SELARI 2

17 3 0
                                    

Dalam perjalanan Erika pulang ke rumahnya selepas makan bersama Marc dan Michael, tiba-tiba bahunya disentuh seseorang dari belakang.

"PERGI JANGAN KACAU AKU !!" Erika menepis tangan yang menyentuh bahunya.

"Rika ! Ni saya lah, Michael !"

Erika hanya terpaku. Takutnya bukan kepalang kerana dia keseorangan.

"Ke-...kenapa ? Ada apa ?" Soal Erika.

"Saya cuma nak tanya awak kenapa awak macam tak suka saya"

Zappp ! Bagai dihiris sembilu.

"Mana ada. Perasaan awak je kot. Yelah saya dah lah makan dengan awak, dengan Marc. Nanti orang fikir apa pulak. Saya dah lah takde kawan kat sini" balas Erika.

"Ohhh kalau makan dengan saya, dengan Marc awak risau orang fikir bukan-bukan. Kalau awak berdua je dengan Marc, awak tak fikir macam tu pulak ?"

Erika sedikit terperanjat mendengar kata-kata Michael.

"Apa awak cakap ni ?"

"Awak ingat saya tak tak tahu ke awak selalu berdua dengan Marc ?"

"Masalah sekarang ni kenapa awak pulak yang nak sakit hati ? Awak bukan pakwe mahupun suami saya pun"

Michael terdiam.

"Dan lagi satu. Kalau saya nak luang masa dengan Marc pun, apa masalah awak ? Cemburu ? Cemburu kenapa ?" Tambah Erika lagi.

Memandangkan Michael masih terdiam, Erika terus berlalu pergi.

"SEBAB SAYA SUKA AWAK, ERIKA !" Laung Michael.

Langkah Erika terhenti. Dia menoleh ke belakang.

"Saya sukakan awak, Erika. Saya iri hati tengok awak selalu berdua dengan Marc. Marc sangat beruntung sebab dapat bersama awak setiap masa berbanding dengan saya" kata Michael lagi.

Erika masih terpaku di tempatnya.

"Kalau ... saya tolak awak ?" Balas Erika.

"Tapi kenapa ?" Soal Michael semula.

Erika tidak dapat menjawab soalan tersebut kerana amat sukar baginya untuk memberitahu hal sebenar.

"Sebab awak suka Marc ?" Teka Michael.

Erika terpempan.

"Saya tahu, Rika. Awak suka Marc, kan ? Sebab awak tak pernah sikit pun tolak pelawaan dia"

"Tu tak membuktikan apa-ap, Michael" bidas Rika.

"Tapi betul kan awak suka Marc ?" Michael mendesak.

"Sudahlah" Erika terus berpaling dan melajukan langkahnya tetapi dikejar oleh Michael. Beg galas Rika dicapai dan serta-merta menahan Rika dari terus berjalan.

"Tolong, Michael. Saya nak balik" pinta Rika.

"Jawab pertanyaan saya"

"Lepas lah !"

"Rika please ..."

Rika cuba melepaskan pegangan Michael tetapi gagal.

"Michael tolong jangan buat saya macam ni ! Lepaskan beg saya !"

"Apa kurangnya saya, Rika ? Sebab Marc lagi kacak dari saya ke ?"

"Hentikan semua ni, Michael. Lepaskan beg saya sekarang !"

Dalam kepayahan Rika menarik begnya daripada Michael, Michael melepaskan pegangannya dan sekaligus menyebabkan Rika jatuh terduduk ke atas tanah.

"Aduh !"

"Maafkan saya, Rika" kata Michael.

Erika mendiamkan diri. Mungkin masih marah dengan perbuatan Michael.

"Saya tahu saya terlalu mendesak awak. Tapi saya betul-betul sukakan awak" kata Michael lagi.

Erika berdiri.

"Kalau awak betul-betul sukakan saya, awak takkan buat macam ni terhadap saya sebab lelaki yang betul-betul mencintai wanita pilihan dia takkan berkasar sampai macam ni sekali, Michael. Jangan kacau saya lagi" Erika melangkah meninggalkan Michael bersendirian di situ.

Michael hanya memerhati sehingga lah Rika hilang dari pandangannya.

Marc yang datang entah dari mana mendekati Michael.

"Apa yang kau dah buat dengan Rika ?" Soal Marc mengejut.

"Marc ? Masa bila kau ada kat sini ?"

"Dah lama. Aku tanya lagi sekali. Kau buat apa dengan Rika ?" Soal Marc dengan nada suara mendatar.

"Kau nampk ke ?" Soal Michael semula.

"Aku nampak dari awal" balas Marc.

"Maafkan aku, Marc"

"Sekali lagi aku nampak kau berkasar dengan Rika, aku tak teragak-agak untuk pukul kau nanti" Marc memberi amaran dan berlalu pergi. Marc sebenarnya hendak menjenguk Erika setalah dia menyaksikan apa yang terjadi di antara Erika dan Michael sebentar tadi.

SELARIWhere stories live. Discover now