55

6.9K 580 82
                                    

Jimin duduk di meja barisan hadapan, sedia menyaksikan kawan baiknya kawin untuk kali yang kedua,

Tamak. Anak seorang belum keluar, dah kawin lagi. Itu la ayat yang sering muncul di benak jimin setiap kali memikirkan taehyung.

Sekejap lagi majlis bermula. Taehyung pun sudah kelihatan di atas pentas berhadapan paderi. Staff yang datang langsung tak menyambut perkahwinan majikan mereka dengan senyuman sebaliknya riak hairan.

Mana taknya, semua orang tahu taehyung dah kawin dengan nara. Tiba-tiba dapat kad jemputan lagi.
Pening kepala dibuatnya.

"Hai sayang!" Satu suara menerpa dari belakang jimin. Tidak lupa tangan mulus yang terdedah jatuh di bahunya. Jimin yang duduk itu pusingkan kepala dan dongak.

Terkedu sekejap dia.

"Nara ?"  Tubuh nara yang mengenakan dress hitam paras lutut dengan rambut yang sengaja dilepaskan dia pandang atas bawah.

Tak percaya yang perempuan ini akan munculkan diri juga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tak percaya yang perempuan ini akan munculkan diri juga. Dia baru nak bagitahu taehyung tentang rancangannya kerana fikir nara tak mahu ambil port lagi. Rupanya..

Fuh siap bersayang!

"Aku fikir kau dah out." Jimin berbisik di telinga nara lepas mempelawa gadis itu duduk di sebelahnya.

Nara senyum kelat namun disorokkan agar tiada siapa melihat, "saja. Salah satu exercise untuk move on."

Kedudukan nara dan jimin terlalu rapat sampaikan kalau silap pandang, nampak seperti sedang bercium. Taehyung. Taehyung dalah satunya yang menjadi pemerhati yang tersilap pandang. Urat wajahnya kelihatan, baran dengan kemanisan pasangan itu.

Jimin ketawa sebelum menyambung, "ingat pesanan aku, kau kena terima takdir kau. Mungkin kalau kita teruskan plan ni taehyung terbuka hati untuk ceraikan perempuan tu. Kan ? Lagi menarik plot cerita."

Nara geleng dan ketawa. Dia silangkan kaki dengan purse sederhana besar berwarna hitam diletakkan di lutut. Rambutnya diselitkan di belakang telinga dan memandang ke arah pentas.

Pada waktu itu juga dia bertentang mata dengan taehyung. Tepat. Lelaki itu memandangnya dengan air muka yang sukar untuk ditafsir. Tak berhenti pula tu.

Loceng berbunyi, menandakan pengantin perempuan sudah tiba. Masuk sahaja eunji, tepukan tangan diberikan namun tidak begitu gemuruh.

Macam mana nak gemuruh kalau hampir semua staff taehyung bencikan perempuan itu. Tambah lagi dengan kehadiran nara, semuanya merasa simpati terhadap isteri pertama majikan mereka.

Perut nara pun kelihatan, memang berbakul-bakul rasa kesian.

Lain pula dengan nara dan jimin, mereka gembira bertepuk tangan.

Eunji melangkah berhati-hati di atas karpet merah. Senyuman tak lekang dari bibir, tiba di tangga dia hulur tangan untuk disambut oleh taehyung tapi malangnya lelaki itu buat tidak tahu.

Taehyung pusing memandang paderi, eunji tak mahu protes dan cakap banyak. Dia terus naik berdiri rapat di sebelah taehyung.

Majlis bermula.

Bayangkan ni reaksi jimin dengan nara kat dalam majlis tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bayangkan ni reaksi jimin dengan nara kat dalam majlis tu

Tolong, park jimin terlalu menarik perhatian saya this lately. Send help—

Sweet Nightmare [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now