16

11.6K 1.2K 24
                                    

Mr Sexy | JJK

Bab 16
---

Aku perhatikan wajah Jungkook yang sedang melemparkan senyuman sinis.

Walaupun aku didesak dengan keinginan untuk membalas dendam yang begitu tinggi, aku tidak sanggup untuk bertindak begitu kejam terhadap lelaki ini.

"S-saya akan sayang dan setia untuk awak seorang sahaja. Janji!"

Aku bermain dengan kata-kata. Sungguh aku berharap lelaki gila itu akan terpujuk.

Jungkook menarik serpihan kaca yang berada di dalam genggaman aku.

Sekelip mata sahaja dia membenamkan serpihan kaca yang tajam itu di permukaan leher.

"Kau menipu aku Jae Hee. Aku tahu pilihan kau tetap si vampire tak guna tu. Lebih bagus kan aku seksa diri aku sendiri."

Aku membuat keputusan untuk menghentikan perlakuan ganas Jeon Jungkook. Tetapi, lelaki itu lebih bijak dan licik.

Dia segera bangun dari duduk. Semakin dekat aku menghampiri, semakin jauh Jungkook menjauhkan diri.

"Dah nak malam. Kau hadaplah vampire yang dah cedera teruk. Kata dekat dia, hadiah kesakitan ini khas dari Jungkook."

Aku sempat mencapai pergelangan tangan Jungkook. Darah semakin banyak mengalir keluar dari lehernya akibat luka torehan.

"J-jungkook, tolong hentikan semua ini. Tak sayang nyawa ke?"

Aku eratkan pelukan apabila aku sedar Jungkook memberontak ingin melepaskan dirinya.

Mungkin aku terlalu leka sewaktu sedang menenangkan perasaan lelaki itu, sehingga aku hampir terjerit takut tatkala tubuh badan Jungkook terlantar lemah di atas lantai.

"J-jungkook, ya tuhan. Darah banyak sangat ni."

Tangan aku terketar-ketar menyentuh wajah Jungkook.

Keadaan Jungkook yang sudah tidak sedarkan diri menyebabkan aku gelisah.

Aku bimbang jika sisi vampire Jungkook akan menanggung kesakitan yang teramat sangat.

Bangunlah Mr Sexy. Aku mohon kau muncul segera. Aku sudah tak sanggup untuk lihat sisi Jungkook seperti ini.

Dia bukan setakat gila. Dia terlalu kejam.

-TBC-

A/N:

Ada lima bab yang akan saya update untuk hari ini.

Stay tuned.

[C] Mr Sexy | JJKWhere stories live. Discover now