SELARI 7

15 2 0
                                    

Erik hanya merenung Erika yang sudah tertidur di atas katilnya. Jam yang terletak di atas meja belajar Erika ditilik.

"Aku dah kena balik dunia sebenar aku ni" dia menoleh ke arah Erika.

"Tapi ... serba salah pulak aku nak tinggalkan Erika macam tu je" lama dia merenung Erika yang masih nyenyak tidur.

"... Aku akan datang balik nanti"

***

Erika terpisat-pisat bangun dari tidurnya menggosok matanya.

"Kat rumah ? Aku mimpi ke ?"

Matanya melilau ke seluruh bilik.

"Erik tu betul-betul wujud ke ?"

Erika menuruni katilnya dan keluar dari bilik. Semua sudut rumah ditinjau untuk memastikan sama ada dia sedang keseorangan atau pun tidak.

Setelah berpuas hati, dia kembali ke ruang tamu dan duduk di atas sebuah sofa.

"Maknanya tadi tu semua mimpi lah ?"

Bayangan Marc keluar di dalam pemikirannya.

"Marc ... belum tahu lagi lah pasal aku suka dia, kan ?"

***

Di dunia Erik ...

Erik menjalankan hidupnya seperti biasa. Dia langsung tidak memberitahu sesiapa bahawa dia berjaya berjumpa dengan dirinya di dunia yang lagi satu.

Hanya satu sahaja masalah yang menimpa dirinya ketika itu.

Tak cukup tidur.

"Tak, Erik. Tak boleh ponteng kelas lagi !" Katanya di hadapan cermin.

***

Erik ke universitinya seperti biasa walaupun dia mengantuk yang amat sangat.

"Aku harap May dengan Michelle tak serabutkan aku" katanya sebelum menyambung perjalanannya.

Namun jauh di sudut hatinya, dia mengharap dirinya dikacau kerana mudah untuk dia mengetahui keadaan Erika pada ketika itu memandangkan apa yang terjadi di dunia Erika akan mempengaruhi dunianya juga.

"Tapi ... kalau May jauhkan diri dari aku ... itu petanda buruk ..."

***

Di dunia Erika ...

"Kenapa Marc taknak jawab ?" Berkali-kali Erika cuba menghubungi Marc tetapi tiada sebarang jawapan.

Tiba-tiba telefonnya dirampas lalu dicampak.

"Sudah-sudahlah tu !" Jerkah Micheal.

"Apa masalah awak ni ??? Awak campak telefon saya ! Awak ingat telefon tu takde harga macam perangai awak ke ?" Tempik Erika.

"Okay maafkan saya, Rika. Nanti saya belikan yang baru. Tapi tolong dengar cakap saya-..."

"Dengar cakap awak ? Awak bukan ayah saya untuk saya dengar cakap awak !" Pintas Erika.

"MARC TAK PERNAH SUKA AWAK !" Jerit Michael.

Erika terpaku.

"Saya tak bermaksud nak sakitkan hati awak tapi ... Marc memang tak suka awak. Dia suka orang lain. Faham ?"

"Saya tak percayakan awak" Erika beredar meninggalkan Michael.

"Rika ! Saya sayang awak, sebab tu saya cakap pasal benda ni sebab awak taknak sedih !" Kata Michael lagi.

"Kehadiran awak sendiri pun dah cukup menyedihkan bagi saya" gumam Erika.

***

"Hai Rika"

Erika terkejut apabila dia disapa Marc.

"Oh hai Marc" balas Erika.

"Rika. Saya nak cakap sesuatu dengan awak" kata Marc.

"Apa ?"

"Tapi ... saya taknak cakap kat sini. Kita jumpa kat kafe depan universiti kita tu petang nanti. Boleh ?" Kata Marc.

"Okay, Marc. Jumpa petang nanti" kata Erika sambil tersenyum.

"Saya pergi kelas dulu" kata Marc sebelum beredar.

SELARIWhere stories live. Discover now