Suasana dirumah ibu dan ayah Jennie sangat sunyi... Dulu sedikit meriah dengan kehadiran abangnya... tapi sekarang... semenjak abangnya pergi keluar negara kerana patah hati.., suasana dirumah tersebut menjadi sedikit sunyi.
Jenlisa dan Cheasoo telah diminta oleh ibubapa Jensoo untuk mengadakan sedikit parti sempena menyambut genap tiga bulan pasangan berempat tersebut berkahwin... Ibu bapa ChaeLisa pun turut berada disitu... dan mereka diminta tinggal untuk tiga hari... Lagipun mereka cuti selama satu minggu.
Lisa pov.
Aku dapat rasakan kemesraan dan kerapatan Rose dan Jennie... Hati aku sedikit rasa tak senang melihat mereka berdua bermesra di hadapan aku... Mereka berdua memberi alasan dengan mengatakan bahawa mereka adalah kawan yang sangat rapat dan selalu luangkan masa bersama-sama... Dulu memang Rose selalu bermain dirumah Jennie... Dia selalu cakap kat aku dia nak bermain dengan Jennie... Tak sangkalah pulak Jennie yang boleh getarkan hatiku ini yang dimaksudkannya... Aku tak perasan pulak yang Jisoo pun turut sama memberi jelingan pada mereka berdua... Ish!!... Kalau iapun nak bermesra..., boleh tak jangan dihadapan kita berdua?..., sepatutnya Jennie tunjukkan kemesraannya dengan aku dihadapan ibu dan ayah.., ini tidak!... Bermesra dengan Rose!... Rose ke yang kahwin dengan dia?... Aku memandang dari belakang kearah mereka berdua yang duduk di atas sofa menonton televisyen.., makan hati!... Jisoo tak bercakap sepatah pun... Dia masih bersama aku kat dapur..., kemaskan barang-barang yang sedikit bersepah selepas kita orang berparti tadi.... Rose dan Jennie sudah selesai tolong kemas tadi.., cuma kami berdua ni..., Jisoo dan aku tolong kemaskan sisa-sisa yang lagi sedikit tinggal.... Parents kitaorang dah lama dah berlabuh ke dalam bilik masing-masing.
Terdengar gelakkan diarah ruang tamu... Siapa lagi kalau bukan mereka berdua tu... Aku hairan?.. apalah yang happy sangat?... Kalau Rose!.. Memanglah dia happy.., dapat jumpa orang yang dia cintai.., terlepas sedikit rindu dia... Kenapa aku fikir pasal dia pulak?... Hati aku ni macam mana?... Rose kan ada Jisoo!... Jennie tukan isteri aku!... Ish!!...Buntu betul!!!... Jangan mereka berdua lebih-lebih sudah.
Jisoo pov.
Semenjak aku cari Rose masa hari itu.., aku termasuk kedalam biliknya.. dan melihat ada sesuatu yang bertulis dibelakangnya... Iaitu sekeping gambar yang terletak di dalam bakul.... Entahlah?.., dia nak buang ke atau tak gambar itu?... Itu yang menjadi tanda tanya?... Bila aku lihat je.., aku terus mengambilnya dan membaca ayat-ayat yang ada di belakang gambar tersebut... Ianya bertulis seperti ini...
'Kau adalah sinar dalam hidupku... Senyumanmu keserian wajahku... Ketawamu melodi yang merdu... Sedihmu airmataku... Hanya kau yang aku cintai untuk selamanya... Kerana kaulah kebahagiaanku...'
Kata-kata itu sungguh indah... dan membuatkan hatiku berdebar-debar membacanya... Aku yang terasa ingin tahu siapakah yang ada di dalam gambar tersebut... dengan cepat membalikkan gambar itu... Dan tiba-tiba disaat aku melihat gambar itu.., hati aku rasa macam sakit sangat.. dan jantungku tak terkawal bila melihat wajah yang sangat aku kenal dalam gambar tersebut... Dia ialah... Jennie!.. Adik aku!.. Dan dari hari itu aku dapat tahu bahawa Rose mencintai Jennie... Aku memang selalu jugak tengok Rose pergi kerumah ini bermain dengan Jennie.., sama-sama melukis... Tapi aku taklah pulak ada perasaan yang sekarang yang aku rasakan bersama dengannya.... Mungkin sekarang ni dia dah jadi isteri aku?... Sebab itulah ada rasa cemburu dalam dadaku... Lebih-lebih lagi aku dapat tahu yang Rose mencintai Jennie... Aku tak tahu yang Rose sangat mencintai Jennie?... Dan aku tahu tiada ruang dalam hatinya untuk cintai aku... Tapi.., apa maksud semua dengan layanan dia terhadap aku selama ini?.. Adakah itu semua terpaksa?.. sebab aku dah berkahwin dengan dia?.. Oh Tuhan!.. Tolong aku!... Apa aku nak buat?!.. Takkan aku nak lepaskan dia?...
Rose pov.
Lama aku tak bermain dan bermesra dengan Jennie lagi semenjak berkahwin.... Dia sekarang semakin cantik.... Bila aku tengok dia senyum.., hati aku senang dan gembira sekali... Aku pun tak tahu kenapa?..., mungkin aku terlalu cintakan dia?... Bila aku bersama dia.., satu perasaan yang sama bila aku bersama dengan Jisoo... Macam sekarang.., aku senang dapat lagi bermesra dengan Jennie.., terlepas sedikit rindu aku..., tapi hati aku juga tak tenang bila melihat Jisoo yang diam dari tadi... Dia tak banyak bercakap sangat..., dan sekarang dia tak bercakap lansung dengan aku... Kenapa?... Aku memang tak boleh.. kalau tak dengar suara dia... apatah lagi tak bercakap dengan dia.... Aku memang tak suka keadaan seperti itu... Jisoo!... Kenapa dengan kau?.. Ada apa dengan kau?... Aku ada buat salah ke?... Boleh tak kau cepat-cepat habiskan buat kerja kat dapur tu?... dan bercakaplah dengan aku... Sedangkan aku dan Jennie tadi dah tolong kemaskan... Apa lagi yang tak kemas-kemas?.. Lisa pun sama!.. Tak nak panggil Jennie masuk bilik ke, tidur?... Cakap pasal tidur!...Maknanya aku kenalah tidur sebilik dengan Jisoo!... Tarik nafas!! 😷
YOU ARE READING
Kau aku punya
FanficPerkahwinan yang ditentukan oleh orang tua masing-masing. Dapatkah lahirnya cinta dalam hati sedangkan mereka sama spesies iaitu perempuan. Lisa+Jennie,(Jenlisa) Rose+Jisoo. (Chaesoo). Lisa dan Rose mempunyai rahsia. Apakah rahsia itu?