29 : ♡

117K 4.3K 1.1K
                                    

"Flight abang pukul berapa?"

Aku bertanya sambil memeluk lengan Dariel. Kepala aku lentokkan pada bahunya.

"Pukul 2. Lagi tiga jam."

Aku melihat jam. Tanpa sedar, aku mengeluh perlahan.

"Pourquoi ma chéri?"

Aku mendongak memandang Dariel yang bersandar pada kerusi. Bibir dicebik.

"Tau lah ada mix French. Hani tak faham abang tanya apa."

Aku memicit lengan Dariel geram. Dariel hanya ketawa kecil. Dia mencium sekilas dahiku.

"Sorry. Maksud pertanyaan abang is why my honey?"

Mulutku membentuk 'O'.

"Tak ada apa. Just, ermm nanti mesti Hani rindu abang."

Aku menyorokkan mukaku pada lengan sasa Dariel. Malu.

Tangan Dariel naik mengusap belakang kepalaku. Dia memejam mata. Kalau diikutkan hati, memang dia nak bercuti lama lagi, nak meluangkan masa bersama isteri kesayangan dia ini, tapi apakan daya, tuntutan kerja membuatkan dia terpaksa mengorbankan masanya.

"Abang pun akan rindu Hani. Bukan akan, dah rindu dah pun. Tak pe, abang ada dekat Amerika tu tak lama. Lepas seminggu abang balik lah. Ok sayang?"

Dariel menunduk memandang isterinya yang sudah merah muka. Nak menangis la tu.

Aku mengangguk perlahan. Tubir mata sudah terasa panas. Seminggu? Lama tu. Hmm.

"Dah. Jangan sedih. Ada masa lagi ni. Pergi makan nak? Ke nak pergi dekat kereta?"

Dariel mengangkat-angkat keningnya. Aku pelik.

"Nak pergi kereta buat apa?" Dariel mendekatkan bibirnya pada telingaku.

"Nak buat baby sebelum abang pergi Amerika."

"Abang!" Aku memukul bahu Dariel. Sempat lagi tu dia nak menggatal. Dariel ketawa jahat.

"Abang bagi offer tak nak. Nanti lepas abang balik dari Amerika, jangan mengada nak claim ehh."

"Tak nak pun. Entah-entah abang yang claim dari Hani nanti." Aku menjelir lidah. Aku bangun dari duduk.

"Ouh tak nak ya? Ok, kita tengok nanti siapa yang claim siapa."

Dariel tersenyum sinis. Dia mengenggam tangan isterinya dan dibawa ke restoran yang ada di situ. Kita tengok nanti ye isteri.


· · ─────── ·𖥸· ─────── · ·


Aku masuk ke dalam butik. Sudah lama rasanya aku tak jejak ke sini. Selepas bercuti lama tempoh hari, memang jarang aku datang. Hanya dititipkan amanah pada Alia dan Husna untuk menjaga butik ini.

"Hai boss. Lepas kahwin makin berseri nampak."

Alia menegur sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam office.

"Tak ada maknanya." Aku mencebik. Beg tangan aku letak di atas meja. Aku duduk di atas kerusi hitam di situ.

"So, anything new news?" Aku memandang Alia yang sudah mengambil tempat di hadapanku dengan sebuah buku catatan. Alia diam sejenak. Dia menyelak-nyelak buku tersebut.

"Berdasarkan untung yang kita dapat, pihak pembekal bersetuju untuk menggandakan semua jenis material kain yang kita order. Selain itu, kita punya sales meningkat. Makin ramai datang beli. Ada juga yang buat tempahan baju. That's it. Everything went well." Alia menutup buku catatannya. Aku tersenyum. Alhamdullilah.

➵ Mr. Seducer (C) Where stories live. Discover now