Selesai solat subuh , aku turun ke dapur cari nenek sebab mahu tanya khabar tentang keluarga aku . Sejak kebelakangan ni ahli keluarga aku pelik sebab semua tukar nombor telefon masing-masing , mulanya aku kecil hati dengan mereka lama-lama aku sudah tidak kisah . ' Mana nenek ni oi ' tanya aku dalam hati .
Rupanya nenek di taman tengah leka siram pokok bunga kesayangannya . Aku jalan kearahnya dengan perlahan .
" BAHHH " sergah aku daripada belakang nenek .
" ARGH NENEK MELOMPAT TINGGI " amboi terus melatah ye nek hehe .
" HAHAHAHA apa tu nek ?" gelak sakan aku dibuatnya , geli hati aku lihat nenek melatah .
" Kamu nak apa ni Aisy ? Kalau nenek kena sakit jantung macam mana ? tanya nenek dalam nada merajuk .
" Alolo sorry lah nek Aisy gurau je . Nenek~ "
" Hm nak apa ni " tanya nenek malas.
" Diorang ada cakap apa-apa tak ?" nenek hanya diam bila aku tanya pasal hal ni.
Aku sedar yang keluarga aku cuba mengelak daripada aku . Aku juga sedar aku ni hanya pembawa masalah dan menyusahkan orang sekeliling termasuk nenek aku .
" Tiada la pula senyap aje " jawab nenek sambil membelek bunganya .
" Nekk papa dengan mama dah tak sayang Aisy ke ? Aisy ni menyusahkan mereka ke sebab tu diorang hantar Aisy ke rumah nenek, kan ? Aisy ni siapa bagi diorang ,nenek ?" tanya aku bertubi-tubi . Air mata aku mengalir laju tanpa aku sedar bila ia keluar .
" Kenapa cakap macam itu ? Dosa tau fikir buruk pasal mama dan papa kamu ,Aisy "
" Ala mungkin diorang nak Aisy temankan nenek seorang disini supaya nenek ada teman berbual . Dah jangan fikir bukan-bukan lagi. Sikit-sikit nangis habis buruk muka tu " Aku hanya mencebik bila nenek perli aku .
"Ee nenek nii ada je nak usik orang " kata aku sambil tersenyum . Nenek ni tahu menghiburkan hati cucu kesayangan dia ni .
____________________________________Aku hanya termenung memikirkan kenapa mama dan papa langsung tidak jenguk aku . Tengah aku leka berfikir , terdengar bunyi notifikasi Iphone aku dari dalam bilik .
Ting Ting Ting Ting !
'Asal banyak sangat bunyi ni annoying betullah ' gumam aku dalam hati .Aku pun terus buka mesej nak tengok siapa yang mesej waktu orang tengah tenangkan fikiran .
Tengku Lukman
Aisy !
Jom keluar pergi library
Study study !!
Spm nak dekat ni !You
Ye tak ye kan √√
Aisy lupa pula pasal Spm hahaha √√Tengku Lukman
Dah pergi siap cepat !
Kita pergi sekarang !
NOW okayAku hanya baca mesej dia yang baru dihantar tadi . ' Aduh ni yang malas ni yang bosan bila cakap pasal belajar ' bebel aku dalam hati . Well , dulu aku ni terkenal dengan sifat pemalas belajar dan sedikit kurang ajar itu yang kene pindah tapi masuk sekolah baru aku terus berubah 360° darjah bila terjumpa Lukman . Dia berjaya buat aku berubah dalam masa 1 hari aww hahahaa .
Aku pun tersengih-sengih macam kerang busuk tak kusedar nenek tengah tengok aku dengan pandangan pelik .
" Aisy kamu kenapa dari tadi dok senyum-senyum ni ? Ada boyfriend eh ?" tanya nenek sedikit tegas .
" Ke situ pulak nek ni orang tengah pikir wedding orang nanti macam mana la kan ?" balas aku .
" Gatal punya cucu dah pergi turun bawah, kawan kamu dah tunggu kat bawah " kata nenek sambil baling bantal ke muka aku .
Apa kau ingat nenek aku ni tua ke umur dia baru 47 ha muda tauu . ' Eh jap kawan aku yang mana satu nak jumpa ni ' gumam aku dalam hati .
" Ha anak dara dah turun eh mana buku kamu ?" tanya nenek
" Buku ? Buku apa pula nenek ?" soalan dibalas dengan soalan .
" Ya Allah ! Kamu ni banyak makan semut ke ?! Bukan ke kamu nak pergi study ? "
" Eh haah hahahahah lupa nek jap " balas aku sambil mata meninjau ke ruang tamu . ' Siapa pula yang datang ni ' bisik aku dalam hati .
Aku pun pergi ke ruang tamu nak tengok siapa yang duduk kat sofa sambil tonton tv . Nak tahu siapa ? Mestilah Lukman . Aku berlari naik ke atas ambil buku-buku latihan maklumlah lagi beberapa minggu je nak SPM ops.
" Oi lama ke tunggu ? " tanya aku
" Dari tahun lepas Lukman tunggu Aisy takpe Lukman sanggup tunggu lagi lama demi Aisy " balas Lukman selamba .
Dah kenapa mamat ni ? Demam ke ? Apa maksud dia ? hm nak tahu juga . Aku pun diam je dia kata macam itu .
" Dah jom gerak . Sampai bila nak berdiri kat situ " Lukman bangun lalu salam tangan nenek aku . Ahaks ! Lelaki budiman uolls .
" Jap nak ambil kunci kereta Luk !"
" Tak payah naik kereta Man je !"
" Tak nak !" bentak aku
" Naik sekarang !"
" Tak anak !! "
" Eh budak ni ada yang kene cium satgi " balas Lukman sambil muncungkan mulut dia .
Aku terpaksa akur dengan arahan dia hm apa guna beli kereta tapi tak naik ,kan? Tak ke naya kene cium lepas tu nanti nenek nampak then kena kahwin . Oh no ! Kalau nak kahwin boleh tapi bukan secara paksa !
____________________________________Baru 1 jam study aku dah mengantuk mana taknya library ni sunyi kot , ada orang pun 2 3 je termasuk aku dan Lukman . Tiba-tiba je aku menguap tak pandai cover .
" Aik baru belajar dah mengantuk ?" tanya Lukman
" Baru belajar pebende dah 1 jam kot " balas aku sambil menguap lagi hahaha .
" Hm kalau macam tu jom kita pergi makan , nak ? " Terus segar mata aku bila dia sebut 'pergi makan' . Aku memang tengah lapar sekarang ni .
" Jommm !" tejerit kecil aku excited nak makan .
" Ohh sebut makan baru segar ye . Dah lets go " balas dia tersenyum manis sambil mengemas semua buku yang bersepah di meja .
Aku hanya balas dengan senyuman paling manis buat dia sebab aku memang dah cair tengok lesung pipit dia bila Lukman senyum . Cuba korang bayangkan crush korang senyum kat korang . Cair tak?! Cair kan ha macam tu lah aku .
Kami berdua cepat-cepat keluar daripada library terus pergi ke kereta . Maklumlah lapar bebenor . Aku masih lagi tengah cair bila teringatkan senyuman dia tadi . Agak-agak apa perasaan dia kat aku eh ?
Hai kita jumpa lagi ! So orait ? Tak ? Hm sis dah cuba buat yang terbaik untuk readers hmz . Sis pun nak cepat2 habis kan cerita pasal SPM ni . Tak reti nak sweet2 tapi sis tetap cuba ! Okaylah sila tunggu next chapter pulak ye . Sila Vote okay ! -ecah-
YOU ARE READING
Sungguh Itu Takdirku
RomanceSharifah Nur Aisy, seorang gadis yang kasar dan pemalas , dia dipaksa oleh papanya untuk tinggal dengan neneknya di KL kerana kelakuan Aisy yang sering membawa masalah di sekolah . Dia juga terpaksa berpindah sekolah baharu di KL .Salah satu punca...