Lisa pov
Dia memang tidak menentang... ataupun membantah perkahwinan ini..., tetapi... sebaliknya dia menyiksakan jiwaku perlahan-lahan apabila bersama dengannya... Dia memang manis semasa bercakap dengan aku,.. tapi aku tahu... ada kekesalan disebalik hatinya dengan semua ini😔.
Jennie Kim.. Itulah isteri aku.. yang dipadu oleh ibu dan ayahku... yang juga di persetujui oleh ibu dan ayah Jennie.
Kakakku juga telah mengahwini kakaknya Jennie.., entahlah apakah maksud semuanya ini?... Padahal kami berempat perempuan.. tetapi kenapa dijodohkan?... Pelik tapi benar?... Aku terima semuanya.., kerana ini keputusan ibubapaku... Setiap keputusan ibubapa adalah yang terbaik.
Kakak aku iaitu Rose menerima nasib seperti aku juga... dikahwinkan dengan Jisoo.. Kakak kepada Jennie.
Jennie memang nampak tenang dan sepertinya dapat menerima semua ini?.., tapi aku tahu.. dia sebenarnya berasa kesal dengan menyembunyikan sifat tenang dia itu.
Aku pula?.., walaupun aku tidak kenal dia.., pertama kali aku disatukan dengan dia.. maksud aku dikahwinkan dengan dia.. Aku dah pun terpikat terus dengannya😍.
Wajahnya yang mempersonakan dan susuk tubuhnya.. aku merasakan...yang aku tak nak dia dimiliki oleh sesiapun selain aku.
Kenapa aku boleh jadi suka dengannya?.., padahal aku selama ini bukanlah lesbian... Tapi tak pulak aku ada kekasih lelaki, entahlah?..mungkin rasa suka dengan lelaki belum ada... Atau memang benar aku ini lesbian tanpa aku sedari?.
Perwatakanku menyerupai lelaki, mungkin kerana ini?.., ibu dan ayah sangkakan aku menyukai wanita berbanding lelaki... Tapi semuanya dah terjadi, aku tak boleh kata apa.., terima sajalah...
Begitu jugak dengan Rose... Rose dan aku hampir sama perangai dan perwatakan.. . Bila aku tengok dia dan Jisoo.. macam sesuai dan secocok je... Aku pulak memang konfemlah sesuai sangat dengan Jennie... Sama-sama cantik, ia ke aku cantik?... Rasanya hensemlah kot😉.. Hahaha😜.. Perasan!😆"Sayang?... Awak balik pukul berapa?". aku cuba bermanja-manja dengan Jennie... Dia yang sibuk berkemas di cermin menoleh kearah aku.
"Saya tak marah kalau awak panggil saya sayang.. tapi kat dalam rumah je... jangan terbawa-bawa dekat sekolah nanti.. Awak kena ingat.. Mereka semua tak tahu.. Kan ini rahsia?!.." suaranya! Bunyinya sangatlah lemah lembut, tapi kata-katanya?.. macam ada sedikit bisa kat situ... Dia macam tak suka je aku panggil sayang?, tapi tak nak cakap?.. mungkin takut aku tersinggung?😔
"Saya tahulah tu!... Kita balik sama-sama nanti.. boleh tak?" Aku bercakap dengan nada sedikit kesal...aku tak nak dia balik dengan orang lain... Lagi-lagi dia isteri aku!... Dia tanggungjawab aku... Kami berdua sama-sama sekolah di YG universiti.. tapi tak sama bidang... Aku dalam bidang kedoktoran dan Jennie pula dalam bidang seni... Jennie memang berbakat dalam melukis... Dia sangat popular di U sana kerana bakatnya... Korang dah tahukan kenapa aku macam ni... Aku bukannya posessive, tapi bila aku dapat tahu yang gadis aku kahwini adalah dia.., aku rasa macam mimpi, Jennie Kim yang popular berkahwin dengan aku!😬.. Kalaupun ini mimpi, aku tak nak bangun dari mimpi ini.. Kerana ianya sangat indah dan ini sepertinya adalah keajaiban.
"Okay!" pendeknya dia jawab.
"Kalau macam tu jomlah kita berangkat sama-sama". betapa gembiralah pulak rasanya😅.
Selesai je sarapan.. kami berdua pun berangkat ke sekolah. Kereta?.. Aku yang pandu... Aku dah rasakan aku adalah sang suami padanya... Perlu ke aku rasa seperti itu.?.. Tak kan Jennie pulak yang jadi suami?.. Ah!😌... Malas aku nak fikir.. Buat masa ni jalankan tanggungjawab!
Jennie pov
Aku cuba melawan rasa hiba dan kesalku..😕. hanya wajahku yang menunjukkan pasrah dengan perkahwinan ini.. tapi hati?.. seorang pun tidak tahu?.. betapa hati aku sakit dan terluka dengan perkahwinan ini.
Entah apa yang difikirkan ibu dan ayah sampai-sampai jodohkan aku dengan dia ni?!.. Memang pelik do?..Aku sama sekali tidak faham dan tak akan faham?!... Aku tak dapat nak bantah.. Kerana?... aku sangat sayangkan orang tuaku.. Mereka segalanya bagiku.
Bagi aku Lisa tiada kurang lansung.., cuma yang bezanya dia perempuan!.. Itulah yang menjadi tanda tanya sekarang ini.., kenapa aku dan kakakku dijodohkan dengan wanita? apa?.., dah tak ada lelaki lagi ke kat dunia ni?🙄.. Memang di korea tak melarang perkahwinan sejenis!.. tapi aku ni yang masih tak mengerti?.., dan aku bukannya lesbian!... Memang aku tak punya kekasih hati.., tapi tak pulak aku terlintas dikahwinkan dengan dia ni.
Rasa nak bantah tapi tak berdaya😖... Aku tak nak menentang keputusan ibubapaku sendiri... Aku sangat sayangkan mereka... Begitu juga mereka... Ye ke?.. Kalau mereka sayangkan aku dan kakakku.., tak mungkin mereka buat semua ni kat aku dan kakak aku?... Ish!!!.. Pusing bila aku memikirkannya!!!!😩
"Apa yang awak fikirkan?..". Lisa sibuk memandu disebelah bertanya.
"Tak ada apa-apa.." malasnya nak jawab... Aku lagi tak ada mood tinggal bersama dengan dia ni... Dapat ke dia melindungi aku?.. Kuat ke dia?.. Aku tahu.., luaran je dia nampak kuat dengan berlagak kelakian dia tu.., tapi tetap jugak dia seorang wanita.., lemah!😏
"Saya tahu apa yang awak fikirkan.." Lisa berbicara lagi, memecah kesunyian.... Aku tak menjawab, aku cuma dengar je apa yang dia cakap.
"Awak fikirkan tentang perkahwinan kita ini, kan?" Lisa bertanya seolah-olah tahu akan apa yang aku fikirkan.
"Sayang?!.. Janganlah fikir sangat.., nanti stres.." kata-kata Lisa itu membuatkan aku menoleh kepala kearahnya... Entah kenapa aku rasa terganggu dengan panggilan sayang itu?... Sebelah hati rasa tak suka,.. tapi.. sebelah hati aku ada rasa sukalah pulak dengar dia panggil aku sayang.
"Kan saya cakap.., jangan panggil saya sayang bila kat luar rumah..!" aku buat-buat nada marah pada dia.
"Kan kita berdua je kat dalam kereta ni?.. tak ada orang dengar pun.. lagipun awak nampak hotlah bila marah.😱." merah pulak rasa pipi ni😊... Aku berpaling tak nak lanjutkan perbualan... Tak guna nak berdebat dengan dia ni.
'Kiss.. Kiss and make up' Lisa menyanyikan sama lagu blackpink & dua lipa... Suara dia boleh tahan👎... Nampak gayanya dia minat dengan blackpink jugak.. Sama dengan aku... Aku minat semua member dalam blackpink.. terutamanya Jennie!👧... Dia rapper!.. dan paling penting?!.. nama dia sama dengan aku!... Kebetulanlah pulak nama suami aku sebelah ni Lisa.. Ye ke suami?👱... . atau isteri?👰.. Mana satu aku nak anggapkan?... Serabut kepala aku!!😖...
Dah sampai pun dekat sekolah.. Dia bawa kereta perlahan sangat.. Ke?.. Aku yang merasa tersiksa?😩.. Lama je rasa masa nak berjalan... Selepas keluar aje dari kereta yang dibukakan khas oleh Lisa untukku.., aku terus berjalan tanpa menunggunya... dan menuju ke kelas aku... Kami berdua tak sama bidang.., tapi sama universiti... Aku tak nak semua tahu nanti kalau aku sudah kahwin.., lebih-lebih lagi seorang perempuan!.. suami kepada aku!... Mahu satu univer ni meletup kecewa menonggeng dengan aku... Dahlah aku ni sangat popular... Aku sebenarnya menyampah jugak😞.. Mereka semua bukannya sukakan aku sebab aku.., tapi, bakat yang ada.. Aku rasa begitu juga dengan Lisa?..v. Dia tak cintakan aku?.. Dia cuma rasa bangga kot sebab dapat kahwin dengan seseorang yang popular macam aku ni dan seorang yang kaya?... Di usia begini, walaupun masih belajar.. Aku dah punyai gallery lukisan sendiri... Banyak lukisan yang aku hasilkan dah terjual dengan harga yang begitu mahal.... Kira hebat jugaklah aku ni... Tapi sayang.. dikahwinkan dengan seorang wanita.. Memang tak patut betul.😔😓😒
YOU ARE READING
Kau aku punya
FanfictionPerkahwinan yang ditentukan oleh orang tua masing-masing. Dapatkah lahirnya cinta dalam hati sedangkan mereka sama spesies iaitu perempuan. Lisa+Jennie,(Jenlisa) Rose+Jisoo. (Chaesoo). Lisa dan Rose mempunyai rahsia. Apakah rahsia itu?