Part 4

5.7K 395 5
                                    

To look at

The fireflies that gently

Flutter in the air

From the place where I touched them just a little bit

Is what I like the best

Quietly, quietly

.

.

"Maira tak bagi aku ceraikan kau."

Leyla diam memeluk lutut di atas sofa. Sedikit pun tidak dipandang wajah Putra. Lain yang diharap, lain pula yang tiba.

Dia menyangka Putra akan meminta maaf kerana menuduh Leyla menjadi punca Maira melarikan diri dahulu. Tetapi Putra masih tidak berinjak dari persepsinya kepada Leyla. Mungkinkah selama-lamanya dia akan menjadi manusia kejam di mata Putra?

Semalam status Maira sudah bertukar menjadi madunya. Sedih? Tidak. Leyla tidak sedih. Malah Leyla gembira. Kerana dia berjaya memulangkan semula Putra kepada Maira. Dan mereka masih berkesempatan meraih bahagia. Biar lah walau hatinya remuk sekali pun, Leyla percaya semua itu ada hikmahnya.

"Kalau macam tu, bagi I keluar dari rumah ni. I nak life I semula."

" No." Tegas Putra menolak usul yang baru dicadangkan Leyla.

"Kau kena ada di sini. Kalau Maira tanya atau cari kau, aku nak kau ada dekat sini. Conveniently within reach. Jangan tinggalkan rumah ni selain dari untuk memenuhi keperluan kau saja. Duit, aku akan masukkan monthly dalam akaun kau."

"Aye aye captain.." Bibir Leyla cuba mengukir senyum. Kali ini dia memandang Putra tepat di mata. Adakah senyuman itu sampai ke hati suaminya?

"Kau jangan nak berlagak pandai dekat sini." Putra pula yang rasa tercabar dengan nada ejekan Leyla. Tanpa sedar dia sudah berdiri tegak di hadapan Leyla.

"I tak pernah cuba tunjuk pandai. I blend well with my environment, tapi you still tuduh I perempuan jahat. I sentiasa elakkan diri I dari menonjol di mata lain, tapi you still nampak I keterlaluan. Tell me, apa lagi I perlu buat untuk jadikan diri I bidadari di mata you."

Putra ketawa. Ayat terakhir Leyla terasa menggeletek hati. Bidadari?

"Bidadari aku cuma Maira seorang saja. Tak akan ada yang lain."

Jelas terlihat bening kelukaan di mata Leyla. Jangankan Leyla, Putra yang melihat pun ikut terasa kesannya. Hati tiba-tiba rasa seperti disengat. Terlalu kasarkah dia dalam menutur kata?

Lama pandangan mereka beradu, Putra melarikan mata ke sekitar wajah Leyla. Wajah yang sudah lebih 5 bulan menjadi isterinya. Sekarang Maira juga sudah menjadi isterinya. Bermakna, dia tidak lagi memerlukan Leyla.

Jadikan ini malam terakhir, hatinya berbisik jahat. Walaupun hatinya tidak pernah lari dari benci setiap kali melihat wajah itu, dia tetap mengaku yang penyatuan mereka berdua saban malam ada meninggalkan kesan di hati lelakinya. Hanya di ranjang mereka mampu berkomunikasi seperti pasangan berkahwin lain yang normal. Hanya di tempat beradu itu saja dia mampu memanjakan Leyla selayaknya seperti seorang isteri.

"Jalankan tanggungjawab kau." Di luar sedarnya, Putra menghulur tangan ke arah Leyla.

"I tak pernah lupa di mana tempat I dalam hidup you." Leyla berinjak untuk bangun dari duduknya. Terus diatur langkah menuju ke bilik tidur. Dan dia pasti, Putra sedang mengekor rapat di belakang.

Malam itu, untuk kali pertamanya, Putra tidur di situ. Tidak menghilangkan diri selepas melepaskan hajatnya. Mungkin kerana itu adalah kali terakhir. Jadi dia mengambil keputusan untuk menjadi pemurah. Temani isteri yang tidak dianggap itu selama satu malam.

Dan sehingga ke dinihari, Leyla hanya merenung wajah Putra yang nyenyak tidur. Ingin dirakam kemas dalam ingatannya. Kerana selepas ini dia hanya mampu melihat dari jauh sahaja.

Diam-diam melihat dari jauh. Menjadi penonton kebahagiaan suaminya bersama wanita lain yang juga adalah kesayangan Leyla.

Tak apa, Leyla memujuk hati. Bukan kah selama ini, memang itu adalah kedudukan kekalnya? 

Pemerhati di dalam diam. 

Kelip-Kelip Cinta ( OV ) ( ✔ )Where stories live. Discover now