Mr Sexy | JJK
Bab 25
----
Hati Jae Hee menjerit ketakutan. Namun, mulutnya tetap terkunci rapat.
Matanya meliar menanti tindakan Jungkook yang seterusnya.
Niat asal dia ingin melarikan diri. Tetapi, Jae Hee kaburkan niat tersebut dalam usahanya untuk menjinakkan Jungkook.
Jungkook yang dinantikannya setiap malam tidak muncul, sebaliknya Jungkook yang kejam sedang tersenyum sinis di hadapan matanya sekarang.
"Datang dekat kepada s-saya. Buat seperti yang awak mahu. Jika awak rasa melalui perbuatan kejam ini, hati awak akan puas, Jeon Jungkook."
Luahan hati yang meniti di bibir Shin Jae Hee menikam tepat ke dalam hati dan fikiran Jungkook pada ketika itu.
Jungkook merengus kasar tatkala degupan di jantungnya semakin tidak terkawal.
"K-kau sengaja je kan nak buat aku tunduk dengan mudah. Aku tak bodoh, Jae Hee. Kau yang bodoh."bidas Jungkook bersama nada angkuh.
Bahu wanita itu digenggamnya kemas. Lalu, Jungkook menolak badan Jae Hee sehingga wanita itu tersandar lemah di dinding.
"J-jungkook, saya rasa sakit sangat. Tak kasihan dekat s-saya ke?"
Pisau kecil yang berada dalam genggaman tangan kanannya ditekan lembut di atas permukaan leher Jae Hee.
Jungkook merasakan nafas yang dihembusnya pada saat itu bertukar rentak. Rayuan Jae Hee menggoyahkan sisi kejamnya.
"Aku benci. Aku benci perasaan sampah macam ni. Kau sama je macam mendiang kakak kau. Korang berdua suka buat hati aku jadi serabut. Aku benci!"
Jae Hee menggenggam tangan Jungkook. Pisau yang bersinar tidak lagi menakutkan dirinya. Semangatnya semakin membara untuk pulihkan Jungkook.
"Cuba tikam saya jika awak masih rasa tak t-tenang. Now."
Dengan teragak-agak, bilah pisau yang tajam menembusi permukaan leher Jae Hee.
Wajah Jae Hee semakin pucat. Tetapi, senyuman manis tetap terukir di wajahnya.
"Awak p-puas hati dengan semua ini, Jeon Jungkook?"soal Jae Hee.
Jungkook melemparkan pisau tersebut ke satu sudut dalam bilik itu. Situasi leher Jae Hee yang basah dengan darah menyebabkan Jungkook gelabah sakan.
"Tak. Tak. Aku tak salah. Aku tak salah. Aku benci si vampire tu. Bukan kau. Jae Hee, jangan tidur. Jangan tinggalkan aku."
Jungkook sempat memaut badan Jae Hee apabila wanita itu sudah mula menunjukkan tanda-tanda untuk jatuh terbaring di atas lantai.
Pandai berlaku kejam, pandai-pandailah kau selesaikan , Jeon Jungkook.
-TBC-
A/N:
Bagaimana bab ini?
Adakah okay?
🌚
YOU ARE READING
[C] Mr Sexy | JJK
FanficSemuanya perlu berada di dalam genggamannya. Gelar si dia, Jeon Jungkook. Si Mr Sexy. Start: 18/10/2018 End: 02/12/2018 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinterest/Canva Design