11 : ♡

105K 5.7K 846
                                    

Suasana pada petang itu sangat bising. Suara orang-orang kampung bersatu menjerit "satu dua tiga" untuk menumbangkan lembu. Aku hanya berdiri di tepi jendela. Melihat mereka semua dari atas rumah.

Cadang nak turun ke dapur tadi, menolong apa yang patut. Tapi kaki melecong pergi ke bilik Syira plus mata aku gatal nak tengok Dariel Lutfan.

Mata aku mencari figura dia.

There he is.

Hanya memakai sweatpants hitam, bersama dengan sehelai tshirt berwarna biru gelap berlengan pendek.

He looks different.

Sangat lain bila dia pakai uniform pilot. Sekarang, dia nampak peramah. Bergelak ketawa dengan orang kampung, seolah-olah dia itu bukan nya strangers dalam kampung ni.

Tapi bila dia dalam mood pilot dia tu,  nak-nak pula kalau time tu dia pakai uniform putih dia tu, fuhh dia punya annoying dengan muka beku dia tahap first class macam seat dalam kapal terbang tu haa.

Aku melihat Dariel Lutfan buat kesekian kalinya. Selain Syafiq, dia sahaja orang muda di situ. Yang lain semua dah berusia.

So, tak ada maknanya aku nak pandang pakcik-pakcik kat situ, mestilah Dariel yang aku pandang. Hahahaha.

"Satu dua tiga tarik!"

Suara Pak Cik Zainal kedengaran kuat di situ. Semua bersatu padu menarik tali yang sudah diikat pada lembu itu. Dariel tidak terkecuali. Tangan dia memang yang sudah tersedia sado menarik perhatian aku.

Nak-nak pula dia pakai lengan pendek. Memang aku kenyang bila tengok dia punya sexy veins. Peluh-peluh kecil mula keluar dari dahinya. Badan dia juga sudah sedikit kotor. Kejap lagi mesti kotor semua.

Dariel membasahkan bibirnya. Wushh mata aku sempat aje menangkap pergerakan lelaki itu.

Itu habit dia, so jangan salahkan aku.

Dia mengelap peluh nya dengan baju. Kenapa lap? Awak nampak sexy lah.

Ke nak saya lapkan?

ABAKENIDNDISJSOE GILA KAU HANI!

Sedang syok merenung Dariel Lutfan, tak ku sangka tak ku duga dia juga sedang merenungku.

Ouh shoes. Mesti dia dah tau aku tengok dia dari tadi.

Aku menelan air liur, dengan senyuman menggoda di bibir, dia mengenyitkan mata dia ke arahku. Tiba-tiba, lutut aku terasa lemah. Nak pengsan pun ada.

Malu-malu kucing aku di situ. Rasanya pipi aku dah merah macam tomato. Dia memang suka buat aku macam ni. Dia selalu buat aku menyampah dengan perangai annoying dia. Dia selalu buat aku malu dengan apa yang keluar dari mulut dia. Huh stress.

Aku memandang ke arah pintu dapur bila terdengar suara-suara anak gadis.

Keningku terjungkit. Banyak pula anak dara datang. Hamboi, bukan main lagi bergaya. Yang make up tebal seinci pun ada.

Kemain ehh?

Aku kemudian melihat arah yang mereka lihat.

Ceh patut lah. Tengok Dariel. Ada udang di sebalik mee rupanya. Ingat datang nak tolong. Rupanya tak. Ciss.

Aku melihat Dariel sekali lagi. Kali ini, lagi lama pandangan aku labuh di situ. Dia sangat cekap membuat kerja. Terpegun seketika aku. Dia langsung tidak kekok memegang pisau dan bergaul dengan orang kampung.

Aku mengeluh perlahan. Kadang, aku pelik juga dengan dia. Kenapa dia perlu bagitau tentang relationship dia? Sedangkan dia sendiri tahu yang aku dan dia bukan siapa-siapa. Tiada hubungan istimewa pun. Kenal pun baru.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now