KKI 24✔

64 9 0
                                    

"Wana,masuk la." Ajak Mek Wan membuka pintu untuk Wafa

"Ok." Balas Wafa melangkah masuk ke dalam rumah Mek Wan

"Mek,minta maaf la Wana,rumah Mek ni kecik ja,tak macam rumah Wana." Ujar Mek Wan serba salah

"Eh,tak pa la,sesekali kita kena cuba duduk macam ni." Balas Wafa tersenyum kelat kerana nama Wafa sudah ditukar kepada panggilan Wana.Dia tukar sebab tak nak semua tau siapa dia sebenarnya

"Wana duduk la dulu,Mek pergi buatkan air untuk Wana kejap." Beritahu Mek Wan mengorak langkah ke arah dapur yang hanya diperbuat dari kayu

"Ouh ok,Mek Wana nak duduk dekat luar kejap." Balas Wafa seraya bangun dan keluar dari rumah kayu dan batu itu

"Ya,tapi Wana jaga jaga sikit,budak sini bahaya." Pesan Mek Wan dari dapur

Wafa tidak menghiraukan pesanan Mek Wan,dia berjalan mengelilingi kerusi batu di halaman rumah Mek Wan,pokok pokok bunga cantik ja.Terdetik di hati Wafa rindu akan keluarganya

******

Tok! Tok! Tok!

"Ya,puan cari siapa?" Soal Alisya dengan mata sedikit sembap

"Saya puan Raudhah ibu kepada kawan Wafa,saya datang sini cuma nak sampaikan amanah Wafa saja." Balas Puan Raudhah yang juga simpati terhadap nasib keluarga ini

"Hmmm,masuklah." Alisya membuka pintu rumah dengan luas dan mempelawa Puan Raudhah masuk

"Ya,nak apa?" Soal Datin Aminah dengan suara serak

"Sebenarnya,tujuan saya datang sini sebab nak sampaikan amanah Wafa,Wafa ada pesan dengan saya bila dia tak ada,tolong bagi diari ni dekat puan." Balas Puan Raudhah seraya meletakkan buku diari di atas meja ruang tamu itu dan permata jernih mula keluar dari tubir mata masing masing

"Ya Allah." Terkejut Datin Aminah membaca diari tersebut

12.2.2018
Tarikh ini adalah tarikh aku dibenci oleh keluarga sendiri kerana atas kematian Aishah adik bongsu aku.Tapi mereka semua salah faham,tapi aku tak kan cakap apa apa walaupun dibuat apa pun sebab kadang kadang aku akan rasa bersalah juga sebab setuju dengan cadangan Aishah.Satu patah perkataan keluar dari mulut papa 'KAU BUKAN ANAK AKU LAGI'aku rasa waktu itu hatiku bagi disiat siat.sejak dari tu hidup aku dibenci bukan saja di rumah malah di sekolah juga.Tapi aku terima dengan hati terbuka....

Helaian sebelah diselak lagi

15.5.2018
15.5.2018 aku takkan lupa tarikh ni,sebab tarikh ni adalah tarikh aku disahkan sakit Kanser Paru Paru tahap 1.Doktor cakap penyakit ni boleh dirawat lagi dengan pengambilan ubat,tapi aku tekad untuk tak makan ubat,sebab aku tau kalau aku hidup banyak orang akan susah dengan aku....

20.8.2018
Aku dibuli dekat sekolah dengan kawan kawan sampai aku diugut untuk rahsiakan benda ni,tapi aku ikut aku rahsiakan tapi aku pendamkan air mata aku dengan tulis dalam diari aku.Bila malam aku kena juga tapi dengan mama papa Kak Lisya...

11.9.2018
Aku akan tetap kenang peristiwa ni,sebab mama suruh aku kutip sampah,tapi aku cakap dalam hati 'Wafa sanggup kutip dengan mulut asalkan mama peluk aku'.Waktu mama gelus rambut aku....aku rasa tenang sangat walaupun itu hanya perlian dari mama.Lepas mama Kak Lisya pulak masuk dalam hal tu...Kak Lisya jatuhkan gelas kesayangan mama...tapi Kak Lisya cakap aku...mama tolak aku sampai kena bucu meja darah yang mengalir terus aku seka....tapi aku hanya diamkan diri saja dengan pandang langit,bintabg dan bulan sampai la hujan turun basah dahi aku....perit sangat bila kena air tu.Sampailah aku rasa tubuh aku melayang tapi ada orang yang sambut

31.9.2018
Tarikh sehari sebelum aku exam PT3,aku kena halau dari rumah disebabkan satu fitnah,aku hanya pujuk Abang Amirul untuk makan,tapi mama papa Kak Lisya salah faham.Sedih waktu itu hanya Allah saja tau....

"Ya Allah,Wafa mama minta maaf." Rintih Datin Aminah memeluk erat buku diari Wafa yang terkoyak itu

"Ma,Wafa dah maafkan mama." Ujar Wafa duduk di atas kerusi batu itu,air mata keluar dari tubir mata

Kisah Ku InginkanWhere stories live. Discover now