39 : ♡

74.3K 3.4K 519
                                    

Macam mana Naila boleh ada kat sini?

Itu persoalan yang pertama yang keluar dari otak Hani. Then, dia teringat sesuatu.

"Dulu dekat UK, I model tau."

Mungkin Naila ada dekat sini sebab dia dah mula berkecimpung balik dalam dunia permodelan. Tengok dari gaya dia berjalan dan mukanya yang penuh yakin, tak mustahil ada agensi yang akan ambil dia bekerja.

Hani menggengam erat kedua tangannya. Entah kenapa dia rasa tidak sedap hati. Seolah-olah kehadiran Naila kali ini akan membuatkan sesuatu benda tak elok terjadi.

Husna menyinggul lengan Alia di sebelah. Mereka berbisik sesama sendiri.

"Boss kenapa?" Husna menyoal. Alia melihat Hani dan kemudian bahu diangkat. "Mana tau. Kau tanya lah."

"Boss, boss ok ke?" Husna memandang ke sebelahnya. Terkelip-kelip mata dia melihat bossnya itu sedang jauh termenung.

Dia menyentuh lengan Hani dan digoyang agak kuat. "Boss? Boss ok tak ni?"

Hani tersentak. Dia memandang pekerjanya. "Saya ok. Jangan risau."

Husna dan Alia tidak puas hati dengan jawapan Hani. Mereka pasti dan tersangat pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran boss muda mereka itu.

Tapi mereka diamkan saja. Mungkin Hani tidak mahu membuka cerita. Jadi, tak kan nak sibuk korek kan? Rasa tak manis pula.

Acara kemuncak tiba. Kesemua model berdiri sebaris di tengah-tengah pentas. Semua pereka fesyen dijemput naik. Begitu juga Hani saat namanya disebut.

Dia menarik nafas dan dihembus perlahan. Perasaan gementar dibuang jauh-jauh.

Dia naik ke atas pentas. Ketika dia melangkah melintasi Naila, Hani tahu perempuan itu sedang merenung dirinya. Sah, Naila memang dah tahu yang dia terlibat dalam fashion show kali ini.

Hani mengukir senyuman manis bila pengacara menceritakan serba sedikit tentang rekaannya.

Hani mendapat tepukan gemuruh dan itu membuatkan rasa gementar dan rasa tidak senang Hani terus hilang.

Dia memegang kedua tangan pereka fesyen perempuan yang lain lalu serentak mereka menunduk.

Majlis itu kemudian berakhir dengan persembahan seorang penyanyi Itali yang terkenal.

Hani turut bangun apabila kesemua tetamu bangun. Hani menunduk dan sentiasa mengukir senyuman apabila ada tetamu-tetamu yang menegur dan memuji dirinya.

Saat Hani sibuk dengan tetamu lain, seseorang merapati dirinya.

"So Daerin.."

Suara itu membuatkan Hani berpaling memandang empunya suara.

"Naila..."

"It's pleasure to see you here." Naila duduk di salah sebuah kerusi di situ sambil tangannya disilang pada dada. Gaya diva.

"It's pleasure to see you too." Hani cuba sedaya upaya beramah dengan Naila. Dia juga cuba bersangka baik dengan kehadiran Naila di sini hanya sebagai model dan tiada agenda lain.

"Boss, Puan Rose nak jumpa." Husna berbisik di telinga Hani. Hani angguk.

"Excuse me. Saya ada hal. Jumpa awak lagi Naila."

Hani ingin berlalu. Tetapi Naila bersuara membuatkan langkah Hani terhenti.

"I don't know why he chose you."

Hani diam. Dia tahu siapa yang Naila maksudkan. Dariel. Suami dia. Hani menarik nafas dan dihembus perlahan. Hati disabarkan. Dia tidak mahu membuat kecoh.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now