"Dah order makanan?" Dariel bertanya saat kami sudah duduk di meja makan itu.
"Dah. Saya order macam biasa. Kejap lagi sampai." Yana memberitahu. Dariel mengangguk sahaja.
"Yana order apa?" Aku bertanya ramah.
"Set makanan tengah hari. Nasi putih, ikan bakar, nangka masak lemak, sambal belacan, ulam, sawi tumis, ermm banyak lagi lah."
Aku mengangguk sahaja. Terliur juga mendengar semua makanan yang disebut oleh Yana itu. Tapi, sekarang ini perutnya ingin makan benda lain. Perlahan, tanganku menarik hujung baju Dariel yang duduk di sebelah.
Dariel yang tika tu sedang bersembang dengan Razman, menoleh.
"Kenapa sayang?"
"Hani minta maaf." Aku meminta maaf sambil menunduk. Tubir mata terasa panas. Serba salah sebenarnya nak memberitahu keinginan yang satu ini. Pasti akan menyusahkan Dariel nanti.
"Hey, kenapa ni?" Dariel memeluk bahu aku. Terjungkit keningnya melihat si isteri bagaikan mahu menangis.
"Hani--Hani nak nasi dagang." Dengan gagap, aku berkata. Kepala didongak memandang Dariel yang sudah ternganga.
Dariel menggaru kepala yang tidak gatal. Nasi dagang pula dah.
"Betul-betul nak ke?" Aku mengangguk laju. Dariel menggosok tengkuknya. Semua wajah pekerja di hadapannya dipandang satu persatu.
"Kat sini ada jual nasi dagang tak?"
Semua pekerjanya menggeleng. Dariel memandang wanita di sebelahnya. Cemberut lain macam!
"Tau tak mana-mana tempat yang ada jual nasi dagang?"
Semua menggeleng tidak tahu. Aku terasa mahu menangis. Nak nasi dagang juga.
"Nanti abang beli ya? Sekarang kita makan yang ni dulu, Yana dah order ni. Boleh sayang?" Dariel mengusap bahu aku perlahan, cuba memujuk.
Aku menggeleng. Di bawah meja, hujung baju Dariel ditarik lagi.
"Nak juga." Perlahan aku meminta dengan sedikit linangan air mata. Entah lah, perut ni meragam nak benda lain.
"Boss, saya ada kawan yang jual nasi dagang boss."
Terus muka Naim dipandang.
"Ya ke? Kedai dia kat mana?"
"Yang pastinya jauh sikit dari sini." Dariel melihat jam tangannya.
"Tak pe. Awak ikut saya pergi beli."
"Boleh boss. Tapi saya bawak kereta saya sendiri lah. Susahkan boss pula nanti nak kena hantar saya balik." Naim memberitahu.
"Ok. Ermm bukak tak kedai dia sekarang ni?"
"Bukak rasanya. Kejap saya call." Naim mengeluarkan telefonnya. Pantas nombor kawannya didail.
Melihat anggukan dari Naim, terus mataku bersinar. Air mata dilap dengan tapak tangan. Sumpah, macam budak darjah dua nak menangis bagai.
"Ok thank you. Hani tunggu kejap, abang pergi beli. You guys makan dulu." Dariel mengambil kunci kereta dan dompetnya. Naim bangun, ingin mengekori Dariel.
"Abang nak ikut." Tubir terasa panas lagi. Mata terasa kabur dengan air mata. Tidak mahu ditinggalkan Dariel.
"Tunggu kejap je. Sayang makan dulu, nanti abang datang." Dariel ingin bergegas pergi, tapi tangannya ditahan. Aduhai isteri, kenapa ni?
"Nak ikut--"
"Ye lah ye lah. Jom." Dariel mengenggam tangan ku dan kami berjalan beriringan keluar dari restoran.
YOU ARE READING
➵ Mr. Seducer (C)
Romansa" ― cause your personality makes me fall for you all over again." - Hani Daerina Dawson. [ Start - 18 / 5 / 2018 ] [ End - 4 / 12 / 2018 ] p/s: sumpah citer ni banyak merepek and typo lmao Status - completed HR - #4 in Romance HR - #2 in Romance HR...