"Excuse me. Tumpang lalu tumpang lalu."
Aku berjalan di celah-celah orang ramai sambil menarik bagasi. Aduh, time ini lah perut mahu meragam minta membuang. Memang proses penghadaman aku tak nak bekerjasama dengan aku hari ini.
Tandas mana tandas?
Aku melilau mencari pintu yang mempunyai sign wanita apa tah nama dia. Sudah lah perut buat hal, tandas pula tak jumpa.
Wah, memang sengaja nak suruh aku melepas kat sini ke macam mana?
Ouh yes! Jumpa! Finally! Pintu tandas yang berwarna putih itu cepat-cepat aku tolak. Bagasi aku hanya letak begitu sahaja di luar tandas. Nak cari tempat strategik nak letak beg? Tak sempat. Aku dah tak kisah apa orang nak kata bila aku terkinja-kinja macam kera nak bersalin anak pertama.
Tidak lama selepas itu, aku keluar dari tandas. Sumpah wei lega!
Ehh jap bagasi aku mana? Aku mencari bagasi aku yang berwarna hitam.
Ouh shoes. Jangan cakap hilang. Apa aku nak cakap kat umi nanti? Sudah lah itu bagasi dia. Peluh-peluh kecil mula kelihatan di dahi. Bukan penat berlari tadi, tapi takut dengan umi aku yang sememangnya garang nak mati.
Aku menghampiri seorang perempuan tua yang duduk di bangku di luar tandas itu sebelum bertanya.
"Assalamualaikum mak cik. Nak tanya. Ada jumpa bagasi hitam yang ada dekat dengan pintu tandas ni tadi?"
"Waalaikumsalam. Tak nampak lah pula. Mak cik pun baru aje pergi tandas ni. Maaf ye dik."
Hampa. Aku hanya senyum, mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Bukan berlalu pergi mana pun, pergi dekat bangku lain je. Siapa pula nak mencuri bagasi aku ni?
Aku duduk lemah di atas bangku tersebut. Mata lagi masih sempat berputar-putar mencari bagasi.
Tak jumpa. Nak cari kat mana? Satu airport? Gila! Airport ini bukan nya kecil macam reban ayam rumah atuk tu. Huh!
'Fikir lah Hani nak cari kat mana.'
Aku mengetuk-ngetuk kepala aku perlahan. Aku memeluk sling bagku.
Nasib baik beg ini masih lagi denganku. Dan nasib baik juga benda penting semua ada dalam ini, bukan dalam bagasi. Kalau tak, fuhh aku rasa dah meraung macam hilang anak aku kat sini.
Aku mencari telefon pintar ku di dalam beg. Telefon iphone 7+ aku hidupkan selepas beberapa lama aku setkan pada airplane mode. Selalunya aku off aje phone, tapi itulah, aku ni ada masalah M. Nak on kan phone balik tu pun malas. Heh.
Aku melihat skrin. 13 missed calls. Aku terus membuka log panggilan. Siapa lagi kalau bukan Syira Aulia. Kawan sekaki, sebantal, seselimut, sebaju dan seangkatan dengan nya.
Aku cuba membuat panggilan kembali. Tanpa tidak berjawab. Hanya peti suara sahaja yang kedengaran.
Aku mendengus geram. Apa kena dengan aku hari ni? Bagasi hilang, Syira tak jawab call.
Nak telefon umi dengan abah? Jangan harap mereka nak jawab. Nak-nak pula waktu-waktu begini. Umi dengan mesyuarat kat sekolahnya, abah pula macam biasa dengan office nya.
Along dengan angah pun confirm sibuk.
Aku menyandar kepala ke dinding. Sumpah, aku rasa nak hantuk kepala sekarang ini. Tolong pegang tangan aku. Takut aku bertukar jadi budak bawah 5 tahun yang menangis bagai nak rak sebab tak dapat gula-gula.
YOU ARE READING
➵ Mr. Seducer (C)
Romance" ― cause your personality makes me fall for you all over again." - Hani Daerina Dawson. [ Start - 18 / 5 / 2018 ] [ End - 4 / 12 / 2018 ] p/s: sumpah citer ni banyak merepek and typo lmao Status - completed HR - #4 in Romance HR - #2 in Romance HR...