11

13.3K 1.4K 116
                                    

Mr Sexy | JJK

Bab 11
---

Shin Jae Hee begitu terleka mendengar luahan hati Jeon Jungkook.

Tanpa mereka berdua sedari, beberapa minit lagi waktu sudah akan mencecah subuh.

Jungkook menghentikan bicaranya. Wajah polos milik Jae Hee mencuri fokusnya.

Anak matanya meneliti kecantikan wajah wanita itu.

"Kau cantik, Shin Jae Hee. Tersangat cantik. Aku beruntung dapat bertemu dengan kau."luah Jungkook secara jujur.

Tangannya dihulurkan ke arah Jae Hee. Hatinya berharap wanita itu menyambut huluran tangannya.

"Kita kawan?"soal Jungkook lagi.

Jae Hee yang sejak dari tadi duduk diam membisu menyambut tangan Jeon Jungkook.

Jari-jemari mereka berdua bertaut dengan erat. Lantas, senyuman terhias elok di wajah Jae Hee dan Jungkook.

Pertemuan kali pertama mereka teramatlah singkat. Jae Hee sudah berasa sedikit sedih.

"Dah nak pagi, Jeon Jungkook. "pesan Jae Hee kepada lelaki tersebut.

Jungkook melepaskan genggaman tangannya pada Jae Hee. Matanya melihat jam yang tersangkut di dinding.

"Kita jumpa pada waktu malam nanti. Jangan rindukan aku s-sangat."

Selesai sahaja ujaran dua baris ayat itu meniti di bibir Jungkook, kepala lelaki itu terlentok jatuh ke bahu Shin Jae Hee.

Kelopak mata Jungkook terpejam rapat. Jae Hee tersenyum pahit sambil jarinya mengelus rambut Jungkook.

"Mr Sexy dah pergi. Kena hadap Jeon Jungkook yang baru pula."

A/N :

Plot baru nak bergerak ke pertengahan cerita.

Mohon korang tidak bosan.

Kikiki.

Komen? 🌚

[C] Mr Sexy | JJKWhere stories live. Discover now