23

11K 1.3K 229
                                    

Mr Sexy | JJK

Bab 23
---

A/N:

Tengok cover . Sesuai kan dengan tema?

Kasi korang nosebleed tengah-tengah malam ni.

----

Aku ingin mengelak tetapi lelaki kasanova itu terlebih pantas. Bibirku menjadi mangsa serangannya.

Sekuat hati aku menolak dadanya supaya wajah aku tidak lagi bersentuhan begitu rapat.

"A-awak jangan sesuka hati kiss saya. Makan pun tak habis. Dah buat perangai. Saya tarik balik janji saya."ugutku.

Jungkook mencebik kegeraman. Raut wajahnya jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati akibat ditolak keinginannya.

Ha siapa suruh kau gatal sangat Kook?

"Kau tak fun. Bosan teruk. Camnelah Mr Sexy boleh terpikat dengan kau?"

Kata-kata yang keluar daripada mulut Jeon Jungkook memberi lampu hijau agar aku dapat bertindak ke tahap seterusnya.

Nampaknya aku boleh jinakkan dia melalui cara lain juga.

Aku ambil sehelai tisu. Bibir Jungkook yang comot dengan kesan bubur aku lap perlahan.

Telapak tangan kiri aku pula mendarat di atas kepalanya.

Aku tak boleh balas dengan reaksi negatif. Aku mesti layan lelaki kasanova ini dengan cara positif.

"Kau tak marah aku ke? Ingatkan kau geram dah."ujarnya dalam nada perlian.

Aku tidak hiraukan omelan Jungkook. Air suam yang berada di atas meja kecil bersebelahan katil aku capai.

"Minum air dulu. Rehatkan diri awak. Nanti lepas bangun tidur, saya teman awak, Jeon Jungkook."

Jungkook mengambil air suam lalu meneguknya sehingga habis. Kepalanya terus didaratkan di atas katil.

Mungkin keletihan yang melampau dan rehat yang tidak cukup mendesak lelaki itu untuk tidak banyak kerenah.

Aku senyum dalam diam. Gelagat Jungkook yang sedang bergelut dengan rantai kerana ingin tidur lena kelihatan begitu comel.

Kakinya sempat menguis pahaku.

"Shin Jae Hee, nanti buka rantai ni ye. Kau sayang aku. Jadi, kasihan kat aku tahu!"

Aku mengangguk dalam keadaan terpaksa. Aku menyentuh rantai yang terlilit di pergelangan tangannya.

Jungkook nampak begitu kasihan.

Aku ingin dia pulih.

Patut kah aku buka rantai ini?

-TBC-

A/N:

Jumpa anda esok malam untuk 3 bab yang kejam dan ganas sikit.

Nama pun story thriller.

Jadi, saya tak akan biar korang bosan.

Bab ini hanya sekadar filler.

Enjoy. ♥

Berapa rate untuk story Mr Sexy?

[C] Mr Sexy | JJKWhere stories live. Discover now