Aku bukan la bidadari yang selalu menyenangkan semua orang.Tapi aku akan cuba untuk menyenangkan semua orang dan juga akan buat orang senang dengan aku......
Pap!!
Buku diari ditutup dan diletakkan dalam laci meja belajar.Semenjak tiga tahun ni Wafa hanya meluahkan semua kesedihan,kesakitan,kedukaan dan semua di dalam diari yang dianggap dia dapat melegakan atau menenangkan sedikit fikiran.....buku diari itu dia akan simpan walaupun sudah terkoyak kerana itu adalah pemberian arwah adik dia Tengku Qairaleesa Aisyah....
"Wafa!"
Panggilan seperti itu la yang selalu didengari menjelang malam....telinga Wafa sudah lali dengan jeritan yang tidak berbayar itu.....
"Kau ni pekak ka aku panggil kau." Marah Datin Aminah menarik cuping telinga Wafa sehingga merah.Wafa tidak melawan dia hanya membiarkan telinganya itu ditarik keluar.Dia tahu kalau dia melawan dia akan lebih kena teruk lagi
"Ma,Wafa buat kerja rumah tadi." Balas Wafa
"Ada aku kisah!Aku nak tanya apa kau buat eh dekat rumah?" Soal Datin Aminah dengan wajah yang bengis
"Wafa dah kemas tadi ma." Jawab Wafa pelik melihat bantal bantal petak empat segi terabur di atas karpet
"Aku nak kau kemas." Jerit Datin Aminah di tepi telinga Wafa.Boleh pekak telinga Wafa dibuatnya
"Padan muka." Desis Alisya di sebalik dinding!Mak cik Imah hanya menggeleng kepala
******
"Hoi,bangun." Jerit Alisya menyimbah air di muka Wafa dan sedikit terkena baju sekolah Wafa yang lusuh itu
"Ya Allah Lisya,habis basah baju Wafa."ujar Wafa lembut
"Ini balasan untuk orang yang menyusahkan aku!Kalau bukan kerana kau aku sekarang ni tengah dekat sekolah dah.Kau ingat sekolah aku macam sekolah kau.Sekolah aku kluster sekolah kau hampeh!" Balas Alisya membaling baldi sehingga terkena dahi Wafa seraya menghina sekolah Wafa!Darah yang mengalir di dahi segera diseka
Seusai mandi siap kemas apa semua Wafa terus keluar dari biliknya yang dahulunya hanyalah sebuah setor penyimpan barang.Wafa menarik kerusi untuk duduk tetapi segera dihalang oleh papanya
"Dah,tak payah duduk kau tu pergi sekolah dah la naik bas." Suruh Dato' Aidil tanpa melihat muka Wafa!Mata Dato' Aidil hanya meliar ke tempat lain
Wafa memasukkan kembali kerusi ke dalam meja sedikit sehingga temp at penyandar bersentuh dengan meja.Wafa berjalan ke arah ruang tamu dan mengambil duit yang diletakan di atas meja....Duit yang dibawa dia sangat berbeza dengan Alisya.Wafa hanya diberikan 3.00 ringgit manakala Alisya 10.00!Wafa memakai kasut sekolahnya dan keluar dari pekarangan rumah agamnya.Malangnya dia sudah ketinggalan bas dek kerana keluar lewat semintit dua minit macam tu la.Wafa terpaksa berjalan berlari sebanyak 8 KM ke sekolahnya.Penat hanya Allah saja yang tau.Lebih menyedihkan Alisya melambaikan tangan ke arahnya yang sedang berlari itu.Sesampainya di sekolah Wafa tidak berhenti berlari lagi.Dia memanjat anak tanggga ke tingkat paling atas.Sebaik saja berada di depan pintu muka Wafa sudah menjadi pucat lesi.
"Cikgu Sham!"
Itu saja yang keluar dari mulut Wafa waktu itu.Kaki dipaksa melangkah jua walaupun bahaya di depan
YOU ARE READING
Kisah Ku Inginkan
Kısa HikayeDia bukan la bidadari yang selalu menyenangkan semua orang.Tapi dia akan cuba untuk menyenangkan semua orang dan buatkan diri dia juga disenangi orang.Dia punya satu matlamat.Matlamat dia adalah AKU AKAN DAPATKAN KASIH SAYANG KELUARGA SEBELUM AKU MA...