14 : ♡

103K 5.3K 772
                                    

Aku berdiri di hadapan almari bajuku. Jari telunjuk berada di dagu. Tengah berfikir ingin memakai apa malam ini.

Ceh gaya macam pergi date.

Aku memilih sehelai blouse putih dan digandingkan dengan jeans berwarna hitam. Arabic shawl aku lilit di kepala.

Aku sembur sedikit perfume Victoria's Secret's Noir Tease.

Well, aku memang suka minyak wangi ni. Even harga dia mahal. Aku mengerling jam di tangan. Lagi setengah jam, Dariel akan sampai.

Hmm, tau ke dia rumah aku?

Aku mengangkat sebelah bahu. Tahu lah kut dah kalau dia suruh aku tunggu kat rumah.

Aku duduk termangu seketika. Kenapa pula aku kena ikut cakap dia ya? Aku menggaru kepala. Betul ke apa aku buat ni? Ikut dia keluar hanya untuk explanation?

Hani Daerina, like seriously?

Aku teragak-agak sama ada ingin menukar pakaian semula. Nak ikut ke tidak? Nak pergi ke tak?

Aku melihat jam lagi. Hati aku masih berperang sama ada ingin keluar bersama Dariel mahupun tidak. Lima belas minit selepas itu, aku sudah membuat keputusan. Aku akan mesej dia dan memberitahu aku tak jadi nak ikut dia.

Sengal Hani Daerina. Dah nak pergi, baru gedik nak fikir.

Aku menaip di atas keyboard dan menghantar mesej kepada Dariel.

Dariel. Saya rasa tak perlu kut kalau kita jumpa. Saya tak perlu explanation pun dari awak. Tak payah datang ya?

Send!

Dua minit kemudian, Dariel membalas.

Did I gave you choices?

Tak. Tapi tak payah lah. Saya tak suka keluar malam. Lagipun, parents saya mesti tak bagi saya keluar dengan lelaki.

I've already got permission from your parents.

What?! Aku sudah terngaga. Adakah ini mimpi?

Seriously?

Rasa saya main-main ke? Turun sekarang. Saya dah sampai.

Ouh shit.

Tanpa membalas mesejnya, aku mengambil beg tangan dan turun ke ruang tamu.

Dariel sudah berada di situ. Bersama abah, umi dan along. Angah tiada kerana dia berada di rumahnya.

"Err hai?" Aku menyapa.

Senyuman awkward aku lemparkan. Dariel memandang aku dengan senyuman. Aku yang tidak tahu ingin memberi reaksi bagaimana, hanya menunjuk muka tiada perasaan.

"Daerin. Tak bagitau pun ada kawan pilot."

Umi kelihatan teruja. Err...kawan ke?

"Kami baru kenal umi." Aku memberitahu. Memang iya aku dan Dariel baru kenal. Jadi, tak kan aku nak tipu umi kut kan?

"Baik Ifan ni." Abah memuji.

Aku memandang ke tempat lain. Aku acah-acah muntah. Terasa geli la pula apabila abah memanggil Dariel dengan nama ifan. Dia nampak immature tau bila panggil guna nama tu.

"Boleh kami pergi sekarang?" Aku meminta izin. Bahaya kalau ditinggalkan Dariel dan keluarga aku di ruang tamu ini. Habis nanti Dariel auta cerita yang tidak wujud.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now