In the midst of the wet season
Today after the rain
A lukewarm wind
Blows through the quiet night streets
.
.
"Come back home." Tapak tangan Putra terbuka menghulur ke arah Leyla. Meminta. Memohon supaya huluran itu bersambut.
Leyla tegak berdiri. Memandang tanpa rasa. Kosong pandangan matanya berlaga dengan mata Putra. Sedikit pun dia tidak memandang huluran yang masih terbiar sepi.
Lembut hembusan angin malam meniup wajah mereka berdua. Mata Leyla terkejip beberapa kali. Menghilangkan pedih kesan dari sentuhan angin di kornea mata. Sekaligus memadamkan hangat air mata yang tadinya berlumba meminta dilepaskan.
"No, I don't want to." Leyla menggeleng. Hujung selendangnya berterbangan ditiup angin. Mendedahkan lehernya. Tapi tiada gaya yang dia akan menutup apa yang perlu. Putra masih suaminya yang sah. Tiada apa yang perlu disembunyikan dari lelaki itu. Semuanya sudah pernah disentuh. Segalanya sudah pernah dilihat.
Putra menelan liur. Leyla nampak begitu tekad. Tiada langsung kah ruang kemaafan untuk dirinya?
"Please." Sepatah kata yang sangat mendalam maknanya. Putra sedang merendahkan diri. Meminta dikasihani.
"No." Leyla ulang ayat yang sama. Kali ini ditemani setitik air jernih yang jatuh mendarat di pipi. Turun meluncur jatuh ke lekuk dagu.
"I don't want to."
Dia tidak mahu kembali menjadi isteri Putra.
Dia tidak mahu kembali menjadi boneka Putra.
Dia tidak mahu kembali menjadi mangsa amarah Putra.
Tidak.
Dia tidak mahu.
YOU ARE READING
Kelip-Kelip Cinta ( OV ) ( ✔ )
RomanceDi mana salah I, sedangkan I dah lama tahu yang I hanya mampu melihat, tapi tak mampu menyentuh?" - Leyla Manja Bidadari aku cuma Maira seorang saja. Tak akan ada yang lain - Putra Amar Sebab dia sentiasa jadi mangsa keadaan, Mai hantar dia kepada A...