58

6.9K 575 63
                                    

"Apa dia buat kat sini ?" Nara bisik geram kepada jimin. Jimin disebelahnya sekarang, mereka berdua memerhati taehyung yang duduk membaca.

"Tah, dia tiba-tiba nak ikut. Pening kepala aku." Jimin angkat bahu kemudian tangan diletakkan ke dahi. Tak tahu kenapa taehyung begini kelakarnya,

Boleh pula bagi alasan kereta rosak ? Padahal ada je kat parking syarikat sana. Akhirnya dia bawa juga taehyung ke kedai buku.

"Habis kau buat apa datang sini ? Hantar la dia balik." Nara mencebik. Tak pasal-pasal dagunya dicuit oleh jimin.

"Ey kau kenapa ?" Marah nara sambil dagunya digosok.

"Saja nak bakar periuk tu." Jimin muncungkan bibir ke arah taehyung. Dia tahu taehyung perasan dengan kelakuan mereka berdua. Bila lagi nak kenakan kawan baik sendiri ? Lagi seronok bila lagi nak kenakan majikan sendiri ?

"Kau buat apa datang sini ? Kau kacau aku kerja tahu tak ? Mentang-mentang la aunty baik ha suka-suka kau je keluar masuk kedai ni." Bebel nara. Dia sibuk memasang harga kepada setiap buku yang tak ada tanda harga. Duduk di kerusi, memandangkan dia ibu mengandung. Jimin pula duduk bersila di lantai.

Persis seperti sedang bercinta. Sengaja kaburkan mata taehyung dengan lakonan hebat mereka berdua.

"Excuse me ?" Teguran seseorang memecahkan gelak ketawa jimin. Dia mendongak,

Sudah dia agak,

"Buku ni ada bersiri kan ? Sediakan semua siri untuk saya. Saya tunggu." Suara dingin itu masuk ke telinga nara. Nara letakkan semua buku yang ada di pehanya ke bawah,

"Sayang nevermind, saya tolong awak. Ha taehyung kau ambil buku ni kat mana ?" Jimin berdiri. punggungnya ditepuk menghilangkan habuk lepas duduk di atas lantai. Nara pula terpinga-pinga.

Apa dia ? Jimin ni kan..

Taehyung pandang jimin tajam, "kau kerja kat syarikat aku. Bukan sini."

Dan dia alihkan pandangannya kembali ke wajah nara, "cepat, semua siri." Arahnya. Nara angguk dengan mata yang sentiasa dilarikan agar tidak bertembung dengan anak mata taehyung.

"Nara tunggu, saya tolong awak. Kesian anak kita terpaksa ikut mommy dia kerja." Tanpa amaran tangan jimin jatuh ke perut nara yang memakai baju putih oversize.

Nara seperti terkena renjatan elektrik. Taehyung jangan cakap, wajahnya sudah bertukar merah.

"Tak— tak apa. Saya boleh buat sendiri, bukan susah pun." Nara alihkan tangan jimin dengan bibir yang diketap geram.

Matanya memberi isyarat, "suka-suka kau je pegang perut aku."

Ikutkan hati jimin mahu ketawa bergolek di situ juga, lagi-lagi bila tengok wajah taehyung yang tak ubah seperti ketam bakar.

Cemburu!

++

"Dah lewat ni, kau tak nak balik ke ?" Jimin tarik kerusi di sebelah taehyung. Memandang wajah kawannya yang sibuk dengan buku. Bila dia tengok, taehyung beli buku yang mempunyai enam siri.

Dia dah sampai siri kedua.

"Balik la dulu. Aku nak habiskan yang ni." Ujar taehyung tanpa memandang.

Jimin tahu motif sebenar taehyung begini, bukan nak baca buku sebaliknya nak tengok nara. Huh.

"Jadi nanti kau nak balik dengan siapa ? Kereta kau rosak kan ?" Perkataan rosak itu sengaja ditekankan tapi taehyung langsung tak ambil pusing.

"Macam tak ada teksi, tak pun tahu la aku survive sendiri. Kau pergi balik." Arah taehyung pula. Jimin jongket kening.

"Okay."

Selepas itu jimin bangun dan pergi ke arah nara yang sedang duduk di kaunter, depan komputer. Mata taehyung mengekori langkah jimin.

"Aku balik dulu. Balik nanti hati-hati." Pesan jimin perlahan. Nara angguk, memang setiap hari jimin pesan begitu, macam la tempat tinggal jauh. Jalan sikit dah sampai pun sebenarnya.

"Ya aku tahu la." Balas nara bosan. Sesekali matanya memandang taehyung yang duduk tidak jauh dari meja kaunter.

"Dia balik sekali ?" Soal nara, jimin geleng.

"Aik ? Kenapa ?"

"Faham-faham la, apa lagi kalau bukan nak tengok kau ? Konon baca buku puih." Sempat si kawan mengumpat. Faham sangat dengan perangai taehyung yang suka berpura-pura.

"Eee tak habis-habis nak bagi aku harapan. Dah la pergi balik!" Suara nara sedikit tinggi dan menarik perhatian orang yang tak seberapa ramai di dalam kedai termasuk perhatian taehyung. Terus dia tekup mulut, malu.

Taehyung jeling mereka berdua, 'suami sendiri dibiarkan, orang lain siap pukul-pukul.'

Siapa rasa nak pukul taehyung angkat tangan! Hahahaha sis tergelak sendiri type chapter ni, betul-betul mengarut!

By the way, saya terdesak nak cover sampai saya sendiri turun padang buat hahahahaha maaf ya for the really bad story cover

Sweet Nightmare [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now