SELARI 6

12 2 0
                                    

Erik sedari tadi memerhatikan Erika bersiap untuk ke kelasnya. Erika sedar mengenai itu tetapi dia malas hendak mengambil peduli.

"Aku nak ikut kau pergi kelas" kata Erik setelah lama berdiam diri.

"AWAK NAK IKUT SAYA PERGI KELAS ???" Erika mengulang semula permintaan Erik.

"Kenapa ? Tak boleh ?"

"Mana boleh orang yang bukan pelajar atau bukan staf universiti masuk ke dalam melainkan ada urusan" balas Erika.

"Yelah aku datang sebab ada urusan lah" Erik tidak mahu mengalah.

"Oh saya tahu !"

Erik mengerutkan dahinya.

"Awak kata apa yang jadi kat dunia saya akan mempengaruhi dunia awak. Kat dunia saya, saya merupakan seorang pelajar universiti. Maknanya, awak kat dunia awak merupakan seorang penganggur. Betul tak ?" Kata Erika dengan penuh keyakinan.

Erik menunjukkan riak muka takjub sambil menepuk tangannya. Erika sudah tersenyum bangga melihat reaksi Erik.

"HAHAHAHAHA aku saje je. Apa kau cakap tadi tu semua salah" Erik kembali menunjukkan muka bersahajanya.

Erika terasa seperti diperbodohkan ketika itu.

"Aku masih pelajar universiti kat dunia aku. Tapi jurusan kita berbeza. Kau dalam jurusan komunikasi. Aku ni jurusan akaun. Tu je" tambah Erik lagi.

"Oh" pendek Erika membalas.

"Aku tak kira. Aku nak ikut" Erik masih berkeras hendak mengikut Erika.

"Ikutlah. Kalau awak ikut pun, pengawal takkan bagi awak masuk sebab awak takde apa-apa urusan, kad pelajar atau pun kad staf universiti yang membuktikan awak bekerja kat situ" ujar Erika.

"Okay"

Erika sudah malas untuk berdebat dengan Erik dan membiarkan Erik mengikutnya.

***

Sesampai sahaja mereka ke sana, seperti biasa Erika akan mempamerkan kad pelajarnya ketika masuk ke dalam kawasan universiti. Selepas beberapa langkah, dia menoleh ke belakang. Erik masih berdiri di luar pagar. Erika tersenyum kerana merasakan kemenangan berpihak kepadanya.

Tiba-tiba Erik tersenyum sinis. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Kad pelajar milik Erik.

Dengan mudah Erik melangkah masuk ke dalam kawasan kampus tanpa dihalang atau dihalau oleh pengawal yang menjaga pagar masuk kampus tersebut.

Erik mendekati Erika.

"Kita mungkin berbeza. Tapi bukan semua benda kat dunia aku ada sifat berlawanan dengan apa yang ada kat dunia kau ni. Contohnya, kad pelajar dengan universiti kau ni" Erik menunjukkan kad pelajar miliknya di depan muka Erika. Erika merampas kad pelajar itu dan membelek depan belakang kad tersebut.

"Logo sama, nama universiti sama, design kad pun sama" kata Erika. Erik mengambil semula kad pelajarnya dari tangan Erika.

"Jangan belek lama-lama. Aku dah lah kacak dalam gambar tu nanti kau jatuh cinta pulak" Erik berjalan mendahului Erika yang ternganga apabila Erik memuji dirinya sendiri.

"Perasan !"

***

Erik hanya mengekori ke mana sahaja Erika pergi. Kecuali ke tandas.

Erika mula berasa rimas apabila ke mana sahaja dia pergi pasti ada Erik.

"Awak takde benda lain ke nak buat selain mengekori saya ke mana-mana ?" Kata Erika.

SELARIWhere stories live. Discover now