Part 5

2.3K 61 0
                                    

Lisa pov.

Aku malas nak pergi sekolah bersama dengan Jennie hari ini!...Aku masih tak dapat terima pasal semalam... Aku dah bangun awal-awal lagi tadi.., supaya aku tak terserempak dengan dia!.. dan aku pergi kesekolah dulu berbanding dia.

Biarlah dia fikir aku masih marah dengan dia!... Aku tak nak kisah lagi pasal dia!.. Sampai bila perkahwinan ini bertahan... biarlah waktu yang menentukan!... Hati aku sekarang sangat terluka!!... Kalau boleh aku tak nak tengok muka Jennie lagi!... Tapi sekarang?... kenapa ada rasa rindu pulak nak dengar suara dia?... Apa ni Lisa!?... Kau kan tak pedulikan dia lagi!?.., dah jelas-jelas dia curang kat belakang kau!... Masih jugak kau nak pertahankan cinta kau kat dia..! Otak!!!... Berhentilah dari memikirkan dia terus!!😩

Terasa bosan tak ada dia disebelah aku yang tengah pandu kereta sekarang... Baru seminggu berkahwin... dah bergejolak macam ni... Aku tak sangka pulak yang Jennie curang kat belakang aku?... Ke, aku yang cepat sangat buat andaian yang bukan-bukan?... Kalau Jennie tak ada apa-apa hubungan dengan lelaki tu macam mana?.., tak ke naya!.. Nasib baik aku tak tuduh Jennie depan-depan!.., hanya dalam hati!... Tapi yeke tak ada apa-apa?! ... Kenapalah kepala aku rasa nak pecah je fikirkannya. 😫


Jennie pov

Lisa dah pergi ke sekolah dulu... Dia tak bagitahu aku pun!... Nampak sangat yang dia marahkan aku!... Belum sempat aku nak minta maaf.., dia pulak dah pergi dulu!... Aku rasa dia marah sangat kat aku?... Pasti dia fikir yang aku lupa pasal dinner bersama dengan dia?... Lisa!.. Aku minta maaf!... Bukan sengaja aku buat macam tu.., tapi aku ada alasan yang kau perlu dengar!... Aku tak nak kau salah sangka nanti kat aku.

Aku rasa tak berapa sihat sangat semenjak  semalam lagi!... Aku ikut menangis sekali bila melihat Tae oppa menangis... Aku turut rasa hiba sekali... Kata lelaki sejati!.. tapi menangis!.., depan aku pulak tu!... Aku apa lagi!.., memang takkan tahan tengok orang menangis!... Lebih-lebih lagi depan aku!... Kalau tonton drama atau filem yang sedih... konfem aku join nangis sekali... Pasal banyak menangislah semalam aku tak berapa sihat dibuatnya.

Kesian aku tengok Tae oppa.., tak kesampaian cintanya!... Dia cakap dia tak mampu dulu nak hapuskan rasa cinta itu!.., jadi dia putuskan untuk pergi dari sini!... Menenangkan jiwa!.. kerana orang yang dicintai dimiliki oleh orang lain!... Aku sangat sedih melihatnya..., sebab aku mencintainya sangat-sangat!... Kami seperti satu jantung!... Kalau dia terluka aku pun rasa lukanya!..dan kalau dia happy aku pun turut happy!... Kenapalah ibu dan ayah buat keputusan begini?... Yang derita aku!.. dan dia!.. juga kakakku!... Semua ini pasti ada sebab?... Aku kena siasat!.., kenapa ibu dan ayah beria-ia sangat satukan kami berempat?...

***************************

Lisa pov

Selepas balik aje dari sekolah.., aku terus merebahkan badanku yang kepenatan.. di atas sofa diruang tamu!... Aku dapat hidu haruman yang selalu digunakan  Jennie.. dan masakan sekali dari arah dapur... Tak perasan pulak aku kereta dia ada kat luar?... Cepatnya dia balik dari kelas?... Ke dia tak kesekolah?

"Awak dah balik!"  terperanjatnya aku!... bila dengar suara dia!... Aku yang bagaikan kehausan udara.. seperti mayat hidup!... dah hampir nak melelapkan mata tadi... lalu terkejut!... disebabkan suara dia!.. Telinga aku sangat sensatif bila dengar suara dia.

"Umm"   jawabku bersahaja... Aku masih marah dengan dia... Dia pulak macam buat-buat tak tahu aje... Aku cium karang baru tahu!... Aku belum pernah lagi cium bibir dia tu!... Bila?.. Masa majlis perkahwinan?... Tak ada adegan bercium... Sebab kahwin paksa.., mana ada?...

"Awak lapar?...Saya dah masakan awak makanan..., jomlah kita makan sama-sama.."   pandai pulak dia pujuk... Jangan cair Lisa!.., jangan!... Kau tak ingat ke semalam?.., dia tak pulang tepat pada waktunya?.. dan kau tunggu lama nak makan sama dengan dia!.... Balas Lisa!.., balas!

"Saya tak lapar!.., awak makanlah sorang-sorang.."   kataku padanya.... Aku memandang tepat kewajahnya... Wajah yang polos dengan sedih terpampang diwajahnya!😔... Aku lihat matanya nampak tak bermaya dan sembab!... Dia menangis ke semalam?...  Pastilah dia menangis!.., menangisi kekasih hati yang tercinta pergi!... Sebab itulah kot?.. Jangan nak tipu akulah Jennie!..

"Saya tahu awak marahkan saya pasal semalam!.."   katanya dengan nada yang lemah sambil berdiri menatap aku dari atas... Posisi aku sekarang tengah baring... selepas angkat kepalaku sekejap tadi menatapnya!.

"Mana ada saya marah.., siapalah saya nak marah kat awak.., saya bukan penting pun pada awak!.."   rasa sakit hati aku bercampur hiba mengeluarkan kata-kata itu!... Aku memang tak mampu lagi nak tatap wajahnya sekarang!.

"Awak?.., saya minta maaf pasal semalam.."   maafmu aku tak terima!.. Ingat senang- senang aku nak maafkan... macam tu je?...

"Kenapa awak nak minta maaf?... Bukan salah apa pun awak kat saya?" kalau aku merajuk..., memang akan pedih kata-kata aku.., tapi aku dapat mengawal segala kata-kata aku supaya tak lebih sangat... Dia mendekat!... Aku terkedu!... Tenang Lisa!.. Kau tak boleh lemah!... Jual mahal sikit!.

"semalam saya balik.., tapi lewat sedikit.., saya ingatkan awak tunggu saya.., tapi awak dah tidur kot?"  kata-kata dia macam soalan?... Yang ada kot kat belakang tu apa cerita?.. Ntah chek ke tidak aku dah tidur ke belum dalam bilik?.. Yalah kan dia sibuk sangat kot menangisi kekasih dia tu?!... Macamlah aku tak tahu!.

"Saya tak tanya pun!"   agak keras sedikit nada suara aku disitu... Sebelum dia akan mendekat lagi..., lebih baik aku bangkit dan mandi lagi bagus.., daripada menghadap dia.., bukannya dia ikhlas pun nak pujuk aku... Suka lagi adalah... Sebab kalau kita berdua tak bercakap... dan bergaduh!.. lagi senang nak bercerai!... Cerai!..Aku belum bersedia nak lepaskan dia!.... Kesitu pulak aku fikir!.

"Sayang?...janganlah macam ni.., saya betul-betul minta maaf pasal semalam..., saya tahu saya salah!.. awak boleh tampar saya... atau...pukul saya kalau itu dapat memaafkan saya.., saya rela.."   apa yang dia merepek ni?... Takkan aku nak pukul dia dan tampar dia?... Aku tak sekejam itu!... Dia peluk aku dari belakang disaat aku nak berjalan menuju kebilik... Dia panggil aku sayang?.., selama ni!.., tak pernah pulak dia panggil aku sayang!.., hanya aku yang terhegeh-hegeh panggil dia sayang!... Tak sampai hati aku dengar dia merayu.., takut nanti dia menangislah pulak!... Aku tak nak dia menangis kerana aku!... Dah semalam dia sudah puas menangis kot?.., kalau tak?..,  takkan sembab mata dia tu?...

"Saya boleh maafkan awak.., tapi?.. dengan satu syarat!.."   aku cuba nak lepaskan pelukan dia dipinggangku... Tapi makin ketatlah pulak... Dia macam tak nak lepaskan aku... Tapi?.. aku suka.. Hahaha😆.. Kawal keadaan.

"Apa aje syarat awak sayang..., saya akan ikut.., janji sayang maafkan saya.."   makin banyaklah pulak sayang dalam ayat dia... Makin meremang bulu roma aku!... Aku rasa terlentok dengar dia panggil sayang!.

"Syaratnya..awak kena ceritakan segalanya yang berlaku..., siapa dia?.., apa kena mangena dia dengan awak.., okay?"   balasku yang bersahajalah jugak... Tapi jantung aku sekarang berdegup-degup kencang!... Takut pulak dia dengar degupan jantung aku!.

"Itu aje?.., okay!"   jawabnya!.. lalu melepaskan pelukan... La!...Peluklah lagi.. Kenapa lepaskan?... Kau tak tahu ke Jennie?.., aku kehausan sentuhanmu saat ini?... Aku semakin nakkan sentuhan Jennie... Agaknya dah kemaruk sangat aku ni!.🤒

"Saya mandi dulu.., lepas ni.. kita makan sama-sama.., dan awak kena janji yang awak ceritakan apa yang terjadi.., janji tau"   ugut aku padanya sambil ajukan jari telunjuk👉 seperti mengancamnya... Dia tersengeh😬... Ish!...Main-main pulak dia!.

"Iyalah!.., saya janji!.., dahlah! cepatlah mandi!.., busuklah awak!.., pergi sana!.."   sindirnya kat aku... Aik!.. Dah hilang dah panggilan sayang tadi!... Kenapa?... Tak faham aku!.

"Oh.. busuk ya?... tadi siapa yang peluk si busuk ni ketat sangat tadi?.. , sampat tak bernafas saya dibuatnya.." kataku mengejeknya balik... Mukanya merah😊... Kiutnya!!!

"Eleh.., mengada-ngada.., siapa nak peluk?... Awak ingat saya nak peluk sangatlah, awak!... Tak ade maknanya"   dia bercakap sambil berjalan melangkah kearah dapur balik... Baru nak bermanja... Jangan dulu percayakan dia Lisa!.... Selagi dia tak ceritakan semuanya!... kau tak boleh berharap sangat!... Kau kena sabar...😪

Kau aku punyaWhere stories live. Discover now