Harini merupakan hari yang paling malang sekali erghh stress ! 'Bf curang , cikgu marah tak tentu pasal , kene denda , Melinda sorokkan barang aku , kene tampar wahh banyak betul dugaan kau Aisy lepas ni apa pula !'
Lepas balik dari sekolah ,aku terus kurung diri dalam bilik mana taknya macam2 hal jadi .Mungkin ni balasan aku sebab kurang ajar ngan semua orang haih . Aku menangis semahu mahunya lepaskan semua rasa yang dah lama aku pendam . What a life ! . Papa dan mama pun terkejut yela balik2 terus kurung diri dari pukul 2.15 sampai 6 petang .
Tuk Tuk Tuk'
" Hm, masuk jela pintu tak kunci " taktahu siapa yang main ketuk2 ni .
" Papa panggil tu nak bincang katanya cepat turun kang tak pasal2 mengamuk " kata abang , Tengku Syed Zahrif ya abang aku sekarang dah kerja dalam syarikat papa aku , Tengku Syed Hasyim . Aku terus turun ke ruang tamu jap... kenapa semua nampak serius sangat ni ? Abang dan kakak yang selalu gelak suka mengusik pun buat muka serius kenapa eh?
" Kenapa ni papa ? Ada benda penting ke papa and mama nak bincang kalau ada pasal apa? " ha amik bertubi2 aku tanya tapi takut la pula sebab papa tenung aku macam nak marah je .
" Memang pun dan papa nak bincang pasal kamu Aisy . Papa dapat tahu yang kamu selalu buat masalah kat sekolah " What ! Macam mana papa tahu ni aduh ni gawat gawat ish .
" Papa dan mama dah buat keputusan yang kamu akan duduk dengan nenek sampai habis Spm Aisy "
" What!? Why papa why ?? "
" Supaya kamu jadi yang lebih baik baby , papa nak kamu berubah . Papa tak nak maruah kita semua jatuh sebab perangai kamu yang selalu buat MASALAH tu " terkejut aku dibuatnya dengar marah papa tu . Sebelum ni tak pernah2 marah sampai macam ni sekali haih nasib la kau Aisy .
" Okay baby akan dengar cakap papa kalini and baby akan pastikan baby berjaya dalam Spm ni !!"
" Papa akan pegang kata2 kamu ye Aisy kalau kamu tak berjaya jangan harap baby akan dapat balik semula ke rumah ni !" aku hanya angguk sahaja .
Wah hebat betul ayat papa ni ! Lepas habis je bincang tadi aku terus masuk bilik sambung menangis ,sedih kene tinggal ngan nenek lepasni tak dapat nak manja manja dengan mama lepasni hm . Tiba2 pintu terbuka aku tinjau siapa pula nak buka2 pintu ni rupanya mama , abang dan kakak masuk bilik aku eleh nak pujuk latu hahaha .
" Aisy ?"
" Ye mama nak apa ni ?"
" Mama nak minta maaf pasal apa yang papa kata tadi "
"Takpe baby okay je "
Mama datang dekat dengan aku dan peluk aku sambil gosok belakang aku lagila nak buat aku nangis huargh! Takpe Aisy kau kene kuat untuk berubah !
" Ala baby bukan jauh pun KL dengan Johor ni , apala "
" Tahnya duduk ngan nenek bukannya hantu pun drama lebih "
Dengar kata2 abang ngan kakak , Sharifah Idayu terus buat aku rasa nak gelak diorang semua pandang aku pelik mana taknya tetiba gelak tanpa sebab" Kenapa baby gelak ?"
" Saje yela lepasni uolls tak dapat nak dengar gelak tawa adikmu ini HAHA "
" Abang Zahrif nak cakap satu je " eh nak cakap apa pulak ni aduii .
" Yang kami semua sayangkan baby Aisy yang ucuk sangat2 ketat2 ucu muah " terus kami semua gelak sambil berpelukan . Mesti aku rindu benda ni semua arghhh tiba2 rindu pulakkkk !
Hujung minggu ni aku kene gerak KL so pindah sekolah sekali ishh malasnya nak kenal kawan baru haih . Aku pindah ni pun tak bagitahu kawan aku lagi sebab tak berkesempatan hehe . Ar nanti2 jela ws diorang now aku ank rest puas-puas kat sini lepasni dah tak merasa semua benda dalam rumah ni . Rumah nenek tu pun lebih kurang sama je dengan rumah papa tapi perangai nenek ni buat aku rimas sebab nenek asyik control aku je . Habislah hidup aku lepas ni .
Hello gais ! Macam mana cerita i tadi ? Tak syok ? Its okay kalau tak berapa best ye sorry !!! -- ecahcott --
YOU ARE READING
Sungguh Itu Takdirku
RomanceSharifah Nur Aisy, seorang gadis yang kasar dan pemalas , dia dipaksa oleh papanya untuk tinggal dengan neneknya di KL kerana kelakuan Aisy yang sering membawa masalah di sekolah . Dia juga terpaksa berpindah sekolah baharu di KL .Salah satu punca...