Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin
Berpandu pada pengalaman dan apa yang dilihat, menebalkan keyakinan di hati bahawa datuk sedang bertarung dengan sesuatu, sedang memanfaatkan ilmu kebatinannya. Ali Usman tetap dengan caranya, terus bersilat dengan menjerit kecil. Semua yang berlaku di depan mata membuat saya tidak keruan dan tidak tentu arah. Semuanya pelik dan membingungkan. Macam mana tidak pelik, Ali Usman yang tidak tahu bersilat, tiba-tiba boleh bersilat macam pendekar. Biasanya. dalam saat-saat genting seperti ini, datuk tidak mahu berada jauh dari saya, Tetapi kali ini keadaan ltu tidak berlaku.
'Huuuuuuuuuuuuuuu....Ahhhhhhhhhh...." Suara jeritan itu membuat saya menekup sepasang lubang telinga dengan teiapak tangan. Ali Usman yang bersilat, mati langkah malah tersembam memeluk pokok jering, macam ada tenaga ghaib yang menghempaskannya kepokok tersebut. Datuk pula sudah berubah tempat, duduk bersila di atas tanah yang agak tinggi memeluk tubuh, tidak ubah macam orang bersemadi. Bila jeritan itu berakhir, baru telapak tangan yang menekup lubang telinga saya buka. Mata saya melilau mencari punca jeritan. Mungkin dari datuk, mungkin juga dari manusia keluang. Terlintas dalam fikiran untuk meniru bunyi jeritan tersebut. "Batalkan apa yang kamu fikirkan. kalau kamu meniru jeritannya, kamu akan masuk perangkapnya. aku baru saja melepaskan Ali dari cengkamannya. Bila dia sudah menguasai fikiran dan hati kamu, susah jadinya," saya pasti itu adalah suara datuk. Dengan pantas sa-ya renung ke arahnya, datuk tidak bergerak. masih macam tadi. 'Huuuuuuuuuuuu Ahhhhhhhhhh "jeritan bergema lagi. Dan kali ini saya sudah menemui kepastiannya. jeritan itu datang dari manusia keluang. Memang wajar datuk melarang saya meniru jeritannya. Saya teringat pesan orang tua-tua, kononnya "semangat" hantu syaitan dan makhluk ghaib boleh bersatu dengan semangat manusia, bila manusia meniru gaya dan lagak mereka seperti meniru perbuatan mereka, mengajuk suara mereka dan sebagainya. Saya renung ke arah manusia keluang dengan harapan dia akan menjerit. Lebih dari lima minit menanti, jeritan tidak juga bergema. Apa yang saya lihat manusia keluang berhempas cuba bangun. Segala usahanya tidak berhasil. Sebaik sahaja dapat berdiri terus rebah ke bumi. Kedua-dua belah pahanya tidak dapat menopang badannya yang besar. Keadaannya tidak ubah seperti itik patah pinggang. Apa yang menarik manusia keluang tidak kenal putus asa. Susah macamanapun, dia tetap berusaha. Tidak lemah semangat, tidak jemu. Perlahan-lahan bibir bawah saya tekan dengan gigi atas. Kagum dengan semangat yang diperlihatkannya. "Huuuuhhhhhhh," Terdengar suara manusia keluang, seperti mengeluh. Dia sudah hampir berjaya berdiri dengan sepenuhnya. Tetapi, kerana tidak dapat mengimbangi badan disebabkan perutnya yang luar biasa besar menyebabkan dia tersembam ke dada bumi semula. Saya mula merasa kan satu perbuatan yang tidak wajar, kalau sekadar hanya melihat gerakgeri dan keranah manusia keluang itu tidak ada untungnya dan boleh mengundang kecelakaan, fikir saya dalam hati. Tindakan selanjutnya yang boleh saya lakukan ialah merenung ke arah datuk minta bantuan. Datuk masih macam tadi masih bertafakur. Renungan saya alihkan ke arah Ali Usman. Ada perubahan pada dirinya. Keadaan sudah berubah. dia tidak lagi memeluk pangkal pokok. "Ali." Saya cuba bersuara. Malangnya suara saya tidak keluar. Saya lambaikan tangan ke arahnya. Tidak mendapat balasan. Suasana begini membuat saya tidak tentu arah. Dan sebagai usaha terakhir, saya bercadang mahu mengambil seketul batu kecil untuk dilontarkan ke arah Ali Usman.
JAMAH SEMASA ketul batu dijamah. pergelangan tangan kanan terasa sengal dan sakit macam ada sesua-tu yang menekan, Toleh kiri, toleh kanan. Tidak ada apa di sisi saya. "Siapa yang mengganggu?" Muncul pertanyaan dalam hati sambil perlahan-lahan menoleh ke arah manusia keluang yang sudah berdiri dengan baiknya. 'Perbuatan kamu," kata saya.
Manusia keluang bagaikan mengerti dengan bahasa yang saya tuturkan. Sepasang tangan memukul-mukul dada menggambarkan kebanggaan dan secara tidak langsung mengakui perbuatannya terhadap diri saya. Menyedari risiko besar menanti, saya batalkan hasrat mengutip batu kecil untuk dilemparkan ke arah Ali Usman. Saya sedar, datuk dan Ali Usman tidak dapat menolong saya, andainya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. Jadi sa-ya harus bertindak sendirian andainya terjadi sesuatu perkara di luar jangkaan. " Allah yang maha besar, berilah kekuatan dan keyakinan untuk menentang semuanya ini. Sesungguhnya, tanpaMu. aku tidak berdaya," hati kecil saya berdoa, memohon kekuatan. Suasana sekitar terasa agak sepi. Datuk dan Aii Usman. tidak menarik perhatian saya. Dalam keadaan begini, mereka berdua tidak dapat memberikan sesuatu yang bererti atau bermakna dalam menghadapi situasi yang serba genting ini. Saya cuba melupakan tentang manusia keluang untuk seketika. Seluruh pancaindera zahir batin harus dikerahkan untuk mencari jalan bagi menyelamatkan diri. Saya menarik dan melepaskan nafas dengan tenang. Muka saya tengadahkan ke dada langit, kelihatan awan nipis bergerak ke satu arah. Sinar mata-hari tidak segarang tadi. Sukar untuk mengagak sudah berapa lama kami (datuk, saya dan Ali Usman) berada di sini. Sesungguhnya. memang saya mengharapkan manusia keIuang merupakan dugaan terakhir daripada episod perjuangan misteri, yang tidak boleh diterima oleh akal. "Uhhhhhhhh...." Saya renung ke arah kanan, kerana dari situ suara tersebut muncul. Manusia keluang melangkah ke arah saya dengan sepasang tangan dihulurkan ke arah batang leher. Dari hujung jari jemarinya terjulur kuku yang panjang dan tajam
YOU ARE READING
Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 1)(COMPLETE)
HorrorSebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupu...