ???" Kata Erik lagi.

"Dalam hidup saya sekarang hanya tahu nama Marc Zayn, Qi Miche-... Que-... nevermind" Erika mengeluh selepas itu. Erik hanya tersenyum senget.

"Aku tak kisah kau masih nak kata aku gila ke apa. Sekarang ni aku nak kau pilih sama ada kau nak aku atau Michelle tinggalkan dengan kau sekarang ni. Tapi sebelum kau jawab, aku tahu jawapan kau. Mesti kau nak Michelle, kan ?"

Erika hanya memandang Erik. Erik hanya menanti jawapan daripada Erika.

"Tak. Saya nak awak yang tinggal dengan saya"

Michelle hanya tertawa kecil.

"Gelak apa, Michelle ?" Marah Erik.

"Takde apa" balas Michelle.

"Jangan salah faham. Saya pilih Erik sebab saya nak bagi peluang untuk Erik buktikan apa yang saya tengah alami ni bukan rekaan dan betul-betul terjadi. Saya pilih Erik bukan sebab saya percayakan dia. Kena faham tu" Erika menjelaskan secara menyeluruh.

"Tapi kami tak tanya pun" balas Erik.

Erika mendengus.

"Malas lah saya nak layan awak !" Erika terus meluru kebiliknya meninggalkan Erik dan Michelle.

"Senang tak jadi perempuan, Michelle ?" Soal Erik tiba-tiba.

"Soalan apa kau tanya ni ?" Soal Michelle semula.

"Orang tengah period memang macam tu ke ?"

"Hei !" Michelle memukul Erik menggunakan kusyen.

"Jadi perempuan ni memang nak kena sensitif semua benda ke ?"

"Baik kau diam sebelum aku sunat kau"

SELARIWhere stories live. Discover now