Dalam kesukaran bernafas itu, saya terus meraba batang leher dan telapak tangan saya tersentuh sesuatu yang bulat, bila saya lurut ke kanan dan ke kiri terasa kesat dan bersisik kasar. Jari-jemari saya terus mengcengkam benda bulat itu yang hampir sama besar dengan bulatan batang pinang dara.
Jari-jemari saya tidak mampu mengcengkam benda bulat itu agak lama kerana licin. Sendi-sendi jari pula terasa lenguh, saya semakinlemah dan kesempatan itu dimanfaatkan oleh benda lembik itu untuk membelit seluruh tubuh.
Sendi tubuh dan tulang terasa bagaikan patah-patah. Saya kehabisan tenaga untuk berdiri, perlahan-lahan saya rebahkan badan ke bumi sambil memikirkan tindakan selanjutnya untuk membinasakan benda bulat yang lembik itu menjahanamkan diri saya.
Rupa-rupanya, saya tewas juga, benda bulat lembik itu terus membelit dan menjerut tubuh dengan kemas dan kejap. Saya terus bergolek di pasir dalam usaha memaksa benda bulat itu membuka lilitan yang membelit tubuh.
Aduh! Bukannya bertambah longgar tetapi bertambah kejap, pandangan saya jadi berpinar-pinar. Lidah nagaikan mahu terkeluar, kulit leher yang kena belit terasa amat gatal.
Satu satu ikhtiar yang dapat saya lakukan ialah terus bergolek di pasir. Dalam keadaan yang berhempas pulas itu, saya berjaya memegang bahagian pangkal benda lembik itu. Hasil dari gerak tangan, saya dapat menduga bahawa benda yang saya pegang itu ialah, kepala ular. Saya berazam walau apa yang terjadi kepala ular itu tidak saya lepaskan.
Kepala ular itu saya tekan ke pasir. Biar matanya dimasuki pasir hingga buta. Perbuatan saya menimbulkan kemarahan ular, jerutannya makin kuat membelit tubuh, rasanya semua tulang-temulang dalam tubuh saya sdah remuk dan hancur.
Suara saya langsung tidak terkeluar dari kerongkong dan buah halkum terasa terbenam dalam tulang dan daging leher. Saya kira semua organ di bahagian leher sudah punah, tidak boleh digunakan lagi
Biar tubuh saya menjadi debu, kepala ular tidak akan saya lepaskan. Itu tekad hati saya yang tidak ada tolak ansurnya. Kepala ular yang entah macam mana rupanya terus saya tekan ke dada pasir. Saya bagaikan terkejut, bila mendapati jerutan ular itu di tubuh berangsur longgar, saya boleh menarik dan melepaskan nafas dengan agak lancar. Boleh menelan air liur tanpa rasa tersekat-sekat.
Kesempatan itu, segera saya manfaatkan dengansebaik mungkin. Kepala ular yang tidak dapat dilihat itu terus ditekan ke dada pasir. Perlahan-lahan saya gerakan kaki, ternyata kaki saya tidak dibelit oleh ular ghaib.
Setelah bersusah payah, akhirnya saya berjaya bangun tetapi, gagal melepaskan belitan ular daripada bahagian pinggang ke dada. Rasanya tulang-temulang dada berlaga antara satu dengan lain. Sakitnya bukan kepalang dan bahagian ekor ular terus menekan bahagian kemaluan. Saya kembalu mengalami kesukaran untuk menarik dan melepaskan nafas. Rasanya riwayat hidup saya akan berakhir di pasir pantai.
SEDAR
Saya menjerit sekuat hati dan bumi saya rasa bergerak sendiri. Tubuh saya seperti berada di awang-awangan. Pandangan saya berpinar dan gelap. Saya jatuh atas pasir kembali. Kepala ular dalam genggaman terlepas. Dan ular ghaib bertindak garang. Seluruh tubuh, dari hujung kaki hingga kepala dililit oleh badan ular. Keadaan saya tidak ubah seperti seberkas ranting kayu yang diikat dengan rapi. Dalam keadaan yang serba payah dan kelemasan itu, saya mengolek-golekan badan di pasir. Setelah itu saya tidak tahu apa yang berlaku.
Beberapa lama saya tidak sedarkan diri, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Apa yang pasti, disaat saya sedar tubuh dan muka masih dililit oleh badan ular. Dari celah lilitan badan ular itu, samar-samar saya melihat datuk melangkah ke arah saya. Dia terkejut melihat perbuatansaya menggulingkan tubuh d pasir, macam bergelut dengan sesuatu.
YOU ARE READING
Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 10 )(COMPLETE)
TerrorSebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupu...