Part 7

7.3K 396 6
                                    

Reality is too cruel

Too brutal

I don't even have the right to dream

.

.

Turun dari kereta, laju Putra berjalan masuk ke dalam rumah. Hati sudah membuak mahu menghamburkan lahar. Asalnya dia hanya datang untuk mencari isteri yang tiba-tiba hilang tanpa sebarang berita. Tapi bila ternampak kereta Leyla tersadai elok di hadapan pintu pagar yang terbuka, tiba-tiba rasa marah datang melanda.

Leyla ada! Tapi mengapa diam tanpa sebarang kata? Dan sampai ke hari itu, masih tidak menampakkan rupa di hadapan sanak saudara Putra juga Maira.

Buka saja pintu, pemandangan yang singgah ke mata tidak seperti selalu. Ruang tamu berserakan seperti baru selepas dipunggah. Melirik ke sofa, terus dia bertemu pandang dengan tatapan mata isteri pertamanya. Satu-satunya isteri yang dia ada kini.

"Tergamak kau kan?" Kakinya sudah terhenti di hadapan Leyla yang duduk bersandar di sofa. Ada sesuatu yang nampak lain di wajah itu. Lelah? Pucat? Cara duduknya saja sudha melihatkan yang empunya badan seperti sudah tidak mampu menegakkan tubuh.

"Kawan baik kau meninggal, sikit pun tak ada rasa hormat kau pada dia. Kau tahu tak Maira panggil nama kau sebelum dia pergi? Kau tahu tak Maira cari kau dalam keadaan dia tenat?" Di luar sedar, tangan Putra sudah naik mahu terbang ke pipi Leyla. Tapi terhenti sekerat jalan bila bibir tipis itu tiba-tiba menggarit senyum. Dan bersama dengan itu, ada titisan air jernih mengalir ke kedua belah pipinya.

"Maira dah tak ada." Perlahan suara Leyla kedengaran. Pandangannya sudah turun menekur lantai. Kosong menembusi realiti.

"Ceraikan I."

"Leyla!" Marah! Tamparan yang tidak kesampaian tadi bertukar menjadi cengkaman kuat di rahang Leyla.

"Ini sebenarnya perangai kau yang sebenar kan? Tak salah anggapan aku selama ni. Kau memang pura-pura saja berkawan baik dengan Maira. Kau gunakan dia untuk capai kehendak kau. Bila dia dah tak ada, kau takut aku akan buat kau lagi teruk kan? Sebab tu kau nak lepaskan diri, macam tu?"

"Capai kehendak I? Kehendak yang mana satu?"

Putra terdiam. Gugah sesaat dengan soalan itu. Bukan kah cinta Putra yang direbutkan selama ini? Kerana mahu mendapatkan Putra, Leyla menggunakan Maira yang sentiasa sanggup memenuhi keinginan si teman.

"Cinta I untuk you, tak sehebat sayang I pada Maira. You tak pernah mencapai kedudukan Maira dalam hati I. Tak – pernah."

"Masih nak berlagak baik? Maira dah tak ada. Tak perlu kau nak tunjuk baik depan aku." Mulut saja berbicara begitu. Tapi di dalam hatinya, Putra sudah mula goyah. Kenapa tekadnya mudah berubah? Bukan ini niat sebenar dia mencari Leyla. Selepas berkali mengulang penjelasan dan pujukan arwah Maira, hati Putra sudah mula mahu menerima. Tapi kenapa perkara yang sama berulang lagi? Melihat wajah redup tidak beriak Leyla, panas mula menyirap ke kepala.

"Maira dah tak ada." Leyla mengulang kenyataan.

"Maira dah tak ada." Kepalanya tertunduk lesu. Satu persatu paparan memori mereka bersama bermain di benak fikiran. Dari beberapa titis, air matanya turun seperti hujan. Makin lebat, makin sarat.

Tangan Putra terkepal erat di sisi tubuh. Menahan air mata dari ikut sama menitik. Sudah dikebalkan hati untuk tidak menangisi pemergian wanita kesayangannya itu.

"Dari I kecil, hanya Maira saja yang ada bersama I. Setia sampai kami sama-sama dewasa." Leyla sudah ditenggelami emosi. Pedulikan Putra. Dia mahu hamparkan apa yang tersekat di dadanya selama ini.

Kelip-Kelip Cinta ( OV ) ( ✔ )Where stories live. Discover now