56

6.8K 592 41
                                    

Aku basuh muka, gaun hitam yang aku pakai sudah aku ganti. Aku masih tak dapat hadam dengan apa yang terjadi tadi,

Jimin pun sama. Dia pun nampak speechless dengan semuanya sampai aku terpaksa ikut dia balik sekali ke rumah.

Ya aku di rumah jimin sekarang, tadi dah singgah apartment tempat aku tinggal ambil baju.

Agaknya apa perasaan eunji sekarang ? Aku ingin tahu,

Flashback

Majlis bermula.

Aku pejam mata rapat bila paderi mula bercakap. Tangan jimin aku genggam dan tangan lagi satu memegang erat hujung dress hitam paras lutut.

Aku dapat rasa tubir mata aku memanas, empangan aku hampir pecah. Pedihnya melihat perkahwinan suami sendiri secara langsung. Lebih lagi aku duduk barisan hadapan. Meja hadapan yang khas untuk orang terdekat taehyung.

Naik sahaja eunji di atas pentas, hujung gaun mewahnya dibetulkan oleh seorang perempuan yang mungkin dia upah. Wajah eunji ditutup dengan kain putih nipis bercorak bunga. Cantik.

Aku dulu pun kawin dengan taehyung tak meriah begini. Kawin tersorok, terpaksa,

Sebab aku kawin dengan dia semata-mata sebab harta. Jadi waktu itu aku tak kesah, meriah ke tidak, orang tahu ke tidak, semuanya aku tak kesah.

Tapi bila aku melihat majlis yang satu ini, aku rasa cemburu. Aku rasa menyesal sebab tak manfaatkan apa yang aku dapat dulu. Menyesal kemudian tak guna choi nara.

Paderi memulakan tugasnya, "kim taehyung, sudi kah awak berkahwin dengan jung eunji dan berjanji akan setia dan menjaga dia sampai akhir hayat ?"

Genggaman diperketat oleh jimin, aku toleh. Dia angguk dengan senyuman nipis. Aku kembali memandang hadapan, dah terlambat untuk aku keluar dari sini.

Dah masuk, teruskan sampai habis. Betul kata jimin, ini takdir aku. Kalau betul takdir aku dengan taehyung tak panjang dan akan berhenti setakat ini, aku relakan.

Lama aku dan semua hadirin menunggu jawapan taehyung tapi yang kedengaran hanya nafas taehyung yang tenang.

"Maaf kim taehyung ?" Soal paderi itu. Mungkin berfikir taehyung gemuruh atau apa. Tapi aku tahu, rentak nafas taehyung yang sekarang langsung tak menunjukkan dia gelabah atau gemuruh.

"Saya— saya tak boleh teruskan." Ujar taehyung dan automatik semua orang terkejut. Termasuk aku.

Apa sebenarnya yang terjadi ? Aku nampak eunji, air muka dia berubah. Kain yang menutupi wajahnya diselak ke atas.

Jimin berdiri, dia lepaskan tangan aku dan pergi ke arah taehyung. Aku dapat tengok muka jimin yang menyoal taehyung macam-macam tapi aku tak nampak bibir taehyung menjawab. Keras tertutup bibir dia.

Tak lama lepas itu, taehyung turun dan keluar dari dewan besar hotel. Melintasi semua orang termasuk aku.

End flashback

"Kau lega sekarang ?" Jimin duduk di sofa. Memandang aku yang sedang mengelap muka yang mempunyai manik air.

"Apa maksud kau ?"

"Yela suami kau tak jadi kawin." Dia depakan tangan di kepala sofa dengan kaki yang dilunjurkan ke di atas sofa panjang.

Aku ambil tempat di sofa satu lagi, "kenapa taehyung buat macam tu ? Lepas apa yang dah tersedia."

Aku tanya jimin soalan yang dari tadi bermain di kepala aku.

"Sekarang kau faham apa maksud aku tempoh hari. Ego taehyung tinggi." Kata jimin selamba.

Aku berkerut, "kau boleh tak cakap bagi clear ? Asik nak tersirat aje." Aku tepuk peha dia, dia fikir soalan budak sekolah ke asik sorok-sorok nak aku berfikir ?

"Dia tu sayangkan kau lagi. Kau fikir dia tak sakit hati dengan aku ? Sejak kita berlakon sedang bercinta ni, dia tak pernah call aku. Kadang hal pasal project syarikat pun dia buat sendiri. Sebab apa ? Sebab cemburu. Ceh dasar kim taehyung mulut petak, cinta lagi tapi ego dimenangkan. Padan muka." Kutuk jimin dan ketawa kemenangan. Aku terima setiap satu ayat yang terkeluar.

"Kalau dia sayangkan aku, dia tak buat aku macam ni. Sayang seorang taehyung terlalu manis jimin, tapi sekarang apa yang aku dapat ? Jelingan. Dipulaukan, semuanya yang menyakitkan hati." Terimbas kembali setiap moment gembira aku dengan taehyung.

Setiap hari aku dapat sayang dari dia, cinta dan kasih sayang taehyung terlalu murah untuk aku dulu.

Sekarang ? Ah takkan dapat.

"Kau tahu tak taehyung ni masih susah nak percayakan kau ? Dia cintakan kau tapi dalam masa yang sama dia teringat tentang masalah kau dan jackson. Dia tersepit." Jimin duduk bersila, menukar posisi kepada yang lebih serius.

"Kalau cinta, dia mesti percaya aku. Tapi apa jadi ? Dia halau aku." Aku mencebik, rasa selesa bercerita dengan jimin. Dia faham aku.

"Sebab tu kau kena buat dia percayakan kau sepenuhnya dengan cara jelaskan semua."

"Sekarang ke nak jelaskan ?" Aku tanya penuh rasa ingin tahu. Jimin geleng,

"Tak. Buat masa sekarang dia masih keras, kita teruskan lakonan sampai dia sendiri yang turun padang cari dan merayu untuk dapatkan kau lagi. Hati taehyung tak keras macam batu, hati dia layu sekejap je. Kalau kau siram hari-hari hidup la dia." Pesan jimin. Aku iyakan sahaja.

Dia lebih kenal taehyung, dia tahu taehyung macam mana orangnya.

Park jimin, terima kasih.

Sweet Nightmare [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now