"Ya Allah,kenapa ni Aris." Soal Mak Bedah
"Wafa kena halau rumah." Balas Faris meletakkan Wafa di atas sofa di ruang tamu.Barang barang Wafa semua di bawa masuk ke dalam rumah
"Ni dah melampau." Marah Amirul mula bangun dari kerusi roda tetapi dihalang keras oleh Faris
"Sabar dik,sabar."pujuk Faris
" Kita bawa la Wafa tinggal dengan kita."ujar Mak Bedah meletakkan minyak di bahagian tempat luka Wafa.Sesekali Wafa merengek mungkin sakit
"Kesian dekat Wafa,lagi berapa hari nak PT3 tapi dah kena halau dari rumah." Ujar Faris duduk di atas kerusi memicit micit kepalanya
"Tu la,tak pa kita jaga Wafa sama sama." Balas Amirul
******
"Mak Bedah,Wafa pergi dulu,doakan Wafa boleh jawab tau." Ujar Wafa mengucup lama tangan Mak Bedah
"Ya sayang." Balas Mak Bedah mencium dahi Wafa.Ya Wafa sudah dianggap sebagai anak sendiri
"Wafa,jom." Ajak Amirul yang melihat Wafa masih memandang rumahnya
"Kalau mama ada mesti mama akan beri kata kata semangat dekat Wafa,Wafa akan buat bersungguh sungguh untuk dapatkan kasih sayang mama papa dengan semua orang."desis Wafa dalam hati
"Wafa jom."ajak Amirul sekali lagi
"Ya,jom." Balas Wafa mengesat air matanya
*****
"Wafa,buat elok elok tau,abang sentiasa ada dengan Wafa,abang doakan Wafa boleh jawab,abang sayang Wafa macam abang sayang nyawa abang sendiri." Ujar Amirul sebelum membiarkan Wafa masuk ke dalam dewan peperiksaan
"Terima kasih abang,Wafa akan buat yang terbaik,sebab Wafa akan dapatkan kasih mama papa dan semua sebelum Wafa MATI." Balas Wafa
"Shittt!"
"Apa cakap macam tu?Ajal,jodoh,rezeki semua dekat tangan tuhan.Apa ni Wafa,tak baik tau."ujar Amirul
"Ok abang." Wafa membuat gaya tabik hormat
"Ok la,abang pergi dulu,Assalamualaikum."ucap Amirul sebelum berlalu pergi.Hati Amirul terasa sungguh puas dapat meluahkan perasaannya kepada Wafa
"Waalaikumussalam." Balas Wafa menghantar Amirul dengan pandangan mata sehingga hilang dari pandangan
"Alhamdulillah."ucap Wafa setelah habis peperiksaan.Esok dengan lusa pula yang tinggal
" Aku balik dulu,mama aku dah tunggu tu."ujar Maira menyentuh bahu Wafa sedikit
"Ok."balas Wafa mula terbayang mamanya datang kepadanya
"Wafa." Jerit Datin Aminah ceria
"Ya,ma." Balas Wafa
"Macam mana harini exam,susah tak?Sayang mama mesti lapar kan?" Soal Datin Aminah mencium dahi Wafa lembut
"Ok ja,kalau mama ada tiap tiap hari dengan Wafa." Jawab Wafa terus menangis
"La,kenapa nangis ni?"soal Datin Aminah risau seraya mengesat air mata Wafa dengan belakang tangannya
"Tak ada apa la." Balas Wafa
"Wafa kenapa ni?Kenapa nangis ni?" Soal Amirul pelik dengan Wafa kerana tak sedar yang dia berdiri dekat sini dari tadi
"Wafa,rindu mama papa." Balas Wafa
"Meh sini,abang kan ada." Pujuk Amirul mengusap lembut rambut Wafa
"Tak sama,mama lain." Ujar Wafa seperti kanak kanak kecil merengek lapar
"Hmmm." Amirul mengeluh panjang tak tau nak Buat macam mana lagi
YOU ARE READING
Kisah Ku Inginkan
Historia CortaDia bukan la bidadari yang selalu menyenangkan semua orang.Tapi dia akan cuba untuk menyenangkan semua orang dan buatkan diri dia juga disenangi orang.Dia punya satu matlamat.Matlamat dia adalah AKU AKAN DAPATKAN KASIH SAYANG KELUARGA SEBELUM AKU MA...