39

6.2K 546 52
                                    

Jam di dinding menunjukkan angka lima petang. Aku bosan, aku tak tahu nak buat apa. Rasa macam semua benda aku dah buat dalam rumah ni.

Oh lupa nak cakap, bilik hantu kat hujung tu dah ubah jadi bilik kucing. Cuma kucingnya tak ada. Aku yang suggestkan kat taehyung sebab aku teringin nak bela kucing.

Hm daripada aku bosan baik aku pergi kedai haiwan kan ? Pilih kucing mana yang aku nak. Ye tak ye juga alahai nara kenapa bengong sangat ni. Tapi takkan lah aku nak pergi seorang ? Ee tak bestnya bila keluar seorang. Ahjumma lee pula off day hari ni.

Aku call taehyung jela,

"Kenapa sayang ?" Seperti biasa, setiap kali aku telefon mesti dia mula bercakap dan perkataan sayang itu wajib diselitkan.

"Awak busy tak ?" Aku kuis bunga palsu yang ada di atas meja. Gatal tangan.

"Semak fail je. Waeyo ?" Aku senyum lebar. Semak fail maknanya tak busy sangat la kan ? Takya gi memana nak jumpa klien kan ?

"Teman saya pergi kedai haiwan boleh ? Tak sabar saya nak beli kucing. Please.." aku buat muka even dia tak tengok tapi intonasi suara aku dapat dia dengar.

Aku dengar dia ketawa, "boleh sayang. Sekarang ?"

"Hm." Gumam aku lembut.

"Siap cepat. I'll be there in 10 minutes."

Tut.

Aku lompat suka. Ah! Kucing meow meow wait for me!

++

Pasangan suami isteri secocok itu masuk ke dalam petshop beriringan. Wajah nara tak usah dijelaskan bagaimana, dari tadi dihiasi dengan senyuman lebar. Tambah lagi bila taehyung bagi lampu hijau untuk beli semua keperluan kucing yang dia akan pilih nanti, siapa je tak suka ?

"Yes ? Ada apa saya boleh tolong ?" Satu pekerja menyambut mereka berdua,

Nara angguk suka, "saya nak cari kucing. Jenis apa je eh ada kat sini ?"

Taehyung yang berdiri tidak jauh dari dia hanya tersenyum nipis, suka dengan gelagat manja gadis itu.

"Ikut saya ya." Pekerja itu mempelawa nara untuk pergi ke satu bahagian. Taehyung tidak ketinggalan, dia ikut di belakang nara. Sampai sahaja di bahagian yang tertera 'cat section' terus membuntang mata nara.

Pelbagai jenis kucing ada di situ, dari yang bulu lebat sampai yang hampir tak ada bulu pun ada. Dari yang gemuk macam bola sampai yang kurus, macam-macam warna dan karenah.

Semuanya sibuk main dengan benang yang disediakan. Ada juga yang lena dibuai.

"Awak! Banyak nya." Nara teruja sendiri. Sikap kebudak-budakannya keluar. Dia sendiri tak expect yang dia akan jumpa kucing sebanyak ini,

"Puan pilih la ya, nanti bila perlu pertolongan panggil saya." Pekerja itu berlalu bila mendapat anggukan laju dari nara.

Nara pula sudah melangkah ke arah kucing-kucing di situ. Taehyung berdiri statik di tempatnya, dia sebenarnya tak berminat dengan kucing. Seekor dia boleh kawal tapi kalau begini banyak dia asik bersin. Alahan dengan bulu kucing yang berterbangan sana-sini.

"Awak saya nak pilih yang mana ni ? Ee rasa nak beli semua." Nara genggam tangan, geram dia tengok semua kucing. Tapi ada satu kucing yang menarik perhatiannya.

Gemuk, warna putih, mata biru,

"Jangan mengada nak beli semua, nak tengoh husband asik bersin ke ?" Taehyung bersuara dari jauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jangan mengada nak beli semua, nak tengoh husband asik bersin ke ?" Taehyung bersuara dari jauh. Nara ketawa kecil mendengar ayat sarcastic lelaki yang bergelar suami itu.

Kakinya diatur ke arah kucing yang menarik perhatiannya.

"Annyeong!" Belakang leher kucing itu diramas lembut.

Kucing putih itu menggeliat geli dengan perbuatan nara. Nara ketap gigi, sumpah comel.

"Awak, saya nak yang ni boleh ?" Nara dukung kucing itu ke arah taehyung. Taehyung tekup hidung,

"Saya bukan penjual kucing, pergi tanya staff tadi." Terletus ketawa nara melihat kelakuan taehyung yang seakan meminta dia untuk menjauh. Dia ketawa tapi tetap kakinya melangkah menjauhi taehyung. Dia tahu taehyung alah dengan bulu kucing dia pun sudah pasrah bila taehyung tak izinkan tapi lain pula.

Lelaki itu iyakan sahaja. Seronoknya dapat suami begini.

Lepas dah uruskan semua hal tentang hak pemilikan kucing, mereka berdua memilih barang-barang kucing pula. Bermula dari makanan, permainan, rumah untuk tidur sampai sabun dan lain-lain nara pilih.

Macam ambil anak angkat pun ada.

Hampir tiga jam juga taehyung sabar menunggu nara di dalam petshop. Usai beli, taehyung bayar.

"Puan boleh datang sebulan dua kali untuk periksa kucing ya." Pesan pekerja itu sejurus selepas memulangkan kad taehyung.

Barang-barang yang dibeli tadi sudah dimasukkan ke dalam kereta oleh pekerja kedai. Kucing pun sama, dah masuk dalam sangkar dan ditempatkan di seat belakang.

Taehyung dan nara sempat berterima kasih sebelum masuk ke dalam kereta.

"Thank you awak." Lengan taehyung dipeluk sekejap dan dilepaskan bila lelaki itu mula memandu.

"Sama-sama sayang." Balas taehyung lembut.

"Nama anak kita ruby okay ?" Berkerut seribu dahi taehyung mendengarnya.

"You pregnant ?"

"Noo la, kucing tu. Kucing tu anak kita, nama dia ruby." Taehyung tarik nafas dalam.

Cuba untuk bersabar, "sejak bila tah saya ada gen berbulu."

Nara ketawa lagi. Hari dia dipenuhi dengan gelak tawa.

"Ala biarla, nanti ada rezeki saya bagi awak anak manusia. Gen kacak macam papa dia, gen cantik dari mama dia. Okay ?" Nara jongket kening melihat wajah taehyung yang sedang memandu.

"Janji ?" Taehyung soal tanpa memandang.

"Janji."

Okay panjang sikit. Konflik otw

Sweet Nightmare [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now