" Aisy oo Aisy bangun nak oii matahari dah lama tengok kamu tidur ni haih " nenek ni pagi-pagi dah kejut orang . Aku nak rehat kejap pun tak boleh .
" 5 minutes nek "
" No no no bangun sekarang ! Aisy tahu tak sekarang pukul berapa ? " tegas suara nenek .
" Hm pe ?" tanya Aisy malas . Ye bab bangun pagi memang dia lemah .
" Sekarang dah pukul 7.10 kamu tahu ? GET READY NOW ! " marah nenek kat aku . Boleh pekak telinga aku lepas ni .
" 7.10 je hmm . WHAT 7.10 ?!! Oh noo " menggelabah aku siap woi mana taknya harini pengawas garang yang jaga pintu gate . Nenek hanya mengeluh kecil melihat cucu dia yang gelabah ni .
" Bertuah punya cucu " kata nenek sambil keluar daripada bilik Aisy.
____________________________________Sampai sahaja di sekolah Aisy terus berlari anak takut tidak sempat masuk ke sekolah . ' Ya Allah harap aku sempat ' gumam dia dalam hati . Dia budak baru takkan dah buat hal . Tengah dia berlari tiba-tiba dia terlanggar seseorang
BUKK
" Aduh siapa yang aku langgar ni " kata aku perlahan
"Hey are you okay ? " tanya si dia
" I - I okay je hehe sorry terlanggar " haih buat malu je . Aku pun lihat siapa jejaka yang tolong aku ni haha . ' Eh mamat ni ' kata aku dalam hati .
" Meh I tolong you eh tangan you berdarah ni Aisy. Jom pergi bersihkan luka you ni " aku hanya menurut kata dia . Aku seperti dipukau bila dia tarik tangan aku .
Sampai sahaja di bilik kesihatan , si dia terus mencari first aid untuk rawat luka aku .
" Eh lukman tak payah susah-susah saya boleh buat sendiri " kata aku kat Lukman . Lukman ni memang jenis lelaki idaman wanita dah la baik , hensem , pemain bola sepak fuh gegar iman aku hahaha .
" Aisy duduk diam-diam eh biar Lukman buatkan "
"Takyah la Lukman "
"Aip duduk diam-diam babap kang " gurau dia . Kami berdua ketawa selepas itu .
" Terima kasih Lukman sebab tolong Aisy" kata aku pada Lukman . Dia hanya balas dengan senyuman manisnya dan dia kenyit mata . What dia kenyit mata?! Cair aku dibuatnya .
"Aisy jom balik kelas "aku hanya menurut katanya .
Kami berdua pun pergi masuk kelas dan semua yang berada di dalam kelas tersebut serentak memandang kami . Kenapa ni ? Aku ada buat masalah ke ? Eh lupa sebelah aku ni kan Lukman , jejaka hot gitu .
Ada yang memadang seperti tak puas hati , ada yang senyum , dan ada yang ingin usik aku . Aku hanya balas pandangan diorang dengan jelingan maut aku dan duduk ke tempat aku semula sebelah meja Syuk dan Isha .
" Wah sejak bila siot ?? " tanya Isha . Syuk pula hanya memandang aku sambil tersengih-sengih .
"Dia tolong aku tadi sebab aku jatuh langgar dia " aku pun ceritakan pada mereka berdua pasal tadi . Mereka hanya membalas dengan anggukan .
" Kau tahu tak korang nampak sweet gilerr macam romeo and juliet aww " balas Isha .
" Kan Isha !" balas Syuk pula . Mereka dua terdiam macam tengah berfikir dan kemudian tergelak sambik pandang aku.
" Weh aku rasa dia suka kau la " kata Syuk .
" Dah kenapa kau ni Syuk ?"
" Betullah cakap Syuk kalau tak takdenya dia tolong sampai rawat kau punya luka " sokong Isha . Aku terdiam sambil memikir pasal kebaikan Lukman terhadap aku .
Sebenarnya Lukman dah banyak kali tolong aku . Banyak dah aku terhutang budi itu sebab Juliana cemburu . Juliana ni ex girlfriend Lukman .
YOU ARE READING
Sungguh Itu Takdirku
RomanceSharifah Nur Aisy, seorang gadis yang kasar dan pemalas , dia dipaksa oleh papanya untuk tinggal dengan neneknya di KL kerana kelakuan Aisy yang sering membawa masalah di sekolah . Dia juga terpaksa berpindah sekolah baharu di KL .Salah satu punca...