7 : Adrean.

4.7K 52 0
                                    

Aku berjalan2 di taman berdekatan rumah Daisey. Selepas 2 minggu insiden aku terjumpa dengan Jafry, aku lebih banyak mendiamkan diri. Dan aku duduk dengan Daisey semetara Harley pergi bercuti dengan family dia. Duduk rumah pun aku takde teman.

Dari jauh aku terpandang dua orang lelaki yang memakai baju santai di padang bola. Mereka duduk di bangku sambil mengesat peluh dengan gelak ketawa. Dua lelaki yang teramat aku kenal. Its been a long time aku tak jumpa mamat seekor tu!

Aku mengorak langkah menuju ke padang tersebut lalu mencuit bahu Jafry. Wajahnya hanya selamba apabila muka ku yang terpampang di depan matanya. Adrean tersengih lalu bersuara.

"Woah! Lama aku tak jumpa kau gila! Kau pergi mana?" Tengok.. betapa tak beradabnya supupu aku seekor ni. Aku tahu lah dia tua dari aku, tapi pangkat aku sebagai Aunty lagi tinggi tau!

"Wah sedap mulut kau! Senang berak je kau cakap aku gila?! Sini kau!" Aku menerpa ke tubuh Adrean yang berpeluh namun belum sempat aku untuk memukul Adrean, dia sudah bangkit dari bangku lalu berlari sambil tergelak.

Aku mengejar Adrean yang berlari pantas walaupun aku sudah tercunggap2. Maklum, semput. Hahahah! Adrean seorang yang active bersukan, aku pula tidak. Aku gemuk sikit. Chubby lah, senang citer. Alah, 58kg je pun.

"Sini kau!" Jeritku sambil mengejar. Adrean berlari menuju ke belakang Jafry dengan menjelirkan lidah kepada ku. Aku tetap mengejar.

Sehinggalah aku melintasi bangku di mana Jafry duduk. Larian ku terhenti apabila Jafry merangkul tubuh ku dengan sebelah tangan lalu mendudukkan aku di ribanya.

"Stop chasing him. Nanti kau penat." Alahai! Sweet betul mamat ni tapi aku tak peduli! Aku nak luku kepala Adrean!

"Hah.. hahh.. hahh.. kejap kau Ad! Kena kau dengan aku!" Aku bersuara tanda tidak puas hati. Jafry merenung ku dalam.

"Buekk! Gemuk! Lari pun ketot2." Eh kurang hajar betul Adrean ni. Ada yang kena ni nanti. Aku merenungnya tajam. Dia menjelir lidah kepadaku.

"Ad, dah lah tu. Kau ni pun." Jafry menoleh ke sisi menegur Adrean. Adrean tersengih nakal. Lalu duduk di sisinya.

"Eleh, aku saja je menyakat dia ni. Dah lama aku tak jumpa kau. Kau pergi mana?" Soal Ad lembut. Tanganya menggosok kepala ku laju sehingga rambut ku yang rapi menjadi serabai.

"Aku tak pergi mana pun. Kau tu yang pergi mana? Selalu je aku pergi rumah Aunty Roszy, tapi kau takde pun." Balasku tenang sambil mengemas kembali rambut ku.

"Ah, aku pergi sambung belajar. Mummy tak bagitahu kau?" Aku mengeleng. Adrean mengangguk sambil mencebik.

"Aku tak sangka pulak Mummy tak bagitahu kau. Sebelum aku pergi, memang aku ada pesan supaya tak bagitahu orang." Aku mengangguk saja. Takpelah. Sekarang aku dah tahu.

"Takpelah Ad. But.." Aku bangkit dari riba Jafry lalu duduk mencangkung di depan Adrean. Belum sempat aku nak menyakat Ad, Jafry bersuara.

"Woah2! Get up honey. Don't do that." Larang Jafry. Aku terkulat2. Kenapa?

"That shit is mine. Jangan bagi Ad." Bilangnya selamba. What? Aku bengang seketika. Akhirnya aku paham. Baju aku..

"Ohh.. sorry.." Balasku dengan sengihan. Aku baru nak kenakan Ad, kacau betul Jafry ni.

"Wow.." Ad bersuara sambil mengeleng laju. Matanya di pejam celik. Aku dan Jafry memandangnya pelik.

"Asal?" Tanya Jafry.

"What a lucky day? Damn!" Ah sudah! Bodoh juga sepupu aku ni.  Tangan Jafry laju menghempuk kepala Adrean.

"Stop that shit. Its mine!" Marahnya. Adrean tergelak besar manakala aku hanya tersenyum. Ad ni bodoh lah!

"Aiera! Kenapa kau pakai baju macam ni?"

"What? Ini fashion okay.." Aku memandang dari atas hingga ke bawah. Apalah sangat, legging ketat bercorak bunga, baju singlet putih dan baju kemeja yang di ikat sampul.

"Betullah Jaf, ini fashion. Takpelah." Aku mengangguk setuju dengan kata2 Adrean. Mamat ni walaupun menjengkelkan,tapi dia satu otak dengan aku.

"Kau saja je kan Ad? Kau suka lah kan?" Soal Jaf dengan tenungan malas. Aku tergelak apabila Ad tersenyum mengejek.

"Fuck man! Dengan aku pun kau nak cemburu? Seriously?" Cemburu? Jafry cemburu. Aku tertawa besar lalu mencuit bahu Ad. Kami berpandangan seketika sebelum tertawa terbahak2. We have a plan! Jafry menayangkan wajah pelik.

Selepas satu jam aku bermain bula keranjang dengan mereka berdua, aku meminta diri untuk pulang.

"Okay, aku nak balik. Lewat dah ni. Mesti Daisey risau." Aku melirik pada pergelangan tangan untuk meliat jam. Lalu melirik mata pada Ad. Ad mengangguk.

"Ad aku pergi dulu, nanti aku jumpa kau kat rumah Aunt Roszy." Aku mencium pipi Ad di depan Jafry dengan selamba. Jafry tercengang dengan apa yang aku buat. Ptff!

"Alright, kau roger aku jelah nanti. Sebab aku tak tinggal dengan mummy." Hah?!

"Kau tinggal mana?"

"Kat sini. That kondo. Floor 6." Aku terkejut. Daisey pun tinggal dekat sana.

"Kenapa?" Soal Ad apabila terlihat aku terkejut. Jari ku menunjunk kondo tersebut. Dia mengangguk.

"Hai, tak kan dari tadi kau dekat sini, kau tak perasan." Aku mengeleng.

"Serious aku tak perasan." Jafry mendiamkan diri sedari tadi. Dia cemburu kot?

"Dah lah. Aku balik dulu. Jaf jom." Adrean membaling bola keranjang kepada Jaf. Aku duduk di bangku tadi. Tak jadi nak balik. Aku termenung seketika.

Jafry tinggal dengan Ad ke? Tapi kalau ya, kenapa Daisey tak pernah bagitahu? Tak kan dia tak pernah nampak. Terserempak? Tak pun terpandang? Ah sudah! Melalut je kerja. Baik aku balik.

SoulmateWhere stories live. Discover now