59

7.3K 551 60
                                    

Okay first thing sis nak cakap, cerita ni sebenarnya lari plot. Start dari taehyung tak jadi kawin. Plot sebenar nak biar dia kawin sebab ingat kan saya pernah cakap nak bagi konflik sakit ? Tapi tah cemana boleh cancel plot tu and now i dont know nak buat apa kat eunji.

Kalau dia jadi kawin haritu, plot sakit tapi ending eunji pun sakit juga. Hais tolong, sis takda idea dah!





Nara jeling jam digital yang ada di sebelah komputer. Sudah tiba masanya dia tutup kedai tapi ada satu masalah.

Taehyung. Dia tak balik lagi. Masih setia dengan buku. Teragak-agak nara untuk bergerak ke meja di mana lelaki itu duduk. Tapi bila dia perasan yang hari dah lewat malam, dia terpaksa juga.

"Awak tak nak balik ke ?" Nara berdiri di sebelah meja, tangannya sejuk bila bercakap dengan taehyung. Tambah lagi tinggal mereka berdua sahaja di situ.

"Why ?" Soal taehyung mendongak dan automatik mata mereka berdua bertembung. Eye contact.

"Nak— nak tutup." Nara hilang kawalan. Suaranya tersekat-sekat.

Taehyung angguk faham tapi masih tak bergerak. Buku yang dibaca kini ditutup dengan penanda buku diletakkan di salah satu muka suratnya. Baru sahaja nara nak patah balik, dia terasa hujung bajunya ditahan oleh taehyung.

"Ya ?" Nara gugup. Kenapa dengan lelaki ini, tiba-tiba sahaja.

"Sini duduk dulu." Kali ini tangan nara pula dipegang dan dia tolak kerusi disebelahnya. Nara diarahkan untuk duduk.

Nara akur, duduk dengan kaki yang dirapatkan. Dia nervous.

"Ni.." terkejut nara bila sentuhan taehyung jatuh ke permukaan perutnya yang semakin besar.

"Anak saya.." suara taehyung meleret kemudian tangannya membelai perut itu lembut.

"Awak buat apa ni ?" Intonasi dia kawal. Dia tahu suaranya bergetar tapi dia nak juga ajukan soalan itu.

"Kenapa ? Salah nak sayang anak sendiri ?" Taehyung pandang nara. Sekali lagi mereka bertembung mata. Hampir pengsan nara di situ.

"Tapi—"

"Shuut." Taehyung letakkan jari telunjuk di bibir selepas itu kepalanya diletakkan di perut nara.

Sumpah, nara rasa lain sekarang. Apa jadi dengan lelaki ini sebenarnya ?!

"Anak papa sihat ?" Taehyung bercakap sendiri. Nara tunduk, rambut hitam kecoklatan taehyung ingin disentuh namun dia belum berani.

"Sorry tau ? Papa sibuk lima bulan ni." Tokok taehyung lagi. Mata nara mula kabur dengan kaca-kaca yang berkumpul di tubir mata.

"Cakap kat mama awak, papa nak dia balik. Suruh dia cancel kawin dengan uncle jimin. Boleh ?" Mendengar ayat yang satu itu, nara tahu ego taehyung jatuh. Air matanya pun sama ikut jatuh.

Kepala taehyung diangkat.

"Saya nak tutup kedai ni. Awak pergi balik." Arah nara ingin berdiri namun tangannya masih dipegang.

"Lepas, dah lewat ni taehyung." Air matanya dia lap dengan hujung lengan baju.

Depan taehyung. Dia tak malu nak menangis depan lelaki ini sekarang, tiba-tiba dia dihentam emosi tak stabil bila taehyung berkelakuan begitu.

Tangan taehyung dia alihkan secara paksa, maksudnya dia tepis sampai berlanggar dengan hujung meja.

Dia bangun,

"Sayang.." langkah nara terhenti. Kakinya terpaku.

Ya tuhan dugaan apa ini.

Tak lama lepas itu terasa pinggangnya di lilit dari belakang, dagu taehyung terasa di lehernya.

"I miss you." Ucap lelaki itu berbisik di telinganya. Mata nara terpejam, rapat.

"Awak nak saya hidup dengan jackson kan ? Saya pelacur, ini bukan anak awak." Nara pulangkan paku buah keras. Taehyung terasa dengan ayat gadis itu tapi dia biarkan.

Dia sendiri belum tahu tentang kebenaran di sebalik semua perkara yang berlaku tapi dia takut nara kawin dengan jimin.

Malam itu juga dia rasa ingin jatuhkan egonya ke kaki dan angkat kembali rasa sayangnya.

"Kim nara, saya minta maaf okay ?" Tubuh kecil nara dipusingkan menghadap tubuhnya.

"Choi nara maksud awak." Nara buat pembetulan dan kepala taehyung tergeleng beberapa kali.

"Nope. Kim nara lagi bagus." Senyuman petak lelaki itu muncul.

"Kita balik rumah ya sayang ?"

Dug! Longgar segala skru di kaki nara apabila taehyung berkata begitu. Apa yang berlaku dengan taehyung ? Kena sampuk ?

Tak, dia takut nak tengok nara kawin dengan jimin sebenarnya. Ah sudah!

Apabenda aku type ni ya allah ya rabbi!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Apabenda aku type ni ya allah ya rabbi!

Sweet Nightmare [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now