Mr Sexy |JJK
Bab 26
---
"Jae Hee, aku nak kau bangun. B-bangun please."
Aku masih kekal dalam posisi duduk bersandar di bahu seseorang. Rayuan suara seorang lelaki yang begitu familiar mendayu-dayu di telinga aku.
Berbekalkan tenaga yang masih ada, aku membuka kelopak mata. Aku daratkan pula tangan aku di leher yang sudah berbalut.
"Kau jangan banyak bergerak. Luka kau masih baru. Aku tak nak kau t-tidur lagi. Aku takut."ujar Jungkook.
Bahu kami saling bersentuhan. Manakala, tangannya erat menggenggam tangan kananku.
Aku tersenyum kepadanya. Diriku seolah memperoleh secebis kekuatan tatkala wajah Jungkook dihiasi senyuman ikhlas.
"Awak Jungkook atau Mr Sexy?"soalku ingin tahu. Sukar aku meneka sisi Jungkook yang sebenar pada waktu tersebut.
Giliran Jungkook meletakkan kepalanya di paha aku. Tangan kiriku ditarik lembut dan dia letakkan di atas kepalanya.
"Aku bukan kesayangan kau. Aku Jungkook yang kau gerun. Jungkook yang bukannya pilihan kau."
Leherku yang berbalut masih kelihatan darah yang masih basah. Namun, rasa sakitnya tidak mendatangkan kesan apa-apa.
Aku sendiri tergamam dengan perlakuan Jungkook.
Masa berbaki lagi 30 minit sebelum jarum jam menghala tepat ke angka 12 tengah malam.
Tak salah jika aku berlembut sedikit terhadap lelaki kejam ini.
Aku kena ingat satu perkara. Dia sakit dan dia teramat perlukan bantuan aku.
"Jungkook, jangan salahkan diri awak. Awak istimewa kerana sisi awak yang berbeza. Jangan fikir macam tu. Jadi positif. Baru s-saya sayang , faham?"
Aku tutur kata-kata tersebut penuh berhati-hati. Tangan kananku perlahan-lahan menarik pisau yang digenggam oleh Jungkook.
Telapak tangannya sudah mengalir darah akibat luka terkena bilahan pisau yang tajam.
Sampai tahap ini kau kawal diri kau semata-mata ingin mengelakkan tindakan kejam kau , Jungkook?
"Jungkook, tak s-sakit ke? Hentikan. Saya akan bantu awak pulih. Jangan seksa diri lagi. Lepaskan pisau tu. Dengar cakap saya Jungkook?"pujukku.
---
Bunyi esakan tangis dalam nada yang perlahan singgah menyapa gegendang telinga. Buat kali pertamanya, air mata Jungkook tumpah di hadapan wanita bernama Shin Jae Hee.Dia bergelut hebat untuk mengawal dirinya yang sentiasa didorong oleh semangat ingin membunuh.
Demi Jae Hee. Demi meraih kasih dari Jae Hee seorang.
"Aku takut untuk lepaskan kau kepada dia. Kau dah makin sayang dia. Dia dah menang. Aku akan t-terima akibat. Aku takut, Jae Hee."luah Jungkook dalam nada sayu.
Hatiku terusik disebabkan kata-kata Jungkook ini.
Berdebar dan perasaan curiga menyelinap masuk ke dalam hati. Jungkook kasanova seakan takut dengan sisi vampirenya.
"Aku takut Jae Hee. B-bantu aku. Lenyapkan dia."pinta Jungkook sebelum kelopak matanya tertutup rapat.
Aku tidak sempat bertanya lebih kepada Jungkook. Tanganku terketar-ketar mengelus pipi Jungkook yang terasa begitu dingin.
"Apa yang awak sorokkan dari saya, Mr Sexy?"
Mataku merenung jam yang tergantung di dinding. Bagaikan sudah menjadi sebuah rutin, mataku tetap berfokus kepada jam dan bibirku membilang saat-saat sebelum kemunculan Jungkook vampire.
"Tepat jam 12. Selamat kembali Mr Sexy."
Rahsia. Kau simpan rahsia daripada pengetahuan aku, Jeon Jungkook.
Nampaknya Mr Sexy bukanlah sesuci yang disangka.
Dua-dua sisi ada kisah gelapnya.
-TBC-
A/N:
Selesai update untuk hari ini.
Jika berkesempatan, jumpa pada hari esok/lusa.
Sudah boleh kira detik-detik penamat Mr Sexy.
Berbaki 4 bab lagi.
Jemput komen banyak-banyak. Mana tahu saya tergerak hati untuk update awal esok.
Selamat malam.
YOU ARE READING
[C] Mr Sexy | JJK
FanfictionSemuanya perlu berada di dalam genggamannya. Gelar si dia, Jeon Jungkook. Si Mr Sexy. Start: 18/10/2018 End: 02/12/2018 Photo [Using For Cover]: Credit to rightful owner on Pinterest/Canva Design