51

6.4K 593 186
                                    

"Mana ?"

Taehyung dongak, merenung jimin yang tiba-tiba masuk dan menyoal begitu.

"Surat cerai tu mana ?" Tangan kanan jimin keluarkan dari poket manakala tangan kiri setia berada di dalam poket seluar slacknya.

"Tak ada." Taehyung sambung memerhati skrin komputer. Acuh tak acuh.

"Apa maksud kau tak ada ?"

Taehyung hilang fokus. Dia berdiri dan mendekati jimin yang ada di depan meja.

"Kau tak layak untuk nara." Wajahnya didekatkan kepada jimin. Emosi tiba-tiba.

Jimin senyum senget, "kenapa ? Kau fikir kau layak sangat ? Aku tak sampai hati nak tengok dia menderita, tak sampai hati nak tengok anak yang keluar nanti terima kenyataan ayah dia tak ada. Aku sanggup gantikan tempat kau."

Taehyung tidak dapat memandang mata jimin. Memang susah untuk dia terima setiap kata-kata jimin, semuanya benar.

"Aku tak kan bagi surat tu." Taehyung kembali duduk.

"Okay fine. Tapi aku tak kira, kau bagi atau tak aku tetap akan kawin dengan nara. Kau nak buat majlis kawin kan ? Aku pun sama." Jimin hendak melangkah keluar tapi langkahnya terhenti

"Tak pernah dibuat orang perempuan ada dua suami dalam satu masa jimin." Dingin suara taehyung,

Jimin balas dengan ketawa kecil, "apa salahnya kalau aku dengan nara jadi orang yang pertama ?"

Pintu tertutup. Jimin keluar.

Taehyung genggam penumbuk, dia tak suka dengan sikap jimin. Rapat dengan nara sampai nak ajak kawin. Habis dia macam mana ? Nara masih pegang status sebagai isterinya.

++

Aku hidangkan jimin kopi. Dia duduk di meja bar, hari ini aku cuti. Pagi tadi baru lepas check up di hospital.

"Susah susah je buat air." Aku senyum. Aku geleng lembut

"Tak ada susahnya, kau tetamu aku." Aku ambil tempat di hadapan jimin. Agak susah sebab kerusi itu tinggi tapi aku boleh juga naik. Dah biasa. Perut ni pun makin buncit.

"Boleh aku buat kerja kat sini ? Ada beberapa set kertas aku nak semak." Jimin minta kebenaran, laju aku angguk.

"Ini rumah kau, kenapa nak minta permission aku pula ?" Aku tongkat dagu memandang jimin yang mengeluarkan satu persatu helaian kertas dari dalam fail berwarna hijau.

Sedang jimin semak setiap helaian, mata aku tertancap pada satu kad berwarna merah. Aku tarik tapi jimin tahan,

"Apa tu ?" Soal aku ingin tahu. Merah terang warnanya.

"Tak ada apa." Dia selitkan ke dalam fail kembali. Tapi tangan aku lebih pantas, aku tarik juga.

Buka sahaja, terus mata aku terasa kabur.

Kim taehyung • Jung Eunji

"Apa semua ni jimin ?" Aku ketepikan kad tadi. Jimin aku pandang dengan mata berair.

"Aku dah larang tengok kan ?" Dia balas dengan soalan. Kad tadi dia ambil dan buang ke dalam tong sampah berdekatan meja. Dicampak sahaja.

"Taehyung nak kawin lagi ? Dengan eunji ?" Aku masih tak percaya. Rasa semuanya macam mimpi. Aku tengah mengandung anak dia dan dia senang-senang edar kad perkahwinan ?

"Hm." Jimin gumam sahaja. Aku yang panik langsung dia tak hiraukan buatkan aku rasa makin nak nangis.

"Kau kata kau nak tolong aku balik dengan taehyung, kenapa macam ni pula ?" Aku naik angin. Bibir aku ketap, terlalu perit rasanya realiti kehidupan aku.

"Aku ada kan ? Ni aku kat sini nak tolong kau." Pen dia lepaskan.

"Kita kawin."

Mata aku terbeliak, " kau gila ? Aku tak nak. Aku masih isteri taehyung, lagipun kau ada masa depan sendiri." Aku turun dari kerusi dan pergi ke sofa. Sandarkan kepala di sofa. Pening.

"Aku tak gila. Aku pun tak berani nak beristerikan isteri orang." Jimin pusingkan kerusi memandang aku.

"Apa yang kau cuba nak cakap ni jimin ? Hm ?"

"Kita berlakon."

Fuh fuh merepeknya ni

Fuh fuh merepeknya ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sweet Nightmare [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now